Tiada Bekalan Elektrik Dan Autogate Jalan Guna Bateri

Autogate Services Kelana Jaya
Sistem Autogate Terbaik Dipasang Oleh Syarikat Berpengalaman
April 18, 2025
Best Sliding Autogate Motor Semenyih
Solution For Old Sliding Autogate Motor – Call Sam Autogate
April 21, 2025

Tiada Bekalan Elektrik Dan Autogate Jalan Guna Bateri

April 19, 2025

Berapa Lama Bateri Autogate Akan Bertahan?

早上好!专业自动门安装与维修,弘胜科技有限公司始终致力于为您提供高效、可靠的服务。如果您有
Dnor电动门问题,或需要安装全新的
Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务!

Untuk mengenalpasti bila autogate berfungsi menggunakan bateri autogate, apabila autogate bergerak pelahan daripada biasa. Punca utama autogate jalan menggunakan autogate backup battery mestilah jika tiada bekalan elektrik, yang ini kita akan tahu. Keduanya, selepas berlakunya trip disebabkan kilat dan bekalan elektrik terputus. Ketiganya ada masalah dengan autogate wiring. Keempat, autogate transformer rosak, iaitu komponen autohaye yang bekalan kuasa elektrik kepada autogate. Inilah antara sebab autogate jalan menggunakan backup battery.

Berapa lama bateri autogate akan tahan sepanjang tiada elektrik? Bateri autogate ini direka untuk menyediakan tenaga yang mencukupi untuk memastikan sistem autogate berfungsi untuk jangka masa tertentu, bergantung kepada faktor-faktor seperti saiz pintu pagar, beratnya dan berapa kerap anda menggunakan autogate buka dan tutup. Kapasiti 7Ah adalah pilihan yang biasa, tetapi ia boleh berbeza bergantung kepada keperluan khusus sistem autogate dan cadangan pengilang.

Repair Autogate Cannot Open Ampang
Repair Autogate Cannot Open Ampang

Transformer Autogate Rosak Dan Bateri Autogate Kong

Kami telah dihubungi oleh seorang pelanggan dari Ampang yang mengalami masalah autogate di kediamannya. Menurut pelanggan, terdapat gangguan bekalan elektrik pada malam sebelumnya. Dalam situasi biasa, sistem autogate sepatutnya masih boleh berfungsi dengan menggunakan bateri sandaran (backup battery), namun selepas bekalan elektrik kembali pulih, autogate tetap gagal beroperasi seperti biasa. Pelanggan telah cuba menghubungi pihak pemasang asal untuk mendapatkan bantuan, namun mereka hanya memberikan respon awal dengan mengatakan akan menyemak rekod dahulu sebelum menghubungi semula. Malangnya, pelanggan tidak menerima sebarang panggilan susulan dan segala cubaan untuk menghubungi mereka semula juga tidak berjaya kerana panggilan tidak dijawab. Oleh itu, pelanggan terpaksa mencari alternatif lain dan mendapatkan servis autogate yang boleh dipercayai atas cadangan jirannya, yang mencadangkan perkhidmatan dari Sam Autogate.

Setelah membuat pemeriksaan menyeluruh dan menjalankan troubleshooting terhadap sistem autogate tersebut, kami dapati punca utama masalah adalah kerosakan pada autogate transformer yang menyebabkan keseluruhan sistem gagal berfungsi. Di samping itu, kami juga mendapati bahawa bateri autogate lama telah rosak sepenuhnya (kong), justeru kami mengambil inisiatif untuk menggantikan dengan bateri autogate baru yang berkualiti tinggi berspesifikasi 12Ah bagi memastikan sistem dapat berfungsi dengan lancar walaupun berlaku gangguan bekalan elektrik pada masa hadapan. Setelah penggantian dilakukan, autogate kembali berfungsi seperti sediakala dan pelanggan amat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Kami di Sam Autogate sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami, terutamanya apabila melibatkan keselamatan dan kemudahan harian mereka.

Replace Autogate Battery Ampang
Replace Autogate Battery Ampang

Pastikan Bateri Autogate Diperiksa Anda

Penting untuk memastikan bateri autogate dijaga dan diperiksa secara berkala untuk pastikan ia dicas dan agar bekalan kuasa sandaran/ backup power ada jika diperlukan. Sekiranya anda perlukan servis autogate untuk lakukan pemeriksaan autogate dan gantikan bateri autogate baru untuk anda. Kami ada team yang profesional dan hanya menggunakan auto gate parts yang berkualiti tinggi dan original.

Hanya servis terbaik diberikan, yang pastikan mudah, cepat dan berkesan. Pertama servis yang cepat, kami datang pada hari yang sama anda hubungi. Kedua boleh siap masa itu juga. Ketiga hanya menggunakan auto gate spare parts yang baru dan original. Keempat harga baiki autogate yang berpatutan.

Baiki Dan Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama Autogate

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

May 8, 2025

Ada Masalah Dengan Remote Autogate? Hubungi Sam Autogate Sekarang

Autogate Tak Boleh Buka Guna Remote – Apa Puncanya? 早上好!今天我们赶着去Subang Jaya 修理 OAE 333A 自动门。无论是自动门电板、地下式电动门、铁门滚轮、轨道、遥控器,还是自动门系统维修,我们都能为您提供快速且专业的解决方案。选择弘胜科技有限公司,让您的自动门系统始终保持最佳状态! Boleh dikatakan hampir setiap hari kami berdepan dengan customer yang menghadapi […]
May 6, 2025

Kami Boleh Baiki Semua Jenis Jenama Dnor Autogate

Dnor Autogate Specialist Dan Spare Parts Tersedia 早上好!专业自动门安装与维修,弘胜科技有限公司始终致力于为您提供高效、可靠的服务。如果您有Dnor电动门问题,或需要安装全新的Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务! Baru-baru ini, kami menerima banyak permintaan servis dan pembaikan untuk sistem Dnor autogate yang menghadapi pelbagai masalah seperti […]
May 2, 2025

Autogate Bangi – Dnor 712 Autogate Troubleshooting Dan Pembaikan

Kami Ada Dnor Autogate Spare Parts Tersedia 早上好!专业自动门安装与维修,弘胜科技有限公司始终致力于为您提供高效、可靠的服务。如果您有Dnor电动门问题,或需要安装全新的 Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务! Anda pengguna Dnor Autogate 712 dan sedang menghadapi masalah dengan sistem autogate anda? Jangan risau kami di […]