Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Comex Underground Autogate Lama Yang Rosak

Swing Autogate Installation Denai Alam
Swing Autogate Lama Tak Boleh Buka – Menyukarkan Keadaan
April 9, 2025
Autogate Services Ampang
Servis Autogate Available Setiap Hari Untuk Anda Di Selangor Dan KL
April 11, 2025

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Comex Underground Autogate Lama Yang Rosak

April 10, 2025

Pasang Swing Arm Autogate Baru Adalah Lebih Baik

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem underground swing autogate memang terkenal dengan ketahanannya. Ramai pengguna telah menggunakan sistem ini selama lebih dari sepuluh tahun tanpa sebarang masalah besar. Reka bentuknya yang tersembunyi di bawah tanah menjadikan ia lebih kemas. Namun begitu, seperti mana-mana peralatan mekanikal lain, sistem ini juga mempunyai jangka hayatnya. Lama-kelamaan, komponen dalamannya boleh mengalami kehausan, dan salah satu masalah paling biasa ialah kemasukan air ke dalam dan merosakan underground autogate motor serta gearbox. Mungkin anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada comex underground autogate lama.

Kemasukan air ke dalam sistem underground autogate merupakan satu isu serius. Apabila air mula meresap ke dalam motor atau gearbox, ia boleh menyebabkan komponen elektrik menjadi rosak atau berkarat. Motor yang terendam air akan cepat mengalami kerosakan dan menyebabkan sistem tidak dapat beroperasi dengan lancar atau langsung tidak berfungsi. Lebih memburukkan keadaan, setelah air berjaya masuk sekali, ia cenderung untuk terus masuk semula walaupun selepas dibaiki. Hal ini berlaku kerana sistem penebat asal mungkin sudah rosak, dan air akan mencari jalan untuk masuk kembali, terutamanya ketika hujan lebat atau kawasan sekitar sering dinaiki air.

Jadi, persoalan sama ada berbaloi untuk terus membaiki underground autogate bergantung kepada keadaan semasa sistem tersebut. Jika kerosakan berlaku secara kerap dan kos pembaikan semakin tinggi, mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan pemasangan sistem autogate arm swing. Meskipun kos awal pemasangan sistem baru mungkin agak tinggi, ia boleh menjimatkan kos dalam jangka masa panjang. Maka, menilai semula keadaan dan kos keseluruhan pembaikan adalah langkah bijak sebelum membuat keputusan untuk terus membaikinya.

Comex Underground Autogate Services Kelana Jaya
Comex Underground Autogate Services Kelana Jaya

Comex Underground Autogate Bermasalah – Dimasuki Air Lagi

Comex underground autogate customer daripada Kelana Jaya ini telah dimasuki air lagi sekali. Beberapa bulan lepas dia baru sahaja menggantikan comex underground autogate dc motor dan punca rosak sebab dimasuki air. Dari apa yang customer beritahu, selepas autogate dc motor digantikan, ada satu getah yang dipanggil underground autogate gasket tidak digantikan sebab mereka tiada stok, sebaliknya menggunakan silikon untuk tutup semula. Apabila air sudah memasuki motor, itu yang menyebabkan comex underground autogate berfungsi untuk sementara sahaja dan rosak balik.

Kali ini, apabila rosak semula, customer buat keputusan untuk berhenti membaiki comex underground autogate dan memutuskan untuk memasang swing arm autogate yang akan menghapuskan masalah air yang masuki autogate bawah tahan. Hasil daripada penyelidikan dan tanya kepada beberapa kenalan. Customer memilih Sam Autogate dan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System. Memandangkan Tronica® adalah ready stock, jadi anytime kami boleh lakukan pemasangan.

Hari itu sahaja kami telah pemasangan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System di 3 tempat di Klang Valley.

Swing Autogate Installation Kenala Jaya
Swing Autogate Installation Kenala Jaya

Naik Taraf kepada Tronica® Arm Autogate untuk Prestasi Yang Boleh Dipercayai

Ramai dulu menggunakan underground autogate system untuk jenama Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, BCM, Gatium, Elock, X gate, Home Access, Am Gate telah tukar kepada Tronica® 828 Stainless Steel Swing Arm Autogate System.

Tronica® arm autogate motor jenis swing mereka dibina untuk kegunaan jangka panjang, memastikan prestasi jangka panjang. Memang kami sangat syorkan Tronica Autogate kepada semua customer yang memerlukan pemasangan autogate baru. Jangan ragu-ragu untuk menghubungi Perkhidmatan Autogate Sam Autogate hari ini untuk semua keperluan autogate anda.

Autogate Spare Parts Untuk Jenama Autogate

Tidak kira apa masalah yang dihadapi seperti autogate tak boleh buka, remote autogate tidak berfungsi, autogate pelahan, bateri autogate lemah oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DCMoto GFM 925, DEA, OAE, Valet, DNOR, Mag, E8, Mag, A Gate, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

May 13, 2025

Servis Menggantikan 2 Unit Arm Autogate Lama

Arm Autogate Lebih Berkualiti Dan Tahan Lama 早上好!专业自动门安装与维修,弘胜科技有限公司始终致力于为您提供高效、可靠的服务。如果您有 Dnor电动门问题,或需要安装全新的 Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务! Jika anda sedang menghadapi masalah dengan sistem hydraulic arm autogate yang sedia ada, kami menyediakan replace […]
May 9, 2025

Perlukan Pemasangan Autogate Baru Untuk Gantikan Autogate Lama Anda?

Jenama Dan Model Apa Yang Terbaik Serta Sesuai? 早上好!弘胜科技有限公司专业提供自动门安装与维修服务,为您开启美好的一天!无论是解决电动门故障,还是安装全新的Tronica®自动门系统,欢迎随时联系我们,我们随时为您提供专业服务! Anda perlukan pemasangan autogate baru segera bagi menggantikan autogate lama anda yang tidak berfungsi lagi? Top autogate […]