Autogate Kajang – Guna Remote Autogate Tak Boleh Buka/ Tutup
Lagi sekali kami servis baiki remote autogate dan kali ini di Kajang yang merupakan customer lama yang kami pasang FBM autogate dalam 7 tahun lepas. Customer contact kami, beritahu yang guna remote autogate tak boleh buka/tutup, guna switch autogate dari dalam rumah boleh. Customer fikir motherboard autogate rosak dan kami pun explain pada customer dimana kemungkinan yang rosak adalah autogate remote receiver sebab kalau motherboard rosak, autogate memang langsung tak boleh jalan.
Kes macam ini kami akan tukar remote set autogate, yang didatang dengan satu receiver dan tiga remote control autogate yang baru. Kami juga terus berikan harga tukar remote autogate berapa. Customer setuju untuk kami lakukannya.
Hari sama kami datang untuk lakukan pemeriksaan, setelah diperiksa kami dapati autogate remote receiver telah rosak. Ini kali pertama customer hubungi kami semenjak pemasangan autogate dulu. Customer juga minta kami gantikan bateri autogate baru, sebelum ini beberapa kali tiada elektrik kerana kerja-kerja pembaikan tiang elektrik dilakukan. Jadi autogate berfungsi menggunakan autogate backup battery, mungkin sekarang sudah kong. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, kami gantikan autogate 433Mhz remote set dan bateri autogate baru.

Masalah Autogate Remote Anda Akan Diselesaikan Dengan Cepat
Boleh dikatakan masalah dengan remote autogate, ianya biasa berlaku. Apabila customer hubungi kami untuk masalah autogate tak boleh buka menggunakan remote control, kami akan tanya, adakah semua autogate remote tidak boleh digunakan? Jika tak boleh guna remote, guna suis autogate dalam rumah boleh ke? Berapa remote autogate yang ada? Remote autogate ada bateri? Ini kerana, lebih banyak maklumat yang kami dapat, lebih mudah untuk kami lakukan persediaan.
Kami sentiasa membawa autogate spare parts bersama, jika ada part autogate yang rosak yang perlu digantikan, kami boleh terus lakukannya. Kami akan pastikan masalah autogate selesaikan pada waktu dan hari kami datang. Kami tidak mahu membazir masa, tenaga dan duit. Customer pun tak perlu tunggu lama dan autogate pun dapat berfungsi dengan cepat.

Servis Autogate Terbaik – Menjga Hubungi Baik Dengan Customer
Kami memang sangat jaga hubungan baik dengan setiap customer. Dari awal sampai sekarang, prinsip kami senang sahaja guna produk autogate yang berkualiti, tahan lama dan boleh pakai bertahun-tahun. Sebab itu kami pastikan spare parts autogate sentiasa tersedia, supaya bila ada masalah, kami boleh terus bantu tanpa perlu tunggu lama. Bila customer rasa puas hati dengan servis kami, selalunya mereka akan recommend kami kepada keluarga, kawan atau jiran-jiran.
Ramai juga customer lama yang pernah pasang autogate dengan kami bertahun-tahun, ada yang lebih 10 tahun lepas masih hubungi kami bila ada masalah. Ada yang arm autogate sebelah tak berfungsi, ada yang remote autogate rosak dan ada juga autogate tak boleh buka langsung. Walaupun autogate tu dah lama dipasang, kami tetap sedia bantu untuk buat servis, baiki dan adjustment supaya autogate boleh berfungsi semula dengan baik.
Untuk kami, tak kisah sama ada anda customer lama atau baru, dan tak kira jenama autogate apa yang digunakan seperti Tronica®, KRON, FBM, OAE 333A, Dnor 712, Dnor 212, E8 arm autogate, dcmoto dc925, dcmoto dc975, Valet, Beninca dan juga G-Force sliding autogate atau siapa installer sebelum ni. Yang penting, kami akan buat kerja dengan teliti, cepat dan kemas. Setiap kerja kami anggap satu amanah dan kami buat seolah-olah autogate itu dipasang di rumah kami sendiri. Kepuasan customer adalah keutamaan kami, sebab itulah servis kami sentiasa konsisten dan boleh dipercayai.
Kepada yang perlukan pemasangan autogate baru, kami ada jenama autogate terbaik, antaranya model Tronica®-727 Arm Autogate System. Bila-bila anda nak pasang autogate baru pun boleh, ada ready stock.
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.








