Underground Autogate Lama Akan Kerap Bermasalah

Repair Autogate Putra Height
Kenapa Swing Autogate Tak Boleh Buka?
August 13, 2025
Reliable Autogate Services Klang
Dnor 212 Swing Autogate Masih Baru Tetapi Tidak Berfungsi
August 16, 2025

Underground Autogate Lama Akan Kerap Bermasalah

August 15, 2025

Pemasangan Autogate Baru Adalah Pilihan Terbaik

Sekiranya sistem autogate rumah anda dah digunakan lebih dari belasan tahun, terutamanya jenis underground swing autogate system untuk jenama-jenama lama seperti Comex, SE1, DKC, Powergates, Good 1, DC Gate, Ranger, Li Gates, CPT, Aprigate, CEI, Victor, Door Mex, MAG, Supermax, Letron, Snontec, AM Gate, XGate, Wheels, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Radeon, EPL, BCM, Gatium, Baxter, Elock, Home Access, dan Techno anda memang patut mula fikir untuk tukar kepada sistem baru. Jenis underground ni memang cantik dari segi penampilan sebab motor tersembunyi, tapi bila dah lama, kos untuk baiki biasanya tinggi dan alat ganti makin susah nak cari. Kalau rosak sikit-sikit, mungkin boleh tahan, tapi bila dah kerap rosak, memang tak berbaloi lagi nak repair.

Ramai customer kami mengadu, walaupun mereka dah keluarkan duit untuk baiki, autogate tu akan rosak semula dalam masa yang singkat. Sebab tu kami tak berapa syorkan untuk terus bergantung pada underground autogate lama, kecuali kalau betul-betul sayang dengan sistem tu. Tapi jangan risau, kalau anda masih nak repair, kami masih ada spare parts untuk underground swing autogate. Semua keputusan tetap di tangan anda, cuma kami nak pastikan anda tahu kos dan risiko sebelum buat pilihan.

Kalau anda nak pilihan yang lebih tahan lama dan senang nak cari alat ganti, kami syorkan tukar kepada Tronica® Arm Autogate System. Sistem ni jenis heavy duty, boleh digunakan untuk semua jenis swing gate design, dan yang penting, alat ganti sentiasa ada di pasaran. Jadi bila rosak, tak perlu pening kepala nak cari spare parts yang susah jumpa macam underground lama. Dengan sistem baru ni, rumah anda bukan saja nampak lebih moden, tapi autogate juga lebih lancar dan kurang risiko rosak berulang-ulang.

Swing Autogate Installation Old Klang
Swing Autogate Installation Old Klang

Sekarang Pemasangan Tronica® Stainless Steel Swing Arm Autogate System Diperlukan

Jumpa lagi customer di Old Klang Road ini dimana customer pengguna Good 1 Underground Swing Autogate System, sebelum ini kami pernah tukar underground autogate mini dc motor, tak lama pun, dalam beberapa bulan lepas. Dan kali ini customer hubungi kami semula dimana underground autogate tak boleh buka dan underground autogate sebelah hanya buka separuh sahaja. Masa pertama kali customer menghubungi kami, kami ada syorkan untuk pasang autogate baru dengan , tetapi customer memilih untuk baiki dulu.

Untuk kali kedua ini, customer terus buat keputusan untuk pasang autogate baru menggunakan Tronica® Stainless Steel Swing Arm Autogate System. Memang tepat dengan keputusan customer untuk tukar kepada autogate baru Tronica®, selepas ini customer tidak perlu pening memikirkan masalah autogate lagi. Sekarang swing Tronica® autogate bergerak dengan sangat baik dan lancarm customer juga berpuas hati.

Underground Autogate System Old Klang
Underground Autogate System Old Klang

Ramai Yang Berhenti Menggunakan Underground Autogate Lama

Memang kami akan recommend pasang autogate baru kalau ada masalah dengan underground autogate yang dah belasan tahun mereka guna. Underground swing autogate system ni kan sistem lama, ramai yang tidak menggunakannya lagi dimana telah menggantikan kepada sistem autogate bary Tronica®Autogate, underground auto gate spare parts juga limited itu yang underground auto gate repair cost agak tinggi. Kami cakap berdasarkan pengalaman sebelum-sebelum ini. Kami telah banyak mengendalikan pelabagi jenama underground autogate seperti. Semua keputusan pada anda, jika ada rasa berbaloi untuk baiki boleh teruskan baiki atau tukar kepada sistem autogate baru Tronica® Arm Autogate System.

Autogate Spare Parts Untuk Jenama Autogate

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post