Dnor 212 Autogate Rosak Lagi Walaupun Baru Dibaiki

Victor Autogate Moto
Victor Underground Swing Autogate Not Working Again: Should You Repair or Replace It?
November 22, 2024
Baiki Remote Autogate Bukit Jelutong
OAE Autogate Remote Control Rosak
November 22, 2024

Dnor 212 Autogate Rosak Lagi Walaupun Baru Dibaiki

November 22, 2024

Kontraktor Autogate Sebelum Ini Tidak Dapat Dihubungi

Ini kali kedua kami dihubungi customer dari Lakefields Sg Besi. Pertama dulu dalam bulan lepas customer hubungi kami, masa itu ada masalah dnor 212 swing arm autogate tak boleh buka dan ingin lakukan pemeriksaan dan seperti biasa kami ada kenakan cas untuk checking fee tetapi customer ingin checking fee free dan kami tak boleh buat begitu. Kemudian customer telah cari kontraktor autogate sg besi yang lain. Dari apa yang customer beritahu, autogate guy tersebut check sana sini, kemudian potong beberapa cable autogate dan customer tak pasti itu cable apa serta buang bateri autogate, kemudian telah menggantikan beberapa autogate components seperti dnor 212 autogate control board, dnor autogate transformer serta dnor autogate remote receiver dengan autogate repair cost sebanyak RM 980. Walaupun customer ingin checking fee free, apabila kena tukar autogate parts, tetap kena bayar juga.

Minggu lepas autogate ada masalah semula ada masa boleh buka dan ada masa autogate tak boleh buka. Ada hubungi kontraktor autogate tersebut 3-4 kali dalam sehari sehingga nak dekat seminggu masih tidak jawapan dari mereka. Hari ini autogate tak langsung tak boleh berfungsi, ada tiktok pada kotak autogate tetapi autogate tak bergerak. Sekarang customer kelam kabut autogate tak boleh buka dan ada meeting pukul 2 nanti. Itu yang minta kami datang secepat mungkin.

Apabila kami datang lakukan pemeriksaan, kami dapati autogate control board dnor telah rosak, autogate board yang kontraktor sebelum ini gunakan kami pun jarang nampak dan ianya bukan berkualiti tinggi, begitu juga dengan autogate transformer dan remote receiver. Tetapi sekarang hanya autogate board yang rosak dan kami terus gantikannya dengan high quality swing autogate board. Customer juga minta tambahkan bateri autogate, haritu kontraktor sebelum ini tiada bateri spare. Barulah dnor swing autogate berfungsi semula seperti biasa dan customer boleh pergi meeting dengan tenang.

Swing Autogate Repair Services Sg Besi
Swing Autogate Repair Services Sg Besi

Nak Harga Murah, Servis Tiada Kualiti

Memang benar bahawa harga autogate adalah faktor penting yang sering dipertimbangkan oleh ramai pelanggan yang ingin menjimatkan kos. Namun, sering kali mereka memilih servis autogate yang murah tanpa mengambil kira kualiti dan ketahanan sistem tersebut. Walaupun harga murah nampak menguntungkan pada awalnya, tetapi apabila autogate tersebut rosak dalam masa yang singkat, pelanggan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membaiki atau menggantikannya. Akhirnya, mereka akan menghadapi lebih banyak masalah kerana komponen yang digunakan adalah dari bahan berkualiti rendah, dan jangka hayat sistem autogate tersebut menjadi sangat singkat. Sebagai contoh, jika sistem autogate sering rosak dan terpaksa diperbaiki berkali-kali, ia akan menambah kos secara keseluruhan yang jauh lebih tinggi berbanding jika memilih servis yang lebih berkualiti sejak awal.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk mendapatkan perkhidmatan autogate yang boleh dipercayai, yang menggunakan spare parts autogate yang berkualiti tinggi dan tahan lama. Dengan memilih servis autogate yang profesional dan berpengalaman, anda bukan sahaja memastikan autogate anda berfungsi dengan baik, tetapi juga melindungi pelaburan anda dalam jangka panjang. Spare parts yang berkualiti akan memastikan sistem autogate anda lebih tahan lama, meminimumkan risiko kerosakan, dan memberikan prestasi yang lebih stabil. Jangan hanya tertarik dengan harga murah, tetapi pastikan anda memilih penyedia perkhidmatan yang menawarkan penyelesaian yang tahan lama dan berkualiti, untuk mengelakkan masalah berulang yang boleh merugikan anda di masa depan.

Reliable Autogate Services Sg Besi
Reliable Autogate Services Sg Besi

Laburkan Sedikit Untuk Dapatkan Servis Autogate Yang Bagus

Memang banyak kes kontraktor autogate hilang dimana customer tidak dapat menghubungi mereka untuk selesai masalah autogate rosak yang baru sahaja dipasang. Melaburlah lebih sikit untuk dapatkan reputable autogate company dan reliable autogate system serta high quality autogate spare parts. Cari mereka yang specialist in autogate dan sudah lama didalam industri autogate.

Kami pakar dalam apa jua masalah autogate dan berikan penyelesai terbaik. Hanya cari autogate repair near me, kami berada di Puchong, Subang Jaya, Petaling Jaya, TTDI, OUG, Damansara, Shah Alam, Glenmarie, Setia Alam, Bukit Jelutong, Kota Kemuning, Cheras, Batu 9, Taman Tun Hussein Onn, Kepong, Ampang, Ukay Perdana, Taman Melawati, Setiawangsa, Segambut, Gombak, Batu Caves, Selayang, Bangi, Kajang, Klang, Rawang serta Sg Buloh. Hubungi kami harini di 012-405 8791 boleh whatsapp juga.

Related Post

October 6, 2025

Sliding Autogate Ampang – Apakah Tahap Kerosakan Gforce Sliding Autogate Motor Anda?

Apakah Tahap Kerosakan Gforce Sliding Autogate Motor Anda? 早上好!今天我们到Taman Melawati 安装全新的Tronica® 929自动门,同时还有三位客户需要我们的Gforce自动门维修服务。我们也提供自动门轮子修理、轨道维修、遥控器调试以及自动门主板维修等专业服务。随时欢迎联系我们,为您提供优质的服务! Anda ada masalah dengan sliding autogate yang tak nak bergerak atau tersekat? Jangan risau, […]
October 2, 2025

Denai Alam 自动门 – 修理自动门遥控器要多少钱?

高品质 433mhz 自动门遥控器套装更换,实惠又省钱的解决方案 您的自动门遥控器坏了吗?正在寻找一个可靠、耐用又实惠的替换方案?我们提供 433mhz 自动门遥控器套装,包含 1 个接收器和 3 个遥控器 – 非常适合家里需要多支遥控器的用户。 遥控器是自动门系统中非常重要的一部分。没有它,开关门就会变得很麻烦 – 尤其是当您在车里,或者下雨天。虽然您还可以用室内开关来控制,但如果家里没人,您可能就被困在门外了。所以,保持遥控器正常使用非常重要。 我们几乎每天都会接到客户的来电,反映遥控器突然失灵。原因各不相同:有时只是电池没电,有时是接收器故障、遥控器损坏,甚至是主板问题。别担心 – 我们的技术人员都会仔细检查,确认问题所在,再进行维修或更换。 电动门检查、诊断与更换遥控器套装 最近,来自 Denai Alam 的一位客户联系我们,他的 Dnor 212 自动门系统出现问题 […]