Kami Gantikan 433mhz Remote Autogate Set Di Subang Jaya

Repair Autogate Motheboard Sepang
Kenalpasti Masalah Autogate Tak Boleh Buka
April 27, 2026
Pasang Autogate Baru Subang Jaya
Nak Pasang Autogate Cepat? Hubungi Kami Untuk Appointment
April 29, 2026

Kami Gantikan 433mhz Remote Autogate Set Di Subang Jaya

April 28, 2026

Kami Gantikan 433mhz Remote Autogate Set Di Subang Jaya

Kali ini servis autogate kami di Subang Jaya yang ada masalah autogate tak boleh menggunakan remote control tetapi menggunakan switch autogate dalam rumah boleh, tiada masalah. Customer sudah cuba tukar battery remote autogate tersebut tetapi masih tidak boleh. Dari apa yang customer beritahu, tidak dapat hubungi original autogate installer, cuma ada satu nombor sahaja untuk hubungi mereka dan autogate company mereka pun customer tidak tahu. Kemudian ada jiran yang kongsi contact number kami, dimana kami pernah repair autogate nya minggu lepas.

Seperti biasa sebelum ke rumah customer kami akan prepare spare parts autogate seperti autogate remote set, autogate motherboard, transformer autogate, backup batter dan technician akan bawa bersama spare parts autogate tersebut.

Kami datang lakukan pemeriksaan dan mendapati folding stainless steel autogate ada masalah dengan autogate remote receiver. Kami sudah buka kotak autogate dan buat masa sekarang hanya autogate remote receiver yang rosak dan autogate parts lain seperti autogate control board serta transformer masih lagi berfungsi. Satu lagi, backup battery autogate pun sudah kong, masa itu rumah tak ada elektrik, autogate tak boleh buka. Jadi sekarang menggantikan 433mhz autogate remote set yang didatang 1 unit receiver dan 3 pcs remote control baru, customer juga minta kami tukar bateri autogate.

Autogate Repair Services Subang Jaya
Autogate Repair Services Subang Jaya

Remote Autogate Tak Berfungsi – Guna Switch Autogate Dalam Rumah Boleh

Masalah remote autogate tak berfungsi memang antara perkara yang paling selalu jadi dekat rumah. Selalunya punca paling biasa adalah bateri remote dah habis atau remote itu sendiri rosak sebab jatuh atau sudah lama guna. Tapi ada juga situasi di mana masalah bukan datang dari remote, sebaliknya dari bahagian receiver autogate. Cara paling mudah nak tahu ialah bila remote tekan tak jadi, tapi autogate masih boleh buka tutup guna switch dalam rumah. Kalau jadi macam ni, besar kemungkinan receiver dah tak dapat terima signal dengan betul.

Walaupun nampak macam masalah kecil, sebenarnya penting untuk buat pemeriksaan penuh supaya tahu punca sebenar. Kadang-kadang ia boleh melibatkan komponen lain seperti control board, wiring, transformer atau sistem autogate itu sendiri. Kalau terus tukar remote tanpa check betul-betul, mungkin masalah masih tak selesai. Sebab itu, pemeriksaan menyeluruh sangat penting supaya tak buang masa dan kos repair autogate berulang.

Kami sediakan servis check autogate secara lengkap terus ke rumah anda. Technician kami akan bawa pelbagai spare parts seperti remote, receiver, motherboard, transformer dan lain-lain, jadi kalau perlu tukar, boleh buat terus on the spot. Ini lebih cepat dan mudah tanpa perlu tunggu lama. Matlamat kami adalah untuk pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan lancar dan selamat digunakan setiap hari.

Autogate Remote Not Working Subang
Autogate Remote Not Working Subang

Penyelesaian Untuk Pelbagai Masalah Dan Jenama Autogate

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. Sam Autogate telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti.

Di Sam Autogate, kami sentiasa berusaha memberikan penyelesaian menyeluruh untuk keperluan autogate pelbagai jenama. Kami komited untuk memastikan pengalaman autogate anda menjadi lebih baik dan boleh dipercayai. Tidak kira jenama sistem autogate swing anda, sama ada Tronica®, KRON Autogate, Dnor 712 & 212, OAE 333A Autogate, FBM 929Autogate, Jit-Arm, DCMoto Autogate, Jackpro Autogate, E8 Autogate, E8 E3000 Autogate, Autogate E8 3300, RDS Autogate, Celmar, FAAC Autogate, Bennica Bull Autogate, DEA Gulliver Sliding, Autogate, atau jenama lain, kepakaran kami merangkumi kedua-dua perkhidmatan pemasangan dan pembaikan autogate. Kami sedia membantu anda memastikan sistem autogate anda berfungsi dengan lancar dan tahan lama.

Related Post