Dengan Kepakaran Technician Dan Spare Parts Tersedia
Anda menggunakan sistem DEA sliding autogate dan tiba-tiba jadi masalah macam pintu tak nak buka, bunyi pelik, tersekat atau langsung tak bergerak, jangan buang masa panggil installer yang tak ada spare parts DEA. Memang susah nak baiki kalau barang tak cukup. Lagi senang, terus je hubungi Sam Autogate. Team kami memang biasa handle sistem DEA dan dah banyak kali troubleshoot kes-kes macam ni. Biasanya kalau ada part yang rosak contohnya capacitor, control panel, motor atau gear, kami boleh tukar terus sebab semua spare parts DEA original memang kami sentiasa simpan ready stock. Jadi tak payah tunggu berminggu nak order barang, kami boleh baiki on the spot.
Sam Autogate juga pembekal dan installer sah untuk sistem DEA di Malaysia. Untuk rumah, kami banyak pasang model SLDEA400 dan SLDEA800 (DEA Livi Residential Sliding Autogate) sebab memang sesuai untuk pintu sliding rumah biasa lancar serta tahan lama. Tapi kalau untuk kilang atau tempat industri yang guna pagar besar dan berat, model SLDEA1500 dan SLDEA2000 (DEA Gulliver Industrial Sliding) memang pilihan terbaik. Sistem DEA ni buatan Itali, dan ramai suka sebab prestasi dia stabil, komponen berkualiti, dan jarang buat hal kalau dijaga betul.
Jadi kalau anda tengah cari sistem sliding autogate yang mudah servis, tahan lasak dan ada support spare parts lengkap, DEA memang pilihan terbaik. Sam Autogate bukan saja boleh tolong repair sistem DEA yang anda dah ada, tapi kami juga boleh buat pemasangan baru dengan setup yang kemas dan lengkap. Kami pun akan terangkan cara jaga autogate supaya tahan lebih lama dan elak kerosakan awal. Apa saja masalah autogate DEA kecil atau besar kami sedia bantu. Jika perlukan info lanjut atau nak booking slot, just bagi tahu je!

Baiki SLDEA1503SF DEA Sliding Autogate Tak Berfungsi
Baru-baru ni, kami dapat panggilan daripada sebuah kilang di Subang Jaya untuk servis sliding autogate model SLDEA1503SF DEA Gulliver Industrial. Autogate mereka langsung tak boleh buka, jadi memang menyusahkan operasi harian kilang. Customer beritahu sebelum ni mereka dah panggil satu team repairer autogate Shah Alam untuk datang check. Tapi selepas berjam-jam cuba cari punca, team tu tetap tak dapat kesan masalah sebenar. Akhirnya mereka cakap tak boleh baiki dan tetap minta bayaran. Mestilah customer rasa kecewa, sebab masa habis, duit pun keluar, tapi masalah tetap tak selesai. Dari situ, mereka mula cari pakar yang betul-betul faham sistem DEA dan masa tu lah mereka jumpa Sam Autogate.
Bila kami sampai, tak sampai 10 minit pun kami dah dapat kenal pasti punca masalah rupa-rupanya dea sliding control panel dan capacitor DEA tu memang dah rosak. Nasib baik kami memang sentiasa sediakan spare parts DEA original ready stock, jadi tak perlu tunggu hari atau minggu untuk order barang baru. Kami terus tukar parts yang rosak dan autogate tu terus berfungsi macam biasa, lancar tanpa sangkut. Customer memang lega sangat sebab masalah yang dah lama terbengkalai akhirnya dapat diselesaikan cepat dengan kos yang berpatutan.

Sliding Autogate Specialist Untuk Banyak Jenama Autogate
Kami pakar membaiki DEA, Beninca, Tronica, KRON, Telcoma, Nice, G-Force dan mempunyai sliding autogate spare parts untuk semua model. Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk menyelesaikan segala masalah autogate anda. Tronica® autogate system juga adalah salah satu jenama autogate terbaik di Malaysia.

Kami Juga Pakar Dalam Swing/ Folding Autogate
Dapatkan penyelesaikan untuk pintu pagar automatik anda seperti autogate tak boleh buka, autogate pelahan, autogate board rosak, autogate roller jump off track banyak lagi, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “repair autogate near me” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate, Victor, Mag, Good 1 dan banyak lagi jenama autogate arm, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.






