Puchong Autogate Arm – Job Servis Baiki Dan Tukar Arm Autogate

Dnor Autogate Repair Specialist Shah Alam
蒲种自动门维修专家 – 摆臂式自动门无法开启
June 12, 2026
Welding Autogate Repair Seri Kembangan
Arm Autogate Bracket Patah Akibat Dilanggar
June 16, 2026

Puchong Autogate Arm – Job Servis Baiki Dan Tukar Arm Autogate

June 15, 2026

Puchong Autogate Arm – Job Servis Baiki Dan Tukar Arm Autogate

Minggu lepas memang banyak job untuk servis baiki dan tukar autogate arm. Ramai yang memilih untuk gantikan autogate arm lama mereka dengan Tronica® 929 Arm Autogate.

Salah satunya customer daripada Puchong yang ada masalah dengan autogate arm sebelah kanan kadang boleh berfungsi tapi selalunya tak boleh, arm autogate jam. Menyebabkan customer susah untuk keluar masuk rumah. Jadi memang kena parking kereta dekat luar. Dari apa yang customer beritahu, sebenarnya masalah arm autogate ini sudah lama, sejak bulan lepas, ada cuba hubungi original autogate installer tapi tak dapat. Ada juga survey autogate repairer Puchong dan autogate installer Puchong yang boleh dipercayai. Kawan baik customer syorkan Sam Autogate, kawan dah guna servis autogate kami sudah lama, beberapa rumah sewanya, kami pernah pasang autogate Tronica® dan lakukan auto gate repair service. Apabila kawannya dah syorkan, itu yang customer hubungi kami secepat mungkin.

Folding Arm Autogate Repair Puchong
Folding Arm Autogate Repair Puchong

Kedua Arm Autogate Lama Tukar Tronica® 929 Arm Autogate

Untuk masalah sebelah arm autogate tak boleh buka, kemungkinan autogate arm itu rosak. Jadi sebelum kerumah customer kami akan terangkan dulu. Asalnya customer menggunakan stainless steel arm autogate, setahu kami arm itu adalah fake oae, tiruan punya. Kami syorkan Tronica® 929 Arm Autogate, send catalog dan bagi harga arm autogate tersebut.

Kami datang pada waktu yang ditetap dan lakukan pemeriksaan pada folding arm autogate terlebih dahulu untuk pastikan jika ia benar rosak. Kami telah sahkan dan maklumkan pada customer yang autogate arm sebelah kanan telah rosak. Pada awalnya iaitu sebelum kami datang, customer telah confirm untuk satu unit arm autogate. Tapi sekarang customer ingin gantikan kedua-dua unit arm autogate lama dengan Tronica® 929 Arm Autogate.

Best Tronica Arm Autogate Puchong
Best Tronica Arm Autogate Puchong

Servis Baiki Autogate On The Spot

Ia kami boleh lakukannya on the spot sebab spare parts arm autogate banyak serta autogate spare parts lain seperti autogate arm, control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate remote receiver kami bawa bersama untuk setiap tempat service autogate yang kami pergi, jika ada masalah autogate lain atau customer ingin tukar part autogate tambahan, kami boleh terus lakukannya.

Selesai customer autogate arm, kami teruskan pergi autogate lain, masih diarea Puchong dimana customer ada masalah dengan remote autogate tak berfungsi. Dari semalam tak dapat masuk, terpaksa tidur rumah kawan. Jadi hari ini kami datang betulkan autogate tersebut dengan tukar 433mhz remote set autogate.

Dalam sehari, team kami mampu bergerak ke pelbagai lokasi untuk melakukan kerja pemasangan autogate baru seperti Tronica® autogate atau menjalankan kerja-kerja servis baiki sistem autogate yang rosak dan fix auto gate roller. Dengan pasukan teknikal yang profesional dan berpengalaman, kami lengkap dengan peralatan serta stok spare parts autogate untuk hampir semua model termasuk Tronica®, Kron, FBM, OAE arm autogate system, Dnor (swing dan folding), serta pelbagai jenama lain. Disebabkan itulah, servis yang kami berikan bukan sahaja cepat, malah hasil kerja juga kemas dan tahan lama.

Tronica Arm Autogate Replacement Puchong
Tronica Arm Autogate Replacement Puchong

Arm Autogate Services Puchong dan Klang Valley

Hampir setiap hari juga kami baiki arm autogate di Lembah Klang, kami ada beritahu juga sebelum ini. Masalah dengan arm autogate boleh dikatakan agak berat kerana ia ada komponen autogate harganya lebih tinggi berbanding dengan autogate parts yang lain. Arm autogate yang bagus boleh tahan bertahun-tahun lamanya. Sepanjang hampir 30 tahun dalam industri autogate, kami sangat yakini dengan Tronica® Arm Autogate.

Mencari auto gate repairer Puchong? Sam Autogate anda penyelesaian terbaik untuk masalah autogate anda. Macam mana kami boleh selesaikan terus autogate problem anda? Sebabnya team kami berpengalaman mencari punca autogate tak berfungsi dengan baik dan auto gate spare parts semua kami dah sediakan untuk pelbagai model autogate dan jenama autogate. Anda nak pasang autogate baru pun boleh, Tronica® Autogate System kami ready stock.

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post