OAE Autogate Arm Solution – Spare Parts Available For Many Brands

Repair Sliding Autogate Remote Klang
Tidak Dapat Cari Pemasang Autogate Asal? Hubungi Sam Autogate
July 4, 2025
AGT Arm Autogate Repair Kota Kemuning
Autogate Buka Separuh Jalan – Baiki Motherboard Autogate AGT
July 7, 2025

OAE Autogate Arm Solution – Spare Parts Available For Many Brands

July 5, 2025

OAE Autogate Arm Solution – Spare Parts Available For Many Brands

Sudah penat hadap masalah autogate tak boleh buka atau tutup? Tak tahu punca sebenar dan siapa nak dipanggil? Jangan risau, kami di Sam Autogate memang pakar dalam menyelesaikan pelbagai masalah autogate tak kira jenis atau jenama. Team kami berpengalaman dan biasa baiki kes arm autogate rosak, wiring terbakar, control panel tak menyala dan macam-macam lagi. Yang paling penting, kami sentiasa bawa semua auto gate spare parts yang diperlukan dalam van servis. Jadi bila sampai rumah anda, kami tak perlu tunggu hari lain terus boleh baiki atau tukar parts yang rosak on the spot!

Ramai pelanggan mengadu bila autogate rosak dan cuba hubungi installer lama, langsung tak dapat. Kadang-kadang installer asal dah tukar nombor, atau memang dah tak buat servis lagi. Lagi pening bila tak tahu jenama autogate apa yang digunakan. Tapi kalau anda guna OAE autogate, terutamanya model OAE 333a, memang kami boleh bantu! Kami ada semua jenis spare parts untuk OAE 333a termasuk arm stainless steel, dc motor, transformer, control panel, sampai ke bracket. Bila kami datang, kami terus kenal pasti masalah dan selalunya, dalam tempoh kurang dari sejam, autogate anda boleh berfungsi seperti biasa semula.

Contohnya, baru-baru ini kami ke rumah pelanggan yang menghadapi masalah satu sisi OAE 333a arm autogate tak berfungsi. Pelanggan dah cuba hubungi installer lama tapi gagal. Jadi dia cari autogate repairer yang ada kepakaran dan dapat nombor kami dari kenalan. Bila kami sampai dan buat pemeriksaan, memang sah salah satu arm OAE stainless steel rosak. Nasib baik kami ada spare, terus kami tukar arm baru dan sambung pada sistem sedia ada. Tak sampai satu jam semuanya selesai. Pelanggan pun lega sebab tak perlu tukar satu set baru dan boleh terus guna seperti biasa. Kalau anda pun ada masalah autogate terutama jenama OAE hubungi kami. Kami ready untuk bantu!

Swing Arm Autogate Kelanaa Jaya
Swing Arm Autogate Kelanaa Jaya

OAE Autogate Arm Replacement Service In Kelana Jaya

Kali ini auto gate repair services kami di Kelana Jaya dimana customer menggunakan oae 333a autogate system, memang agak lama dah pakai oae autogate dan sekarang ada masalah one side oae autogate arm tak berfungsi, arm autogate stuck tak boleh tutup. Customer risau pintu pagar terbuka sebab dia ada anak kecil jadi perlu auto gate repairer KL yang boleh datang dan baiki oae autogate nya secepat mungkin. Dari apa yang customer, beberapa oae autogate repairer Kelana Jaya, termasuk original oae autogate install mereka tak boleh datang terus baiki on the spot dan tiada oae arm autogate spare parts tersedia. Yang recommend Sam Autogate adalah abangnya.

Kami datang lakukan pemeriksaan dan sahkan yang oae 333a arm autogate lama telah rosak, dengan persetujuan customer dari segi harga oae 333a arm autogate, kami gantikan oae 333a arm autogate baru dan 100% original.

OAE Arm Autogate Repair Kelana Jaya
OAE Arm Autogate Repair Kelana Jaya

Fast And Effective Autogate Services

Kami adalah oae autogate supplier, installer dan tawarkan servis baiki semua oae 333a autogate arm. Kami hanya menggunakan genuine oae 333a autogate spare parts kemana sahaja kami pergi. Sebab itu, kami boleh repair autogate anda pada hari sama kami dihubungi dan datang ke tempat anda. Syarikat autogate kami sudah lama bertapak dari dulu sehinggalah sekarang, masih menyediakan servis autogate terbaik untuk anda.

Hubungi kami untuk dapatkan servis autogate terbaik yang pastinya anda akan berpuas hati. Pertama servis yang cepat, kami datang pada hari yang sama anda hubungi. Kedua boleh siap masa itu juga. Ketiga hanya menggunakan auto gate spare parts yang baru dan original. Keempat harga baiki autogate yang berpatutan. Tujuan utama kami adalah ingin pastikan autogate anda kembali berfungsi semula pada keadaan asal.

Install And Repair For Many Famous Autogate Brand

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

March 17, 2026

雪隆区专业电动门服务 – 安装、维修与烧焊铁门

升级您的自动门系统,让生活更方便安心 大部分屋主都是在自动门开始出问题后,才发现它的重要性。一开始,自动门可能只是开关变慢。慢慢地,就会出现打不开或关不紧的问题。如果这种情况越来越频密,不但麻烦,还会影响您的日常生活。试想一下,每次出门或回家都要等很久,要下车手动开门,甚至有时候完全打不开电动门,被困在外面,真的很不方便。 其实,大多数问题都是因为自动门使用了很多年,内部零件开始老化或损坏。如果您的自动门已经用了很久,而且经常坏,是时候考虑升级到新的系统了。现在的新款自动门系统更加耐用、运行更顺畅,而且问题更少。 选择好的系统可以让您: 推荐您可以考虑 Tronica® 828 不锈钢摆臂自动门 和 Tronica® 929 自动门系统。全新升级版的Tronica® Autogate在自动门行业中以耐用和品质稳定著称,适合马来西亚炎热和多雨的天气。升级后,您可以每天放心使用,不用再担心频频故障的问题。 摆臂自动门关不上?直接更换新系统更省心 我们一位位于 Shah Alam 的客户,使用摆臂自动门已经很多年了,也不清楚原本的品牌。之前已经维修过多次,包括更换主板和其他零件。后来两个门臂开始变慢,不久后其中一边甚至完全无法关闭。 为了避免一直维修花钱,客户决定直接更换新的自动门系统。经过了解和比较后,客户选择了 Sam Autogate 安装 Tronica® 828 不锈钢摆臂自动门系统。我们的团队先拆除旧的自动门零件,再安装全新的 Tronica® […]