Autogate Rosak Akibat Dilanggar
Kadang-kadang autogate boleh rosak sebab kecuaian pengguna sendiri, contohnya bila kereta terlanggar gate sebelum ia sempat terbuka sepenuhnya. Situasi macam ni memang buat kita stres, lebih-lebih lagi bila autogate tu yang kita harapkan untuk keselamatan dan kemudahan harian. Bila dah rosak tiba-tiba, memang susah nak keluar masuk rumah. Ramai tak sedar yang hentaman kecil pun boleh sebabkan kerosakan serius pada sistem autogate, sebab mekanismenya agak sensitif dan perlukan pergerakan yang lancar untuk berfungsi dengan baik.
Antara kerosakan paling biasa jadi bila berlaku perlanggaran ialah pada bahagian arm autogate. Arm boleh jadi bengkok, patah atau longgar, dan ini terus buat autogate tak boleh buka atau tutup dengan betul. Bracket yang pegang arm pun boleh tercabut, dan kalau hentaman kuat, bracket pada dinding pun boleh rosak. Ada kes yang lebih teruk sampai pintu pagar jadi senget, tersekat di tengah jalan, ataupun hampir jatuh. Bila perkara ni berlaku, seluruh sistem autogate terus tak stabil dan boleh membahayakan orang sekeliling. Bila rosak macam ni, memang tak sesuai guna autogate sebab boleh jadi lagi teruk.
Sebab tu bila jadi kemalangan macam ni, cepat-cepatlah hubungi kami. Kami faham betapa pentingnya autogate untuk kegunaan harian, jadi kami akan hantar juruteknik berpengalaman untuk periksa keadaan dan kenal pasti semua komponen yang rosak. Proses pembaikan dibuat secepat mungkin supaya autogate boleh berfungsi semula macam biasa. Apa yang boleh dibaiki, kami baiki; apa yang dah rosak teruk, kami ganti dengan parts yang sesuai. Yang penting, autogate anda kembali selamat, lancar dan mudah digunakan. Bila ada masalah autogate, jangan tunggu lama hubungi kami terus untuk bantuan cepat.

Gantikan Satu Batang Arm Autogate Dengan Tronica® Arm
Salah satu customer dari Saujana Puchong yang perlukan servis untuk menggantikan arm autogate sahaja. Dari apa yang customer beritahu kami, dia tidak sengaja terlanggar arm autogate sebelah kiri. Pada mulanya tiada apa-apa masalah, autogate boleh buka dan tutup seperti biasa. Setelah beberapa hari sudah kelihatan yang autogate arm sudah patah dan perlukan penggantikan. Customer ada hubungi original autogate installer tapi mereka hanya boleh pasang set autogate baru, tak boleh gantikan satu batang arm autogate sahaja.
Akhirnya customer dapat hubungi kami, kawannya yang syorkan. Kami memang ada swing arm autogate spare parts lebih kurang sama yang digunakan. Kami datang gantikan satu batang arm autogate yang rosak dengan Tronica® 929 swing arm autogate.

Penyelesaian Untuk Semua Masalah Autogate
Kami nasihatkan berhati-hati ketika masuk dan keluarkan kereta lebih-lebih lagi untuk pagar autogate yang agak kecil, jangan sampai terlanggar autogate. Apabila anda membuka autogate, pastikan ianya anda buka sepenuh barulah undur keluarkan kereta. Sekiranya anda tergesa-gesa, terus undurkan kereta dengan cepat “bang” langgar pintu pagar. Kemalangan kita tidak jangka, cuma anda perlu lebih berhati-hati dan bertenang, tunggu sehingga autogate buka penuh, barulah keluarkan kereta.
Di sinilah kami berada. Kami adalah pakar dalam membaiki autogate dan dapat memulihkan autogate anda dengan cepat. Sekiranya masalah arm autogate patah, kami ada spare parts untuk arm autogate tersebut. Untuk masalah bracket tercabut dan patah, kami boleh pasang semula atau ganti autogate bracket. Dan jika pintu pagar jatuh, kami akan naikkan ia semula seperti keadaan asal.


Spare Parts Untuk Pelbagai Jenama Autogate Terkenal
Kami di sini untuk memastikan pengalaman autogate anda menjadi sebaik mungkin dan boleh dipercayai. Tanpa mengira jenama sistem autogate swing anda, sama ada ia Tronica®, KRON Autogate, Dnor 212, Dnor 712, OAE 333 Autogate, FBM Autogate, Jit-Arm, DCMoto Autogate, Jackpro Autogate, E8 Autogate, E8 E3000 Autogate, Autogate E8 3300 RDS Autogate, Celmar, Valet, Mag, FAAC Auto Gate, Bennica Autogate, DEA Autogate, atau yang lain, kepakaran kami merangkumi perkhidmatan pemasangan dan pembaikan autogate.
Tidak kira masalah apa yang anda hadapi dengan autogate, kami disini ada untuk membantu. Hanya hubungi Sam Autogate 012 – 405 8791 jika autogate anda rosak atau patah disebabkan kemalagan ataupun lain-lain punca.






