Kerosakan Banyak Pada Underground Autogate Lama

Damansara Autogate Services
Servis Autogate Cepat – Juruteknik Pakar Dan Spare Parts Autogate Tersedia
July 2, 2025
Repair Sliding Autogate Remote Klang
Tidak Dapat Cari Pemasang Autogate Asal? Hubungi Sam Autogate
July 4, 2025

Kerosakan Banyak Pada Underground Autogate Lama

July 3, 2025

Setiap Sistem Autogate Juga Ada Jangka Hayatnya

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem autogate swing underground merupakan sistem autogate yang tahan lama. Ramai customer yang telah menggunakannya selama belasan tahun dan berpuluh tahun pun ada. Seiring berjalannya waktu, sistem autogate swing underground boleh dimasuki air tanpa disedari, terutamanya jika pemasangan tidak dilakukan dengan betul.

Salah satu tanda sistem underground ini sudah mula bermasalah ialah bila pintu pagar bergerak perlahan, tersangkut-sangkut, atau langsung tidak berfungsi. Biasanya masalah ini berpunca daripada dc motor atau gearbox underground autogate yang sudah rosak akibat dimasuki air. Ramai juga customer hanya sedar bila masalah dah teruk, contohnya bila motor terbakar atau mula keluarkan bunyi pelik. Bila kami periksa, memang sah ada kesan air dan karat di dalam motor. Perlu diingat, bila air sudah pernah masuk sekali, kemungkinan besar masalah ini akan berulang – lebih-lebih lagi waktu hujan atau banjir kilat.

Untuk elakkan kerosakan berulang dan kos pembaikan yang tinggi, ramai customer kami memilih untuk tukar sistem kepada Tronica® Swing Arm Autogate System. Sistem ini bukan sahaja lebih mudah dijaga kerana berada di atas tanah, malah jauh lebih mudah untuk diservis dan alat ganti pun mudah diperoleh. Tronica® juga terkenal dengan prestasi yang tahan lasak dan sesuai untuk pintu pagar berat atau besar. Jadi kalau anda sedang hadapi masalah dengan sistem underground, pertimbangkan untuk tukar kepada Tronica®. Kami boleh bantu berikan cadangan terbaik ikut jenis pintu pagar dan bajet anda.

Underground Autogate Replacement USJ
Underground Autogate Replacement USJ

Li Gates Underground Autogate Berusia 13 Tahun Dan Bermasalah

Dari apa yang customer dari USJ Subang Jaya ini beritahu kami, dia menggunakan Li Gates underground autogate sudah 12 tahun dan sejak dari 2 bulan lepas ada masalah sebelah kanan underground autogate motor telah rosak, customer tak baiki pun, hanya guna kanan autogate untuk buka dan tutup untuk keluar masuk. Tapi pagi tadi autogate langsung tak boleh buka, untuk kepastian customer telah buka kotak pvc autogate, terkejut customer tengok yang didalamnya penuh dengan semut dan kami yakin, semut-semut tersebut telah merosakkan autogate control board underground. Kami terus syorkan untuk pemasangan autogate baru menggunakan swing arm autogate dan tidak berbaloi dari terus membaiki. Masa itu customer tidak confirm lagi, dia akan cari penyelesaian lain.

Dalam beberapa hari kemudian customer hubungi dan kali ini setuju untuk pemasangan autogate baru. Customer beritahu kami, dia ada hubungi beberapa autogate repairer USJ, mereka pun syorkan pasang autogate baru tetapi customer memilih kami kerana latar belakang kami yang sudah lama dalam industri autogate dan menyakinkan. Kami telah set appointment untuk datang pemasangan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System, sebelum itu kami minta customer untuk bersihkan kawasan kotak autogate, eloknya panggil pest control, jika tidak kami risau semut tersebut akan datang kembali.

Install New Autogate USJ
Install New Autogate USJ

Dapatkan Tronica® Arm Autogate System Hari Ini

Apa yang membuatkan Tronica® Autogate System istemewa adalah kerana Tronica® Autogate jenis swing arm autogate berkualiti tinggi tetapi tidal terlau mahal. Jika anda telah muak dengan tekaan dan kos untuk membaiki autogate setiap masa, pertimbangkan untuk membuat pilohna yang bijak dengan tukar kepada Tronica® Autogatre dan nikmati ketenangan yang datang dengan penyelesaian autogate yang boleh dipercayai dan berpatutan yang mempunyai sokongan tempatan. Sebab itu ramai pengguna Tronica® Autogate yang berpuas hati mereka akan syorkan kepada kenalan.

Kebanyakkan underground autogate lama dengan jenama seperti Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, DC Max, Home Access, Easy Gate, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, BCM, Gatium, Elock, Am Gate serta Xgate sudah ramai yang tidak menggunakannya lagi, mereka telah gantikan dengan modern autogate Tronica®swing arm autogate baru.

Baiki Pintu Pagar Automatik Untuk Jenama Autogate Terkenal

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate atau pelbagai jenama underground autogate brand, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post