Pasang Autogate Baru – Underground Autogate Rosak Lagi
Ada tak jual spare parts underground swing autogate lama itu yang ditanya oleh customer dari Puchong ini? Kami masih ada spare parts underground autogate. Soalan kami, anda rasa masih berbaloi ke baiki autogate lama? Dahlah swing underground autogate ini sudah lama digunakan dan dipasaran sekarang spare parts underground autogate limited tambahan pula harga underground autogate spare parts juga tinggi. Kalau repair pun risau akan rosak semula, mungkin underground parts lain pula yang rosak.
Dari apa yang customer beritahu, dia cuba untuk baiki underground autogate tersebut sendiri, buka sahaja underground autogate motor cover, ianya penuh dengan air dan telah merosakkan underground autogate gearbox. Apabila customer hubungi kami untuk mencari spare parts, kami ada comex underground autogate gearbox motor set baru tetapi harganya sangat tinggi, oleh kerana spare parts autogate underground tersebut sudah limited. Jadi kami syorkan untuk pasang swing arm autogate baru Tronica® 929 Arm Autogate System lebih berbaloi. Tetapi customer telah dapatkan comex underground autogate gearbox secondhand di tempat lain dan menggantikannya sendiri. Kami pun okay sahaja, kami dah beritahu berdasarkan pengalaman kami setiap hari berkenaan autogate.
Beberapa minggu kemudian, customer hubungi kami semula dan kali ini minta kami untuk pasang set autogate baru. Betul apa yang kami katanya, baiki underground autogate lama tetap akan rosak balik. Kami telah datang dan selesaikan pemasangan Tronica® 929 Arm Autogate System.

Kenapa Tak Berbaloi Baiki Underground Autogate Lama
Banyak kes underground swing autogate gearbox dan mini DC motor rosak berpunca daripada air yang masuk ke dalam housing. Biasanya memang tak perasan sebab unit tu ditanam di bawah tanah. Bila autogate mula buat hal, barulah buka cover dan nampak bahagian dalam penuh air. Bila air dah masuk, memang boleh rosakkan motor dan gearbox. Macam mana-mana mesin, bila kena air, ia cepat kong dan selalunya kos untuk baiki jadi tinggi, malah ada yang langsung tak boleh diselamatkan.
Bila jadi macam ni, ramai customer akan tanya baik baiki atau tukar baru? Dari segi kos, memang nampak macam baiki lebih murah, tapi berdasarkan pengalaman kami, underground autogate yang dah lama dan pernah dimasuki air selalunya akan mula rosak bahagian lain pula selepas tu. Motor baru tahan sekejap, lepas tu board pula rosak dan begitulah seterusnya. Jadi kalau totalkan, kos “repair berkali-kali” selalunya lebih tinggi daripada tukar sistem baru sekali jalan.
Sebab tu kami lebih suka syorkan untuk tukar ke arm autogate system, sebab ia dipasang di atas, tak kena air, lebih mudah servis dan jauh lebih tahan lama. Antara model yang ramai pelanggan puas hati ialah Tronica® Arm Autogate System, sebab power, smooth dan spare part pun senang dapat. Bila dah pasang arm autogate, memang kurang sakit kepala dan tak perlu risau masalah air lagi. Jika perlukan nasihat atau nak tanya harga, kami sentiasa sedia bantu.

Dapatkan Tronica® Arm Autogate System
Kami banyak lakukan dari underground auto gate lama seperti jenama dkc, powergates, comex SE1, aprigate model SG 8, CEI, victor, door mex, MAG Underground Swing SW200P, MAG SE, supermax, letron, good 1, ranger, Li gates, cpt, snontec, wheels chubb, techno automatic gate system, EPL, Home Access, DC Max, radion autogate system. Kami gantikan dengan swing arm autogate baru dengan jenama dan model terbaik serta berkualiti tinggi iaitu Tronica® 929 Arm Autogate System dan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System. Ini kerana tidak berbaloi lagi untuk baiki underground autogate lama.


Autogate Spare Parts Untuk Jenama Autogate
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.






