Ramai Pengguna Tukar dari Sistem Underground ke Tronica® Swing Autogate

Repair Remote Autogate Kinrara
Servis Baiki Autogate Yang Biasa Kami Lakukan
June 14, 2025
Arm Autogate Stainless Steel Damansara
Autogate Damansara – Gantikan Swing Arm Autogate Berkualiti Akan Tahan Lama
June 18, 2025

Ramai Pengguna Tukar dari Sistem Underground ke Tronica® Swing Autogate

June 17, 2025

Underground Autogate Lama Telah Rosak

Ramai pelanggan kami yang dulu pasang sistem autogate jenis bawah tanah (underground) kini mula beralih ke model terbaru kami, Tronica® Swing Autogate. Sistem underground ni dulu memang popular sebab reka bentuknya yang kemas dan tak nampak sangat – motor semua disorok bawah tanah, jadi pintu pagar nampak lebih cantik dan teratur. Tapi lepas bertahun-tahun guna, ramai dah mula hadapi masalah sebab sistem tu dah lama dan banyak komponen dalam tu dah mula rosak atau haus.

Sekarang ni, teknologi pun dah makin maju. Sistem swing autogate yang terbaru bukan saja lebih moden, tapi juga lebih tahan lasak dan senang dijaga. Tambahan pula, permintaan untuk sistem autogate underground dah makin kurang, jadi pengeluar pun dah tak banyak hasilkan spare part untuk jenis tu dan ada juga kilang yang dah banyak tutup. Bila rosak, memang susah nak cari underground autogate spare parts – kalau ada pun, harganya agak mahal. Ramai pelanggan kami mengadu, kalau rosak, bukan setakat kena tunggu alat ganti, tapi kadang-kadang teknisi pun susah nak baiki sebab sistem tu dah tak relevan.

Disebabkan semua ni, ramai ambil keputusan untuk tukar terus ke Tronica® Swing Autogate. Sistem baru ni bukan je nampak moden, tapi sangat mudah dipasang, senang dijaga, dan spare part autogate pun mudah didapati. Kalau ada masalah teknikal, kami pun boleh bantu dengan cepat sebab kami memang fokus pada model ni sekarang. Jadi kalau anda masih guna sistem underground dan dah mula nampak tanda-tanda rosak, eloklah mula pertimbang untuk naik taraf – lebih jimat dalam jangka panjang dan kurang pening kepala.

Pasang Swing Autogate Selayang
Pasang Swing Autogate Selayang

Kembali Kepada Kami Setelah Bertahun-tahun Sama Ada Untuk Pasang Atau Baiki Autogate

Sudah hampir 14 tahun customer daripada Bandar Baru Selayang ini menggunakan Victor underground swing autogate system yang dipasang oleh Sam Autogate. Pernah kami datang tukar underground autogate control panel dan battery autogate. Kali ini customer hubungi kami ada masalah sebelah kiri underground autogate buka separuh jalan, selalunya masalah seperti ini underground autogate dc motor ataupun gearbox, kami terangkan pada customer dari segi harga dan spare parts. Selepas itu customer buat keputusan untuk tidak baiki underground autogate tersebut. Perlukan pemasangan autogate baru, katanya lagipun nak raya, risau autogate nanti rosak lagi.

Kami datang untuk lakukan pemasangan. Anda boleh tengok Victor underground autogate yang kami pasang masih cantik, tak ada leaking atau air bertakung pun. Sekarang siap pemasangan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System.

Best Autogate Selayang
Best Autogate Selayang

Kami Sangat Syorkan Tronica® Arm Autogate System

Kami hanya membekalkan autogate yang berkualiti, tahan lasak serta tahan lama. Tidak kira dari model autogate underground, swing/ folding arm autogate dan sliding autogate. Antara jenama latest autogate yang kami supply and install adalah Tronica® Autogate.

Di dalam Tronica® autogate arm, anda akan menjumpai komponen berkualiti tinggi dan tahan lama. Ini termasuk autogate control system, auto gate transformer, autogate remote control, bateri, dan juga kotak autogate, yang semuanya dibuat di Malaysia. Tronica® adalah sistem autogate berkualiti premium. Tronica® menawarkan jangka hayat yang lebih panjang berbanding jenama lain, dan kebolehpercayaannya tidak tertandingi.

Baiki Pintu Pagar Automatik Untuk Jenama Autogate Terkenal

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate atau pelbagai jenama underground autogate brand, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post