Jangan Risau Spare Parts Autogate Kami Tersedia
Autogate adalah satu sistem yang sangat memudahkan kehidupan harian kita, tapi bila ia mula buat hal, memang boleh jadi stres. Antara masalah yang paling biasa berlaku dan servis baiki autogate yang biasa kami lakukan ialah autogate tak boleh buka langsung, pintu hanya terbuka sebelah sahaja, buka separuh jalan dan berhenti, ataupun buka terlalu perlahan. Ada juga kes di mana autogate tak boleh tutup habis atau tiba-tiba trip dan menyebabkan elektrik rumah terputus. Masalah-masalah macam ni memang kerap berlaku, dan team kami dah biasa jumpa situasi sebegini hampir setiap hari.
Punca utama masalah autogate selalunya berkait rapat dengan kerosakan pada bahagian dalam sistem seperti motherboard yang rosak, remote control atau receiver yang bermasalah, transformer yang dah tak berfungsi, wiring yang rosak atau sambungan longgar, dan juga arm autogate yang dah lemah. Tapi sebelum buat apa-apa pembaikan, kami akan buat pemeriksaan penuh terlebih dahulu. Ini penting untuk pastikan kami betul-betul tahu punca masalah dan tak tersalah tukar apa-apa bahagian. Kadang-kadang masalah nampak besar, tapi sebenarnya cuma benda kecil yang mudah dibaiki.
Yang paling penting, kami datang bukan sekadar tengok masalah saja – kami datang siap dengan spare parts autogate. Jadi lepas kenal pasti kerosakan, kami boleh terus baiki dan ganti bahagian yang rosak pada masa yang sama. Tak perlu tunggu hari lain atau booking baru. Team kami semua berpengalaman dan profesional dalam kerja servis dan repair autogate. Kalau autogate rumah anda ada masalah, jangan tunggu sampai makin teruk. Hubungi En. Sam di 012 – 405 8791 untuk temujanji. Kami akan pastikan autogate anda kembali berfungsi seperti biasa tanpa perlu pening kepala!

Baiki Dnor 212 Arm Autogate Dan Remote Control
Baru-baru ini kami terima satu panggilan servis dari seorang pelanggan di Bandar Kinrara, Puchong yang menghadapi dua masalah dengan sistem autogate Dnor di rumahnya. Masalah pertama ialah arm autogate sebelah kanan langsung tak boleh buka, dan yang kedua pula remote control tak berfungsi langsung — bila tekan, pintu tak bergerak langsung. Yang peliknya, bila guna suis autogate dalam rumah, pintu cuma boleh buka sebelah sahaja. Menurut pelanggan, masalah ni dah hampir seminggu berlaku dan dia dah cuba hubungi installer asal autogate Dnor dari Puchong, tapi sampai sekarang masih tak muncul-muncul. Jadi pelanggan pun dah buntu tak tahu nak cari siapa. Nasib baik, kawan dia datang melawat dan syorkan servis autogate Sam Autogate sebab pernah guna khidmat kami sebelum ni.
Seperti biasa, kami datang dan buat pemeriksaan penuh dulu sebelum buat sebarang pembaikan. Kami periksa motor autogate Dnor, control panel, receiver, dan juga wiring untuk pastikan apa sebenarnya yang rosak. Hasil pemeriksaan, kami dapati arm autogate sebelah kanan memang dah tak berfungsi langsung dan remote receiver pun dah rosak, sebab tu bila tekan remote takde respon langsung. Dengan persetujuan pelanggan, termasuk dari segi harga dan jenis alat ganti, kami terus gantikan arm autogate baru model Dnor 212 untuk sebelah kanan dan juga pasang receiver remote control Dnor yang original dan baru. Alhamdulillah, lepas siap semuanya, autogate berfungsi semula seperti biasa dan pelanggan sangat puas hati sebab masalah yang berlarutan seminggu tu akhirnya selesai dalam masa satu hari je.

Servis Baiki Autogate Cepat Dan Berkesan
Untuk dapatkan servis autogate yang cepat dan berkesan, kena pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang pakar dan berpengalaman. Kami di Sam Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate.
Sistem autogate boleh dikatakan satu keperluan untuk memudahkan kita keluar dan masuk tanpa membuka sendiri pintu pagar. Lebih-lebih musim hujan sekarang, susah kalau autogate rosak, kita terpaksa keluar dari kereta untuk buka pintu pagar secara manual. Sebab itu ramai customer yang cepat-cepat ingin membetulkan, servis repair autogate mereka. Kami komited untuk menyampaikan perkhidmatan pembaikan pintu yang luar biasa. Pasukan kami dilengkapi dengan pengetahuan dan pengalaman untuk mengendalikan pelbagai sistem autogate, menjamin bahawa keperluan anda akan dipenuhi dengan kepakaran dan kecekapan.

Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama
Apa sahaja masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE 333a, Valet, Beninca, DnOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate atau pelbagai jenama underground autogate brand, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.