Punca Utama Kerosakan Underground Autogate

Repair Autogate Cannot Open Cheras
Autogate Anda Tidak Berfungsi Baik – Sila Cuba Reset Dahulu
June 23, 2025
Arm Autogate Services Shah Alam
Servis Ganti Arm Autogate: Tukar Satu atau Dua, Kami Boleh Bantu!
June 25, 2025

Punca Utama Kerosakan Underground Autogate

June 24, 2025

Underground Autogate Rosak Disebabkan Air

Ramai tak sedar yang punca utama kerosakan underground autogate, sama ada gearbox atau motor DC, adalah disebabkan air masuk ke dalam sistem. Disebabkan ia dipasang bawah tanah, memang susah nak perasan bila ada kebocoran atau air mula bertakung dalam kotak motor tu. Biasanya, bila autogate mula buat hal atau tak buka tutup dengan lancar, barulah buka penutup dan tengok dalam dah penuh air. Bila air dah masuk, besar kemungkinan motor atau gearbox dah rosak – kadang-kadang dua-dua terus rosak.

Bila jadi macam ni, ramai mula tertanya-tanya, patut ke terus baiki atau tukar terus ke sistem baru? Kalau ikut logik, baiki mungkin nampak lebih murah pada mulanya. Tapi dari pengalaman kami, kebanyakan underground autogate lama bila sekali dah mula rosak, lepas tu akan datang masalah lain pula – kejap wiring rosak, kejap motor tersangkut, dan sebagainya. Jadi kos baik pulih tu kadang-kadang lebih tinggi bila campur semua. Sebab tu kami selalu nasihatkan pelanggan untuk pertimbangkan tukar ke sistem baru yang lebih tahan dan senang jaga.

Salah satu sistem autogate yang kami memang syorkan adalah Tronica® Arm Autogate System. Jenis arm ni dipasang atas, jadi risiko air masuk memang sangat rendah. Selain tu, sistem ni lebih mudah untuk servis dan tahan lama, sesuai dengan cuaca kat Malaysia yang tak menentu. Kalau nak elak pening kepala berulang kali sebab autogate rosak, lebih baik terus pasang sistem yang terbukti tahan lasak dan senang jaga macam Tronica ni.

Pasang Swing Autogate Bandar Sunway
Pasang Swing Autogate Bandar Sunway

Gearbox Motor Underground Rosak – Baik Pasang Autogate Baru

Kami dihubungi customer daripada Bandar Sunway untuk lakukan Mag underground autogate service sebab sebelah kiri underground autogate hanya buka sedikit sahaja, jadi susah untuk keluarkan kereta. Untuk buka manual pun tak boleh sebab kunci center lock tu dah lama hilang, dan customer simply push underground autogate tersebut guna tangan. Sekarang kami syak gearbox motor autogate underground telah rosak, kami terangkan pada customer sama ada ingin baiki underground autogate lama tersebut dengan kos baiki autogate underground yang tinggi atau kos lebih berbaloi dengan pasang set autogate baru. Setelah berfikir, dalam dua hari kemudian customer hubungi kami semula dan setuju untuk lakukan pemasangan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System.

Setelah set appointment, kami datang lakukan pemasangan, apabila cover underground autogate lama ianya sudah hampir penuh dengan air, sebelah kanan juga sama sudah dimasuki air. Situasi tersebut dilihat sendiri oleh customer, keputusan untuk pasang autogate baru Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System, adalah keputusan yang tepat. Sekarang swing autogate bergerak dengan sangat lancar.

Install Autogate Swing Bandar Sunway
Install Autogate Swing Bandar Sunway

Berhenti Baiki Underground Autogate Dan Pasang Tronica® Autogate

Sekarang ini apabila customer yang menghubungi kami dan menggunakan underground autogate seperti Victor Underground Autogate Lama, Powergates, Door Mex, Mag, Mag SE, Comex SE1, CEI, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, Aprigate, DC Max, Am Gate, Easy, Home Access, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, BCM, Gatium serta Elock yang sudah lama dan mengalami kerosakan teruk seperti underground autogate motor gearbox rosak, kami akan terus syorkan untuk pasang set sistem swing arm autogate Tronica® baru. Ini adalah kerana ia tidak berbaloi untuk dibaiki lagi.

Walaupun kami masih boleh baiki sistem autogate lama ada, underground swing auto gate spare parts available lagi, tapi berapa lama ia akan tahan yelah sebab sistem sudah lama kan. Dan setiap hari juga kami akan install Tronica® Autogate di area Klang Valley.

Baiki Autogate Untuk Pelbagai Jenama Autogate

Kami mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam membaiki sistem pintu pagar autogate. Kami boleh membantu anda dengan sebarang soalan yang anda ada tentang Sistem Autogate. Kami boleh membaiki autogate Tronica®, KRON 929 autogate, FBM, Dnor 212, Dnor 712, Dnor Turbo 880, OAE 333a, E8, DCMoto GFM 925, autogate Legate, autogate Jackpro, autogate Radion, autogate AGT, autogate Comex, autogate G-force, Pintu autogate Celmer, Cougar autogate, Valet Technology, Millie’s autogate dan banyak lagi.

Penyelesaian autogate untuk perumahan di Sri Petaling dan Lembah Klang, servis autogate kami termasuk pemasangan kron autogate, baiki arm autogate, arm autogate replacement, baiki dan pasang sliding autogate, baiki autogate remote control, adjust autogate arm, tukar bateri autogate, baiki autogate kilang, baiki roda autogate, betulkan trek autogate dan lakukan servis welding untuk autogate. Hubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp juga.Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post