OAE Arm Autogate Patah – Arm Autogate Baru Diperlukan
Sekiranya autogate tiba-tiba rosak sebab terlanggar kereta, memang boleh buat kita jadi serabut sekejap. Lagi-lagi kalau tengah rushing nak pergi kerja atau hantar anak, tiba-tiba pagar tak boleh buka. Situasi macam ni sebenarnya agak biasa berlaku, sama ada sebab tersilap tekan remote, kereta mengundur terlalu awal atau tak perasan autogate belum buka habis. Bila dah kena hentam, terus jadi masalah besar sebab laluan keluar masuk dah terganggu.
Biasanya bila autogate kena langgar, antara kerosakan yang selalu jadi termasuk arm bengkok atau patah, motor jadi jem atau terus tak berfungsi, dan bracket tercabut dari tempat asal. Ada juga kes sampai dinding tempat pasang autogate tu retak atau pecah. Kalau dibiarkan, bukan saja susah nak guna, tapi boleh jadi bahaya sebab pagar mungkin jatuh atau tak stabil. Ramai ingat boleh baiki sendiri, tapi tanpa tools dan pengalaman, risiko lagi tinggi untuk rosakkan lagi teruk.
Sebab tu lebih baik serahkan pada technician yang memang biasa handle kes macam ni. Kami faham anda nak cepat settle supaya rumah kembali normal, jadi servis pembaikan memang fokus pada kerja cepat dan hasil yang tahan lama. Dari tukar arm, baiki motor, sampai betulkan semula alignment autogate, semua boleh dibuat. Yang penting, lepas siap nanti autogate boleh guna semula dengan smooth dan selamat, tak perlu risau lagi setiap kali nak keluar masuk rumah.

Remote Autogate Lambat Detect – Tak Perasan Pagar Belum Terbuka
Seperti kejadikan yang menimpa customer daripada Subang Jaya dimana ia terjadi pada waktu malam, swing autogate customer tidak terlalu besar, apabila ingin keluarkan kereta secara tidak sengaja terlanggar oae swing arm autogate memyebabkan ia patah dibahagian depan, iaitu bahagian untuk disambung pada bracket dipagar dan tidak boleh disambungkan lagi.
Dari apa yang customer beritahu, dia ada cuba dapatkan original autogate installer tetapi nombor yang mereka guna sudah tiada dalam perkhidmatan, itu yang customer cari autogate specialist yang boleh menggantikan 1 unit arm autogate yang rosak sahaja tanpa menggantikan keseluruhan sistem autogate tersebut dan customer telah mendapatkan servis autogate kami. Kami telah syorkan menggunakan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate bagi menggantikan oae 333a arm autogate lama, dengan persetujuan customer, kami terus menggantikannya.
Remote lambat respon menjadi punca masalah, customer sangkakan autogate sudah buka apabila tekan remote, tetapi tidak, itu yang dia terus undurkan kereta dan terlanggar pagar. Setelah diperiksa remote receiver telah rosak. Jadi sekarang kami gantikan tronica remote receiver 433mhz dan remote control 433mhz. Memang cepat respon dan boleh buka dari jarak jauh, sekarang folding autogate ini berfungsi semula seperti biasa.

Servis Autogate Terbaik Berdekatan Anda
Di sinilah kami berada. Kami adalah pakar dalam membaiki autogate dan dapat memulihkan autogate anda dengan cepat. Sekiranya masalah arm autogate patah, kami ada spare parts untuk arm autogate tersebut. Untuk masalah bracket tercabut dan patah, kami boleh pasang semula atau ganti autogate bracket. Dan jika pintu pagar jatuh, kami akan naikkan ia semula seperti keadaan asal.
Adalah penting baginya untuk mencari autogate repair expert yang boleh menyediakan perkhidmatan autogate yang berkesan dan menjalankan pembaikan arm auto gate yang diperlukan. Mencari syarikat autogate yang terkenal berdekatan akan memastikan masalah autogate dapat diselesaikan dengan berkesan dan mencegah masalah pada masa depan.

Baiki Dan Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama Autogate
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.




