Servis Baiki Swing Dnor Autogate Di Damansara

Replace New Autogate
Casa Asia S-320H Automatic Gate Openers Replacement
January 15, 2025
Swing Autogate Tronica Installation Subang Jaya
Underground Swing Autogate Powergates Sudah Lebih 10 Tahun
January 18, 2025

Servis Baiki Swing Dnor Autogate Di Damansara

January 16, 2025

Masalah Dnor Autogate Dapat Kami Selesaikan

Kami adalah penyedia penyelesaian pembaikan dan servis swing dnor autogate yang dipercayai di kawasan Damansara dan Lembah Klang. Perkhidmatan kami meliputi pelbagai jenis pembaikan autogate, seperti membaiki folding arm autogate, menggantikan swing arm autogate, serta penyelenggaraan komponen-komponen penting seperti motherboard, remote autogate, dan bateri autogate. Kami juga pakar dalam membaiki autogate yang tidak dapat dibuka, melakukan penyesuaian arm, mengganti roller autogate, serta menyelesaikan masalah pada trek autogate. Setiap kerja pembaikan dilakukan dengan teliti oleh teknisi berpengalaman dan dilengkapi dengan alat dan komponen berkualiti tinggi bagi memastikan autogate anda berfungsi dengan baik dan selamat.

Kami memahami bahawa tidak semua jenis kerosakan memerlukan penggantian keseluruhan sistem autogate. Oleh itu, kami menyediakan penyelesaian yang lebih fleksibel dan menjimatkan kos dengan menggantikan hanya arm autogate yang rosak tanpa perlu menggantikan seluruh sistem. Jika arm autogate anda sudah tidak terdapat spare parts di pasaran, kami boleh menggantikan arm yang rosak dengan jenama dan model lain yang sesuai, seperti KRON 929 Arm Autogate yang lebih tahan lasak dan sesuai untuk digunakan dengan semua jenis sistem autogate. Sebelah kiri arm yang masih berfungsi boleh kekal menggunakan jenama dan model asal, sementara bahagian kanan boleh digantikan dengan arm yang lebih kuat tanpa mengganggu prestasi keseluruhan autogate.

Setiap perkhidmatan pembaikan atau penggantian komponen dilakukan dengan teliti untuk memastikan sistem autogate anda berfungsi dengan lancar dan tahan lama. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri autogate ini, kami berusaha untuk memberikan penyelesaian yang cepat, berkualiti, dan harga yang berpatutan untuk setiap pelanggan. Kami komited untuk memastikan autogate rumah anda sentiasa dalam keadaan terbaik, memberi anda lebih ketenangan fikiran dan keselamatan.

Dnor 712 Autogate Repair Damansara
Dnor 712 Autogate Repair Damansara

Dnor 712 Arm Autogate Rosak Gantikan Dengan KRON 929 Arm Autogate

Banyak baru-baru ini kami lakukan servis baiki dnor autogate dan salah satunya di Bandar Sri Damansara. Kali kedua customer dapatkan servis autogate dnor daripada kami. Pertama dulu dalam 2 tahun lepas kami menggantikan S3 board autogate. Sekarang customer beritahu ada masalah dengan autogate arm dnor 712 sebelah kiri telah rosak dan terpaksa buka pagar manual terlebih dahulu. Mulanya kami offer untuk gantikan sebelah dnor 712 autogate arm tapi customer minta jenama arm autogate lain sebab katanya ingin cuba model autogate lain pula.

Untuk jenama arm autogate lain kami syorkan KRON arm autogate dan customer setuju menggantikan Dnor 712 arm autogate sebelah kiri yang telah rosak. Luaran KRON 929 diperbuat daripada aluminium die-cast. Ia direka bentuk dengan petak berasingan untuk motor DC mini, gandingan dan komponen arm autogate seperti coupling dan shaft. KRON 929 arm autogate component yang berkualiti tinggi, menjadikan ia tahan lama. Selepas ini, sekiranya sebelah kanan pula rosak, akan hubungi kami untuk dapatkan penggantikan.

Spare Parts Dnor 712 Damansara
Spare Parts Dnor 712 Damansara

Arm Autogate Untuk Pelbagai Jenama

Soalan yang customer selalu tanya boleh ke arm autogate menggunakan jenama dan model berbeza? Compatible ke? Boleh, tiada masalah, fungsi autogate arm tersebut sama cuba design yang berbeza dan mungkin juga bergerakkan sedikit berbeza, technician kami akan lakukan yang terbaik untuk pastikan semua bergerak dengan lancar. Kami banyak lakukan arm autogate replacement tetapi customer tidak mahu menggunakan jenama autogate asal, mereka memilih KRON 929 Arm Autogate. Hubungi En Sam untuk baiki autogate arm anda hari ini.

Antara jenama autogate yang kami gunakan antaranya KRON autogate, OAE autogate, dnor 712 auto gate, dnor 212, dnor 212k, e8, victor, mag, digicraft autogate dan banyak lagi, kami akan menyimpan autogate spare parts. Spare parts autogate sangatlah penting, jika autogate bermasalah boleh hanya menggantikan bahagian yang rosak dan tidak perlu setiap kali autogate bermasalah, kena tukar kepada sistem autogate baru. Sebab itu kami sentiasa menyimpan spare parts autogate untuk membantu mereka yang memerlukan.

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp juga. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

October 2, 2025

Denai Alam 自动门 – 修理自动门遥控器要多少钱?

高品质 433mhz 自动门遥控器套装更换,实惠又省钱的解决方案 您的自动门遥控器坏了吗?正在寻找一个可靠、耐用又实惠的替换方案?我们提供 433mhz 自动门遥控器套装,包含 1 个接收器和 3 个遥控器 – 非常适合家里需要多支遥控器的用户。 遥控器是自动门系统中非常重要的一部分。没有它,开关门就会变得很麻烦 – 尤其是当您在车里,或者下雨天。虽然您还可以用室内开关来控制,但如果家里没人,您可能就被困在门外了。所以,保持遥控器正常使用非常重要。 我们几乎每天都会接到客户的来电,反映遥控器突然失灵。原因各不相同:有时只是电池没电,有时是接收器故障、遥控器损坏,甚至是主板问题。别担心 – 我们的技术人员都会仔细检查,确认问题所在,再进行维修或更换。 电动门检查、诊断与更换遥控器套装 最近,来自 Denai Alam 的一位客户联系我们,他的 Dnor 212 自动门系统出现问题 […]