Puchong Autogate Services – Autogate Baru Dipasang Bermasalah
Salah satu servis autogate kami semalam adalah baiki dnor 212 autogate baru di Puchong. Dari apa yang customer beritahu, autogate dnor 212 baru sahaja dipasang beberapa bulan lepas dan masih dalam warranty lagi. Cumanya sekarang customer customer tidak dapat cari original autogate installer tersebut. Cuba hubungi mereka tapi tak dapat, nama syarikat autogate mereka pun customer tidak tahu.
Bila autogate tiba-tiba rosak atau tak berfungsi, memang customer akan terus cari dan hubungi installer asal yang pasang autogate tersebut dulu lebih-lebih lagi sistem autogate tersebut masih baru dan masih under warranty autogate. Memang logik pun, sebab mereka yang pasang, jadi mereka sepatutnya lebih tahu sistem autogate itu. Tapi realitinya, tak semua installer beri sokongan lepas pemasangan. Ada yang dah tukar nombor, ada yang dah tak buat kerja autogate, malah ada juga yang tak mahu ambil tanggungjawab bila autogate mula bermasalah. Lebih menyusahkan bila mereka tak ada spare parts atau tak cukup pengalaman untuk baiki masalah tertentu. Keadaan ini memang boleh buat customer jadi stress, terutamanya bila autogate rosak pada waktu yang tak sesuai seperti awal pagi atau lewat malam.
Itu yang jadi pada customer di Puchong tadi, apabila nak keluar beli makanan untuk makan malam tiba-tiba autogate tak boleh buka, jadi customer terus hubungi satu nombor kontraktor autogate yang dia simpan, tapi malangnya tak dapat, memang stress dibuatnya. Nak taknak, kena cari autogate repairer yang lain dan kali ini customer nak cari autogate repairer Puchong yang boleh dipercayai. Sebab sebelum ini customer terjumpa autogate murah dekat facebook, tanpa usul periksa, terus deal dengan mereka untuk pasang autogate.

Kami Yang Jaga Autogate Ini Setelah Original Autogate Installer Hilang
Itu yang sekarang customer tanya pada abangnya, kemudian abangnya bagi contact Sam Autogate. Abangnya terus guna service autogate kami dari dulu lagi dan tak pernah ada masalah. Jadi apabila adiknya customer kami ini, seperti biasa langkah pertama, kami ajar customer untuk reset autogate selama 15 minit sebab sistem autogate itu pun masih baru, mungkin tak rosak dan mungkin lepas reset autogate ia boleh berfungsi semula. Tapi masalahnya autogate masih tak berfungsi selepas reset, jadi kami ajar buka manual dulu dnor autogate tersebut untuk keluar rumah. Kami set appointment untuk datang pemeriksaan esok pagi.
Sebelum ke rumah customer akan spare parts autogate yang biasa digunakan seperti control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate remote receiver autogate arm. Setiap satu spare parts kami akan bawa lebih dari satu, untuk autogate control board kami ada pelbagai jenis. Technician pengalaman kami bawa spare parts autogate bersama mereka.
Kami datang lakukan autogate troubleshooting, kami sahkan yang autogate control board rosak, kami tak rasa ini motherboard autogate baru yang installer sebelum ini gunakan. Kami tunjuk pada customer board autogate yang digunakan sekarang dengan autogate board baru yang kami punya. Customer sedar yang dia telah kena tipu, jadi untuk penyelesaiannya kami gantikan autogate board original dan baru. Sekarang kamilah yang jaga autogate customer setelah original installer hilang entah kemana.

Servis Autogate Dipercayai Di Puchong
Hanya servis terbaik diberikan, yang pastikan mudah, cepat dan berkesan. Pertama servis yang cepat, kami datang pada hari yang sama anda hubungi. Kedua boleh siap masa itu juga. Ketiga hanya menggunakan auto gate spare parts yang baru dan original. Keempat harga baiki autogate yang berpatutan. Masalah autogate anda dapat diselesaikan terus pada masa kami datang. Sekiranya anda inginkan pemasangan autogate segera pun boleh, Tronica® 929 Arm Autogate System dan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System ada stock tersedia.
Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama autogate dcmoto dc925, autogate dcmoto dc975, autogate dnor 212, autogate dnor 712, autogate dnor 212k, autogate oae 333a, DEA, OAE, Valet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.







