Hydraulic Arm Autogate Bermasalah? Kami Boleh Tukar Arm Autogate Sahaja

Pasang Autogate Baru Shah Alam
Upgrade Autogate Rumah Anda Dengan Sistem Yang Lebih Bagus
March 13, 2026
Pasang Autogate Baru Shah Alam
Autogate Services in Klang – Replace or Repair Your OAE 333A Autogate
March 17, 2026

Hydraulic Arm Autogate Bermasalah? Kami Boleh Tukar Arm Autogate Sahaja

March 16, 2026

Hydraulic Arm Autogate Bermasalah? Kami Boleh Tukar Arm Autogate Sahaja

Ramai pemilik rumah masih menggunakan hydraulic arm autogate system yang sudah lama dipasang. Selepas beberapa tahun penggunaan, biasanya akan mula timbul masalah seperti autogate susah buka, bunyi kuat, pergerakan perlahan atau arm autogate sudah tidak kuat seperti dulu. Jika anda sedang mengalami masalah seperti ini, sebenarnya tidak semestinya perlu tukar keseluruhan sistem autogate. Dalam banyak kes, kami hanya perlu menggantikan arm autogate sahaja untuk memastikan sistem pagar automatik anda boleh berfungsi semula dengan baik.

Selain itu, arm autogate juga boleh ditukar kepada jenama yang berbeza jika model lama sudah tiada spare parts arm autogate dipasaran atau sukar dibaiki. Fungsi autogate arm pada dasarnya sama, cuma reka bentuk dan speed pergerakkan berbeza. Komponen asal yang masih elok seperti autogate motherboard, transformer dan remote autogate biasanya masih boleh digunakan semula. Dengan cara ini, anda tidak perlu keluarkan kos yang terlalu tinggi kerana hanya bahagian arm autogate sahaja yang digantikan.

Ramai pelanggan memilih untuk menukar kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate atau Tronica® 929 Arm Autogate kerana model ini lebih tahan lasak dan sesuai untuk pelbagai jenis pagar rumah. Bergantung kepada keadaan autogate anda, kami boleh lakukan servis dengan menggantikan 1 unit arm autogate sahaja atau kedua-dua arm autogate sekali. Jika anda mempunyai masalah autogate rosak atau ingin upgrade kepada arm autogate yang lebih baik, anda boleh hubungi kami untuk pemeriksaan dan cadangan yang sesuai dengan sistem autogate rumah anda. Kami akan bantu pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan lancar dan selamat digunakan setiap hari.

Swing Arm Autogate Repair Sg Long
Swing Arm Autogate Repair Sg Long

2 Unit Arm Autogate Lama Ditukar Dengan Tronica® 828 Stainless Steel

Macam kes customer ini di Sg Long asalnya menggunakan arm autogate jenama lain iaitu Italianor Arm Autogate yang dipasang installer Kajang 5 tahun lepas. Dari apa yang customer beritahu baru-baru ini both side arm autogate tersebut tidak berfungsi dengan baik, autogate pelahan dan akhirnya sebelah autogate arm tak berfungsi langsung, arm autogate stuck cannot open. Oleh kerana tidak dapat mencari original autogate installer, customer hubungi kami, jirannya yang syorkan.

Kami datang lakukannya pemeriksaan, memang kedua-dua autogate arm tersebut sudah rosak, sebelah kiri arm tak berfungsi langsung dan sebelah lagi autogate arm pelahan sangat. Kami tunjuk pada customer dan beritahu arm autogate yang digunakan tidak ada spare parts dan kami boleh menggantikan dengan design arm autogate lain lebih bagus dan berkualiti tinggi serta boleh tahan lama. Dengan bersetujuan customer, kami gantikan 2 unit Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate untuknya.

Replace Tronica Arm Autogate Sg Long
Replace Tronica Arm Autogate Sg Long

Servis Autogate Untuk Pelbagai Jenama Di Lembah Klang

Hampir setiap hari juga kami baiki arm autogate di Lembah Klang, kami ada beritahu juga sebelum ini. Masalah dengan arm autogate boleh dikatakan agak berat kerana ia ada komponen autogate harganya lebih tinggi berbanding dengan autogate parts yang lain. Arm autogate yang bagus boleh tahan bertahun-tahun lamanya. Sepanjang hampir 30 tahun dalam industri autogate, kami sangat yakini dengan Tronica® Arm Autogate.

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Valet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp juga.Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

March 17, 2026

雪隆区专业电动门服务 – 安装、维修与烧焊铁门

升级您的自动门系统,让生活更方便安心 大部分屋主都是在自动门开始出问题后,才发现它的重要性。一开始,自动门可能只是开关变慢。慢慢地,就会出现打不开或关不紧的问题。如果这种情况越来越频密,不但麻烦,还会影响您的日常生活。试想一下,每次出门或回家都要等很久,要下车手动开门,甚至有时候完全打不开电动门,被困在外面,真的很不方便。 其实,大多数问题都是因为自动门使用了很多年,内部零件开始老化或损坏。如果您的自动门已经用了很久,而且经常坏,是时候考虑升级到新的系统了。现在的新款自动门系统更加耐用、运行更顺畅,而且问题更少。 选择好的系统可以让您: 推荐您可以考虑 Tronica® 828 不锈钢摆臂自动门 和 Tronica® 929 自动门系统。全新升级版的Tronica® Autogate在自动门行业中以耐用和品质稳定著称,适合马来西亚炎热和多雨的天气。升级后,您可以每天放心使用,不用再担心频频故障的问题。 摆臂自动门关不上?直接更换新系统更省心 我们一位位于 Shah Alam 的客户,使用摆臂自动门已经很多年了,也不清楚原本的品牌。之前已经维修过多次,包括更换主板和其他零件。后来两个门臂开始变慢,不久后其中一边甚至完全无法关闭。 为了避免一直维修花钱,客户决定直接更换新的自动门系统。经过了解和比较后,客户选择了 Sam Autogate 安装 Tronica® 828 不锈钢摆臂自动门系统。我们的团队先拆除旧的自动门零件,再安装全新的 Tronica® […]