Repair Auto Gate Not Fully Close

DEA Sliding Autogate Repair Kepong
DEA Sliding Autogate Repair Specialist In Kuala Lumpur
November 7, 2024
Repair G-force Sliding Autogate Cheras
Why Is The G-Force SL2000 Autogate Slow?
November 8, 2024

Repair Auto Gate Not Fully Close

November 7, 2024

The Auto Gate Bearing Need Replacement

 

Sekiranya anda ingin tahu bearing auto gate bermasalah, anda akan perasan yang level gate tak sama, auto gate tak boleh tutup sepenuhnya, pagar automatik bunyi bising apabila buka tutup serta dibahagian pagar bawah tersangkut dan menyebabkan tergesek dengan lantai, anda perlu menggantikan gate bearing dengan segera untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk yang boleh menyebabkan pintu pagar jatuh sepenuhnya yang boleh membahayakan.

Untuk proses menggantikan gate bearings memerlukan tenaga kerja dan kepakaran. Bearing lama yang bermasalah akan dibuang dan bearing gate yang baru akan dipasang serta kena pastikan kedua-dua belah pagar sama level. Ianya tidak mudah, tapi team kami yang mencukupi dan pengalaman dan kepakaran menjadikan ia lebih mudah.

Tidak semua kontraktor autogate Lembah Klang boleh repair autogate dan gate (bearing, roda, hinges, trek) dan jika panggil tukang besi mereka tidak tahu mengenai autogate anda. Sebabnya selepas bearing gate diganti, kemungkinan autogate motor perlu di adjust semula alignment dan levelnya, kena pastikan semuanya sama. Lebih baik panggil kontraktor yang tahu kesemua, yang menawarkan one stop autogate solution seperti Sam Autogate.

 

Bearing Gate Repair Kinrara

Bearing Gate Repair Kinrara

 

 

We Replace 2 Unit Gate Bearing And Change Autogate Remote Set

 

Anda boleh tengok swing auto gate customer di Puchong Kinrara Seksyen 3 ini tak boleh tutup dengan rapat, autogate cannot close properly dan ianya berpunca daripada masalah bearing pagar. Sebenarnya, daripada apa yang customer beritahu kami, sebelum ini ada original autogate installer ada datang, mulanya customer sangkakan arm autogate perlukan adjustmen. Tetapi malangnya installer tersebut tidak boleh buat swing auto gate bearing replacement, mereka tiada pengalaman dan kepakaran untuk lakukannya. Akhirnya customer dapat menghubungi Sam Autogate, jiran customer yang syorkan dan boleh baiki masalah bearing swing gate tersebut. Sekarang sudah okay, kami telah berjaya lakukan auto gate bearing replacement bersama dengan 3 orang juruteknik yang pakar.

 

Repair Auto Gate Kinrara Puchong

Repair Auto Gate Kinrara Puchong

 

 

Ada satu lagi masalah dengan autogate remote, semasa kami ingin lakukan testing untuk buka tutup, remote autogate susah untuk detect, kena tekan berulang kali dan kena pergi dekat dengan kotak autogate baru boleh buka. Customer kata masalah ini sudah lama, walaupun sudah tukar bateri remote autogate, ianya masih sama. Customer beritahu masa original installer datang ada beritahu mereka, tetapi suruh gunakan dulu sebab tiada spare parts untuk buat. Setelah kami periksa, kami dapati autogate remote receiver bermasalah, kami tawarkan untuk gantikan autogate remote set yang didatang 1 receiver autogate serta 3 pcs remote control dan customer terus setuju. Kamilah selesaikan masalah gate bearing dan remote autogate.

 

Repair Autogate Remote Kinrara

Repair Autogate Remote Kinrara

 

 

We Offer One Stop Autogate Solution

 

Kami menyediakan servis autogate untuk perumahan di Puchong, Kinrara, Bukit Jalil, Serdang, Seri Kembangan, Kajang, Bangi, USJ, Subang Jaya, Shah Alam, Bukit Jelutong, Kota Kemuning, Klang, Sg Buloh, Kepong, Bangsar, Ampang, Batu Caves dan seluruh Lembah Klang. Servis autogate kami termasuk baiki tukar gate bearing, betulkan trek autogate, baiki roda autogate, autogate control baord, repair autogate remote control, baiki arm autogate, arm autogate replacement, baiki dan pasang sliding autogate, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki autogate kilang dan lakukan servis welding untuk autogate.

Kami gembira dapat penyelesaian setiap masalah autogate dan customer sentiasa berpuas hati dengan servis autogate yang kami berikan. Kami sentiasa pastikan masalah autogate setiap customer dapat dibetulkan pada masa kami datang.

 

Service Repair For Any Autogate Brands

 

Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor. Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama KRON 929, FBM, DCMoto GFM-925w, DEA Gulliver, OAE 333A, Valet Technology Sliding Autogate, Dnor 712, Dnor 212, Mag, E8 Swing Arm Autogate, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate atau pelbagai jenama underground autogate brand, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

April 23, 2025

We Replace Gate Bearing And Stainless Steel Swing Arm Autogate

2 Units Gate Bearing And Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate 早上好!弘胜科技有限公司专业提供自动门安装与维修服务,为您开启美好的一天!无论是解决电动门故障,还是安装全新的Tronica®自动门系统,欢迎随时联系我们,我们随时为您提供专业服务! Kami dihubungi customer daripada USJ 12 Subang Jaya yang memerlukan service gate bearing replacement. […]
March 24, 2025

Mari Team Pakar Autogate Kami Lakukan Diagnosis

Mencari Punca Autogate Tak Boleh Buka Menggunakan Remote 早上好!今天我们赶着去Subang Jaya修理 OAE 333A 自动门。无论是自动门电板、地下式电动门、铁门滚轮、轨道、遥控器,还是自动门系统维修,我们都能为您提供快速且专业的解决方案。选择弘胜科技有限公司,让您的自动门系统始终保持最佳状态! Apabila berlaku masalah dengan autogate, pelanggan sering kali mencari installer asal yang memasang […]