Arm Autogate Repair Puchong – Rosak Akibat Dilanggar

Puchong Autogate Repair
Puchong Autogate Services – Autogate Baru Dipasang Bermasalah
June 10, 2026
Pasang Tronica Autogate Puchong
Pasang Autogate Baru Puchong – Underground Autogate Rosak Lagi
June 12, 2026

Arm Autogate Repair Puchong – Rosak Akibat Dilanggar

June 11, 2026

Arm Autogate Repair Puchong – Rosak Akibat Dilanggar

Untuk pengetahuan anda semua, autogate pun boleh rosak disebabkan kecuaian customer sendiri, iaitu anda tidak sengaja terlanggar pagar sehingga menyebabkan kerosakan pada pagar autogate. Itu yang dihadapi customer dari Puchong ini. Dari apa yang customer beritahu, isteri tidak sengaja melanggar autogate arm tersebut. Dimana autogate belum buka habis lagi dan terus undurkan kereta yang menyebabkan autogate arm bermasalah ada bunyi yang kuat dan hanya buka separuh jalan termasuklah arm autogate bracket bengkok. Nasib baik hanya autogate arm sebelah kanan sahaja yang bermasalah dan bahagian autogate lain masih okay.

Salah satu punca autogate rosak yang paling kerap berlaku ialah pintu pagar terlanggar. Kadang-kadang berlaku tanpa sengaja masa nak keluar rumah atau mungkin orang lain langgar semasa undur kereta. Bila ini terjadi, banyak bahagian autogate boleh terjejas seperti arm autogate bengkok atau patah, bracket tercabut, pintu tak boleh tutup rapat, dan dalam kes yang lebih serius, pintu pagar boleh jatuh. Keadaan macam ini memang akan menyukarkan penggunaan autogate dan kalau dibiarkan, kerosakan boleh jadi lebih teruk. Jangan risau, kami sentiasa bersedia untuk bantu.

Apabila ke rumah customer kami bukan pergi dengan tangan kosong, kami akan bawa spare parts autogate bersama seperti autogate arm, control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate remote receiver dan beberapa yang lain. Macam kes customer ini arm autogate bermasalah, walapun tidak pasti lagi arm autogate itu masih okay atau tidak, kami tetap bawa autogate arm spare parts sebagai persediaan. Jika arm autogate tersebut perlu ditukar, kami syorkan guna Tronica® 929 Arm Autogate, serta berikan harga tukar arm autogate baru.

Arm Autogate Repair Puchong
Arm Autogate Repair Puchong

Tukar 1 Unit Arm Autogate Dengan Tronica® 929 Arm Autogate

Kami akan beritahu customer lebih awal sebelum kami datang supaya customer akan dapat gambaran mengenai autogate parts yang mungkin rosak dan tahu estimate bajet yang mungkin perlu. Sekiranya customer setuju, barulah kami hantar technician. Kami tidak mahu apabila sampai sana, barulah nak explain itu ini, jika customer tidak mahu lakukan pembaikan, akan jadi tak best, jadi lebih elok beritahu lebih awal, kalau tak rosak, tak perlu tukar pun. Apabila technician sedang lakukan pemeriksaan, kami akan minta untuk customer berdiri ditepi untuk tengok sendiri apa yang technician lakukan, supaya tidak ada salah faham.

Berbalik pada customer yang setuju untuk kami datang lakukan servis autogate, terima kasih kerana mempercayai. Pada mulanya customer sangkakan arm autogate masih lagi berfungsi, cuma bracket autogate tersebut, tetapi selepas kami lakukan pemeriksaan, arm autogate pun rosak juga, ada komponen dalaman arm autogate yang pecah. Semua proses kami tunjukkan pada customer dan kami gantikan arm autogate sebelah kiri dengan Tronica® 929 Arm Autogate.

Baiki Arm Autogate Puchong
Baiki Arm Autogate Puchong

Servis Baiki Autogate Recommended Di Puchong

Mencari auto gate repairer Puchong? autogate arm repair service yang boleh baiki autogate anda on the spot? Sam Autogate anda penyelesaian terbaik untuk masalah autogate anda. Macam mana kami boleh selesaikan terus autogate problem anda? Sebabnya team kami berpengalaman mencari punca autogate tak berfungsi dengan baik dan auto gate spare parts semua kami dah sediakan untuk pelbagai model autogate dan jenama autogate. Anda nak pasang autogate baru pun boleh, Tronica® Autogate System kami ready stock.

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “autogate repair near me puchong” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, OAE 333A, Dnor 712, Dnor 212, E8 arm autogate, dcmoto dc925, dcmoto dc975, Valet, Beninca, G-Force sliding autogate, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post