Kenapa Tidak Disyorkan Baiki Mag Underground Autogate Lama?

Replace Auto Gate Wheel PJ
Why You Need To Replace Both Folding Auto Gate Wheels
December 5, 2024
Best Repair Autogate Kota Kemuning
Pilihan Servis Autogate Di Lembah Klang
December 7, 2024

Kenapa Tidak Disyorkan Baiki Mag Underground Autogate Lama?

December 6, 2024

Kenapa Tidak Disyorkan Baiki Underground Autogate Lama?

Sistem underground autogate untuk jenama Mag, Good 1, Ranger, CPT, Comex, Comex SE1, Victor, Powergates, Doox Mex, Li Gates, Xgate, Home Access, DC Max, Supermax, Gatium, Chubb, 100 Super A, Radion, BCM, Letron, Radion, Door Guard, Wheels, EPL, DKC, Aprigate dan beberapa underground swing auto gate brand yang lain memang tahan lama dan ada customer yang telah menggunakannya berpuluh tahun pun ada. Tetapi jika sudah terlalu lama adakah ia masih berbaloi untuk dibaiki?

Salah satu alasan utama mengapa tidak disyorkan untuk membaiki underground autogate lama adalah kos pembaikan yang semakin meningkat. Komponen spare parts underground autogate semakin limited, sudah sukar dicari dan ada juga yang tiada lagi di pasaran, yang menjadikan proses pembaikan lebih mahal dan memakan masa. Selain itu, apabila sistem lama rosak, ia mungkin memerlukan lebih banyak kerja untuk memastikan ia berfungsi semula dengan sempurna. Kos-kos ini boleh menjadi beban, dan dalam banyak kes, ia lebih berbaloi untuk menggantikan sistem lama dengan yang baru.

Pertimbangkan untuk memasang sistem autogate yang baru. Walaupun kos pemasangan autogate baru mungkin lebih tinggi pada permulaan, ia memberikan kelebihan dalam jangka panjang, termasuk prestasi yang lebih baik, kebolehpercayaan yang tinggi, dan kemajuan teknologi terkini. Keputusan akhir bergantung kepada keutamaan anda. Pendapat dari pengalaman kami, kami akan syorkan pemasangan autogate baru, salah satunya dengan model KRON 929 Arm Autogate System.

Swing Autogate Installation USJ
Swing Autogate Installation USJ

Kali Ini Pelanggan Perlukan KRON 929 Arm Autogate System

Jumpa lagi customer di Jalan USJ 2/3, Subang Jaya dimana customer pengguna MAG swing underground autogate system, sebelum ini kami pernah tukar underground mini dc motor, tak lama pun, dalam tahun lepas. Dan kali ini customer hubungi kami, mungkin ada masalah dengan underground autogate center lock dan swing control board. Itu yang kami datang checking, memang betul underground autogate auto lock problem. Sekiranya banyak masa juga dengan autogate swing underground mag ini.

Sekarang baru customer buat keputusan sistem autogate baru menggunakan arm autogate. Masa kali pertama datang kami ada syorkan juga pasang autogate baru tapi customer buat keputusan untuk baiki underground autogate tersebut terlebih dahulu. Sekarang kami lakukan pemasangan KRON 929 Arm Autogate System. Customer beritahu jiran-jirannya juga sudah ganti kepada sistem autogate baru iaitu KRON Autogate dan katanya lagi menyesal tak dengar nasihat kami sebelum ini.

Kami tidak mengesyorkan untuk terus membaiki sistem yang sudah lama dan tidak berkesan. Sebaliknya, pemasangan autogate baru, seperti KRON 929 Arm Autogate, boleh memberikan prestasi yang lebih baik, tahan lama, dan memberikan nilai yang lebih baik dalam jangka masa panjang. Kami sedia membantu jika anda memutuskan untuk memasang autogate baru.

Pasang Autogate baru USJ
Pasang Autogate baru USJ

Syarikat Dengan Sistem Autogate Yang Dipercayai

Kron Autogate mempunyai reputasi kukuh di Malaysia kerana kebolehpercayaannya. Motor autogate jenis swing mereka dibina untuk kegunaan jangka panjang, memastikan prestasi jangka panjang. Memang kami sangat syorkan KRON Autogate kepada semua customer yang memerlukan pemasangan autogate baru.

Sam Autogate juga tahu betapa pentingnya memasang autogate dengan betul supaya ia berfungsi dengan baik. Itulah sebabnya kami menawarkan perkhidmatan pemasangan autogate profesional untuk memastikan autogate baru anda berfungsi dengan sempurna dari awal. Kami memahami betapa pentingnya pemasangan autogate swing yang betul untuk prestasi optimum. Hubungi Sam Autogate di 012 – 405 8791 hari ini dan buat pelaburan bijak dalam keselamatan dan keselesaan hartanah anda. Boleh juga whatsapp kepada https://wa.me/60124058791

Servis Baiki Autogate Juga Ditawarkan

Kami menawarkan servis baiki autogate untuk KRON Autogate, FBM Autogate, Dnor Autogate, OAE Autogate, E8 Autogate, FAAC Autogate dan Digicarft DCMoto Autogate untuk memastikan anda boleh menggunakan autogate dengan baik. Kami juga menawarkan penyelesaikan untuk sliding autogate janam KRON, G-force-Valet, Celmar, Mag, DCMoto, BSM serta Beninca. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate.

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

June 9, 2026

蒲种安装 Tronica® 929 摆臂式自动门系统(紧急更换案例)

蒲种安装 Tronica® 929 摆臂式自动门系统(紧急更换案例) 最近,我们接到一位蒲种(Puchong)屋主的求助,他的 OAE 333A 摆臂式自动门突然无法运作,完全打不开。当时客户被困在屋外无法进入家中。小门已经用铁链和挂锁锁住,而钥匙又放在屋内。大门高度较高,也不适合攀爬,非常危险。为了避免受伤,客户只能小心尝试用力推门,希望能够勉强进入屋内。 之前曾出现同样问题(暂时恢复) 其实,这已经是客户第二次联系我们。第一次出现问题时,自动门同样无法开启。当时原本的安装商无法联系上,因此我们通过电话指导客户进行基本排查与重置操作,系统之后恢复正常。 但是这一次情况更严重,即使再次进行检查与重置,自动门仍然完全没有反应。因此我们建议客户先拆下摆臂,让大门可以手动安全开启,避免持续卡住。 现场检查发现主要故障 第二天早上,我们技术团队到现场进行详细检查。 检查后发现两个主要问题: 为什么推荐 Tronica® 929 自动门系统? Tronica® 929 是马来西亚常用的现代摆臂式自动门系统之一,适合住宅使用。它运行稳定,适合日常频繁开关,也适用于单门或双门设计。相比旧系统,它的稳定性更高,维修率更低,是许多家庭升级自动门的首选方案。 现货更换|可当天安装 由于我们备有现货系统,因此可以提供当天更换服务。 本次安装所使用的配件包括: 因此能够在短时间内完成更换,让客户恢复正常使用。 蒲种 […]