Swing Arm Autogate Lama Perlukan Penggantian – Arm Sahaja
Hanya salah satu arm autogate tak berfungsi? Contohnya bila tekan remote, satu pintu buka tapi satu lagi diam itu biasanya tanda arm autogate tersebut dah rosak atau ada masalah. Tapi jangan terus panik atau fikir kena tukar satu set baru. Sebenarnya dalam banyak kes, kita boleh baiki atau tukar satu unit arm sahaja. Tak semestinya dua-dua kena tukar, selagi sistem autogate masih okay dan compatible dengan arm autogate yang baru.
Malangnya, ada juga kontraktor autogate yang terus cadangkan tukar satu set penuh tanpa periksa betul-betul. Ini memang akan buat kos jadi lebih mahal dari sepatutnya. Sebab tu penting untuk anda tanya dulu dan dapatkan second opinion. Installer yang berpengalaman biasanya akan buat pemeriksaan dulu, check wiring, motor, motherboard dan keadaan arm. Kalau memang satu side sahaja rosak, kita tukar satu side je. Yang penting, fungsi autogate kembali normal tanpa perlu keluarkan kos berlebihan.
Di Sam Autogate, kami memang biasa handle kes macam ni. Kami ada stok spare parts autogate dari pelbagai jenama dan model, termasuk arm autogate yang berkualiti seperti Tronica®. Jadi kerja repair atau tukar arm boleh dibuat dengan cepat tanpa tunggu lama, kalau autogate arm lama anda tak ada spare parts, boleh je tukar guna Tronica arm autogate. Sama ada anda nak tukar satu arm atau kedua-duanya sekali, kami boleh ikut keperluan dan bajet anda. Matlamat kami mudah nak pastikan autogate anda berfungsi semula dengan lancar, selamat dan tahan lama tanpa membebankan kos anda.

Gantikan Dengan Tronica® Stainltess Steel Arm Untuk Kedua-dua Belah
Seperti customer dari Damansara yang ini yang menghubungi kami berkenaan masalah autogate arm sebelah kiri bermasalah, tak boleh berfungsi dengan baik, kena push sedikit arm barulah ia boleh bergerak dan ingin menyusahkan. Itu yang customer inginkan penyelesaian cepat untuk menggantikan arm autogate yang rosak. Apabila melihat gambar arm autogate yang customer bagi, customer menggunakan stainless steel arm autogate, terus terang kami beritahu kami tiada spare parts untuk arm autogate yang customer gunakan, tetapi boleh guna model autogate lain dan kawan kongsi gambar Tronica® arm autogate. Customer setuju untuk gunakan model Tronica® dan minta kami gantikan kedua-dua arm autogate lama walaupun hanya sebelah kiri yang rosak. Komponen motherboard autogate, transformer autogate, remote control autogate dan kotak autogate digunakan guna yang asal punya. Kata customer, sebelah kanan juga sudah lama dan risau jika tiba-tiba ianya rosak.
Jadi kami datang ke rumah customer hari ini untuk pasang Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate, gantikan arm autogate lama. Semasa pemasangan dilakukan, customer tanya jika kami boleh gantikan bateri autogate, mestilah boleh, kami bawa autogate spare parts yang lain juga, jadi boleh berikan semua permintaan customer. Sekarang folding auto gate customer bergerak dengan sangat lancar.

Servis Baiki Autogate Recommended Di Lembah Klang
Mencari auto gate repairer Klang? autogate arm repair service yang boleh baiki autogate anda on the spot? Sam Autogate anda penyelesaian terbaik untuk masalah autogate anda. Macam mana kami boleh selesaikan terus autogate problem anda? Sebabnya team kami berpengalaman mencari punca autogate tak berfungsi dengan baik dan auto gate spare parts semua kami dah sediakan untuk pelbagai model autogate dan jenama autogate. Anda nak pasang autogate baru pun boleh, Tronica® Autogate System kami ready stock.
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.







