Autogate Rosak Akibat Dilanggar
Autogate juga boleh rosak disebabkan oleh kecuaian customer sendiri, salah satunya adalah apabila autogate dilanggar oleh kereta. Kami faham bahawa ini boleh menjadi pengalaman yang sangat mengecewakan dan menjengkelkan, terutamanya apabila autogate yang anda bergantung untuk keselamatan dan kemudahan rumah atau perniagaan anda tiba-tiba rosak akibat kemalangan tersebut. Apabila kereta terlanggar autogate sebelum ia terbuka sepenuhnya, banyak kerosakan yang boleh berlaku pada sistem autogate anda. Kami tahu betapa pentingnya untuk mendapatkan pembaikan dengan cepat, supaya anda dapat menggunakan autogate anda semula tanpa sebarang masalah.
Kerosakan yang sering berlaku akibat kemalangan seperti ini adalah pada arm autogate. Biasanya, arm autogate boleh patah atau bengkok akibat perlanggaran tersebut. Selain itu, bracket autogate yang menyokong arm boleh tercabut atau patah, menyebabkan autogate tidak dapat berfungsi dengan baik. Dalam beberapa kes yang lebih teruk, bracket dinding yang mengikat sistem autogate pada struktur pagar atau dinding juga boleh rosak dan tercabut. Jika kerosakan lebih teruk, ia mungkin boleh menyebabkan pintu pagar jatuh atau terhenti di tengah jalan, yang jelas boleh menimbulkan masalah besar dalam kehidupan seharian anda. Semua masalah ini boleh menyebabkan autogate tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan membahayakan keselamatan serta keberkesanan sistem autogate itu sendiri.
Kami faham betapa pentingnya untuk memastikan masalah ini diselesaikan dengan cepat dan cekap. Oleh itu, apabila autogate anda mengalami kerosakan akibat kemalangan seperti ini, kami akan segera menghantar teknikal berpengalaman untuk memeriksa keadaan autogate dan membuat pembaikan yang diperlukan. Kami memastikan semua komponen yang rosak diganti dengan cepat, dan sistem autogate anda dikembalikan ke keadaan asalnya, supaya anda dapat menggunakan semula autogate dengan selamat dan lancar. Hubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan pembaikan autogate yang profesional dan pantas.

Gantikan Satu Batang Arm Autogate Dengan KRON Arm
Salah satu customer dari Saujana Puchong yang perlukan servis untuk menggantikan arm autogate sahaja. Dari apa yang customer beritahu kami, dia tidak sengaja terlanggar arm autogate sebelah kiri. Pada mulanya tiada apa-apa masalah, autogate boleh buka dan tutup seperti biasa. Setelah beberapa hari sudah kelihatan yang autogate arm sudah patah dan perlukan penggantikan. Customer ada hubungi original autogate installer tapi mereka hanya boleh pasang set autogate baru, tak boleh gantikan satu batang arm autogate sahaja.
Akhirnya customer dapat hubungi kami, kawannya yang syorkan. Kami memang ada swing arm autogate spare parts lebih kurang sama yang digunakan. Kami datang gantikan satu batang arm autogate yang rosak dengan KRON 929 swing arm autogate.

Penyelesaian Untuk Semua Masalah Autogate
Kami nasihatkan berhati-hati ketika masuk dan keluarkan kereta lebih-lebih lagi untuk pagar autogate yang agak kecil, jangan sampai terlanggar autogate. Apabila anda membuka autogate, pastikan ianya anda buka sepenuh barulah undur keluarkan kereta. Sekiranya anda tergesa-gesa, terus undurkan kereta dengan cepat “bang” langgar pintu pagar. Kemalangan kita tidak jangka, cuma anda perlu lebih berhati-hati dan bertenang, tunggu sehingga autogate buka penuh, barulah keluarkan kereta.
Di sinilah kami berada. Kami adalah pakar dalam membaiki autogate dan dapat memulihkan autogate anda dengan cepat. Sekiranya masalah arm autogate patah, kami ada spare parts untuk arm autogate tersebut. Untuk masalah bracket tercabut dan patah, kami boleh pasang semula atau ganti autogate bracket. Dan jika pintu pagar jatuh, kami akan naikkan ia semula seperti keadaan asal.
Spare Parts Untuk Pelbagai Jenama Autogate Terkenal
Kami di sini untuk memastikan pengalaman autogate anda menjadi sebaik mungkin dan boleh dipercayai. Tanpa mengira jenama sistem autogate swing anda, sama ada ia KRON 929 Autogate, Dnor 212, Dnor 712, OAE 333 Autogate, FBM Autogate, Jit-Arm, DCMoto Autogate, Jackpro Autogate, E8 Autogate, E8 E3000 Autogate, Autogate E8 3300 RDS Autogate, Celmar, Valet, Mag, FAAC Auto Gate, Bennica Autogate, DEA Autogate, atau yang lain, kepakaran kami merangkumi perkhidmatan pemasangan dan pembaikan autogate.
Tidak kira masalah apa yang anda hadapi dengan autogate, kami disini ada untuk membantu. Hanya hubungi Sam Autogate 012 – 405 8791 jika autogate anda rosak atau patah disebabkan kemalagan ataupun lain-lain punca.