Masalah Autogate Remote Control & Receiver – Kami Sedia Bantu Anda!

Swing Auto Gate Repair Damansara
We Replace Gate Bearing And Stainless Steel Swing Arm Autogate
September 13, 2025
Pasang Tronica Autogate Kelana Jaya
Autogate Kelana Jaya – Ramai Yang Sedar Tidak Berbaloi Baiki Underground Autogate Lama
September 18, 2025

Masalah Autogate Remote Control & Receiver – Kami Sedia Bantu Anda!

September 17, 2025

Baiki Autogate Remote Control & Receiver Tidak Berfungsi

Ramai pemilik rumah pernah alami situasi di mana remote autogate tiba-tiba tak berfungsi. Kadang-kadang puncanya mudah sahaja mungkin bateri remote autogate sudah kong, atau remote itu sendiri rosak. Tetapi kalau dah cuba tukar bateri baru dan masih tak berfungsi, malah semua remote tidak boleh digunakan serentak, besar kemungkinan masalah datang daripada autogate remote receiver. Receiver ini biasanya terletak di dalam kotak autogate control panel, dan kalau ia bermasalah, memang remote tak akan dapat hantar signal untuk buka atau tutup pagar. Jangan risau, sebab kami ada spare parts untuk gantikan receiver autogate anda bila perlu.

Masalah remote control autogate atau receiver rosak ini sebenarnya adalah antara kes yang paling biasa kami terima. Hampir setiap hari, memang ada sahaja customer yang hubungi kami mengadu autogate mereka langsung tak dapat dibuka dengan remote. Kami faham betul keadaan macam ni memang menyusahkan nak keluar masuk rumah pun jadi terbatas, malah lebih bahaya kalau perlu keluar pada waktu malam. Itulah sebabnya, penting untuk ambil tindakan cepat bila remote autogate anda mula bermasalah, jangan tunggu sampai keadaan jadi lebih teruk.

Dengan pengalaman dan teknisyen kami yang berkemahiran, kami akan buat pemeriksaan dulu untuk pastikan betul-betul punca kerosakan. Jika sah masalah berpunca daripada receiver, kami boleh terus lakukan penggantian di tempat anda kerana semua spare parts memang kami bawa bersama. Tujuan kami mudah – pastikan autogate anda boleh dibuka dan ditutup semula dengan lancar menggunakan remote control tanpa perlu tunggu lama. Jadi, kalau remote autogate anda buat hal, terus saja hubungi kami untuk servis pantas dan berkesan.

OAE Autogate Remote Repair Putra Height
OAE Autogate Remote Repair Putra Height

330Mhz Autogate Receiver Lama Telah Rosak

Servis baiki autogate remote diperlukan di Putra Height USJ dimana customer beritahu “My autogate is not responding to my house or remote control. Are you able to come to service it tomorrow?” OAE swing autogate system dan ada masalah autogate tak boleh buka menggunakan autogate remote tetapi guna autogate suis autogate dalam rumah boleh. Customer sudah cuba tukar bateri remote autogate tapi malangnya tak menjadi, remote tersebut ada lampu tetapi autogate masih tidak terbuka dan semua remote oae autogate pun sama. Kemungkinan bukan masalah dengan remote control, tapi auto gate parts yang lain sama ada autogate remote receiver ataupun auto gate control system.

Untuk itu, kami akan menghantar team expert kami untuk lakukan autogate diagnosis dimana mereka akan memeriksa dengan teliti dan menguji bagi mengenalpasti punca masalah autogate yang berlaku. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, masalah autogate anda boleh terus selesai pada masa kami datang.

Dan untuk masalah customer ini, selepas lakukan pemeriksaan, kami dapati auto gate remote receiver telah rosak dan customer menggunakan autogate receiver 330mhz, jenis lama. Bagi menyelesaian masalah tersebut, kami telah gantikan 433mhz autogate remote set didatangi dengan 1 unit 433mhz remote receiver dan 433mhz autogate remote control. 433Mhz adalah remote control kami adalah terkini dan berkualiti tinggi serta boleh buka autogate dari jarak jauh. Selepas menggantikan autogate remote set 433mhz yang baru, autogate remote lama tak boleh digunakan lagi sebab jenis dan frequency yang berbeza.

Penyelesaian Terbaik Untuk Autogate Anda

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard, termasuk tukar roda autogate dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. Sam Autogate telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, USJ, Shah Alam, Kepong, dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja.

Baiki Dan Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

March 17, 2026

雪隆区专业电动门服务 – 安装、维修与烧焊铁门

升级您的自动门系统,让生活更方便安心 大部分屋主都是在自动门开始出问题后,才发现它的重要性。一开始,自动门可能只是开关变慢。慢慢地,就会出现打不开或关不紧的问题。如果这种情况越来越频密,不但麻烦,还会影响您的日常生活。试想一下,每次出门或回家都要等很久,要下车手动开门,甚至有时候完全打不开电动门,被困在外面,真的很不方便。 其实,大多数问题都是因为自动门使用了很多年,内部零件开始老化或损坏。如果您的自动门已经用了很久,而且经常坏,是时候考虑升级到新的系统了。现在的新款自动门系统更加耐用、运行更顺畅,而且问题更少。 选择好的系统可以让您: 推荐您可以考虑 Tronica® 828 不锈钢摆臂自动门 和 Tronica® 929 自动门系统。全新升级版的Tronica® Autogate在自动门行业中以耐用和品质稳定著称,适合马来西亚炎热和多雨的天气。升级后,您可以每天放心使用,不用再担心频频故障的问题。 摆臂自动门关不上?直接更换新系统更省心 我们一位位于 Shah Alam 的客户,使用摆臂自动门已经很多年了,也不清楚原本的品牌。之前已经维修过多次,包括更换主板和其他零件。后来两个门臂开始变慢,不久后其中一边甚至完全无法关闭。 为了避免一直维修花钱,客户决定直接更换新的自动门系统。经过了解和比较后,客户选择了 Sam Autogate 安装 Tronica® 828 不锈钢摆臂自动门系统。我们的团队先拆除旧的自动门零件,再安装全新的 Tronica® […]