Autogate Spare Parts Bawa Bersama – 2 Servis Dibuat On The Spot

Repair Autogate Motherboard Klang
Kami Bekal Dan Tukar Pelbagai Jenis Motherboard Autogate
April 20, 2026

Autogate Spare Parts Bawa Bersama – 2 Servis Dibuat On The Spot

April 21, 2026

Autogate Spare Parts Bawa Bersama – 2 Servis Dibuat On The Spot

Semalam ada 2 servis autogate di Klang, ceritanya pada mulanya yang hubungi kami untuk service repair swing autogate dimana autogate tak boleh buka menggunakan remote autogate adalah Encik Said. Seperti biasa kami akan pastikan kenderaan technician penuh dengan spare parts yang mencukupi. Spare parts autogate yang memang sentiasa ada autogate control board, autogate remote set, transformer autogate serta battery autogate.

Setibanya dirumah Encik Said kami lakukan pemeriksaan dan dapati autogate remote receiver rosak, untuk penyelesaiannya kami telah gantikan remote set autogate yang didatangi dengan 1 receiver dan 3pcs remote control autogate baru. Semasa kami tengah buat kerja, ada jiran En Said tegur kami dan terus tanya jika kami boleh kerumah selepas ini untuk periksa autogate nya. Jiranya iaitu Mr Gopal beritahu, sebelum ini ada satu kontraktor autogate Klang datang, mereka kata motherboard autogate rosak, sudah nak seminggu tunggu mereka datang balik, katanya pergi cari spare parts, Mr Gopal hubungi kontraktor tersebut tapi tak angkat.

Jadi kami kerumah Mr Gopal selepas selesai baiki autogate En Said. Kami lakukan pemeriksaan sekali lagi dan sahkan memang autogate control board rosak. Kami terangkan mengenai masalah, spare parts autogate board kami dan harga motherboard autogate. Setelah Mr Gopal setuju, kami terus gantikannya. Mr Gopal nampak kami ada bawa spare parts autogate, itu yang dia minta kami repair autogate nya juga.

Sekarang masalah autogate untuk kedua-dua customer kami En Said dan Mr Gopal telah selesai. Mereka beritahu akan berteruskan mengggunakan servis autogate kami. Terima kasih kami ucapkan.

Good Autogate Repairer Kajang
Good Autogate Repairer Kajang

Tak Perlu Tunggu Lama: Autogate Repair Terus Siap Dalam Satu Lawatan

Kami bukan jenis kontraktor autogate yang buat kerja sambilan atau sekadar “cuba-cuba”. Selalu jadi, datang tengok dulu masalah, lepas tu baru pergi cari spare parts autogate, kemudian kena datang semula untuk pasang. Proses macam ni memang makan masa dan menyusahkan customer. Lagi teruk kalau spare parts susah nak cari atau langsung tak ada, masalah autogate anda akan berlarutan tanpa penyelesaian yang jelas. Akhirnya, anda yang rugi dari segi masa, tenaga dan juga kos.

Sebab itu penting untuk pilih service autogate yang memang fokus sepenuhnya dalam bidang ini dan ada pengalaman bertahun-tahun. Bila dah biasa handle pelbagai jenis masalah autogate, mereka boleh terus kenal pasti punca kerosakan dengan cepat. Tak perlu buang masa teka atau trial and error. Lagi yakin bila mereka memang dah lama dalam industri dan tahu apa yang perlu dibuat untuk setiap situasi.

Di pihak kami, setiap kali turun ke site, kami memang akan bawa sekali spare parts yang diperlukan. Kalau ada komponen autogate yang rosak, kami boleh terus tukar on the spot tanpa perlu datang kali kedua. Matlamat kami mudah selesaikan masalah pada hari yang sama. Jadi customer tak perlu tunggu lama, autogate boleh berfungsi semula dengan cepat dan semuanya jadi lebih mudah tanpa pening kepala.

Baiki Autogate On The Spot Kajang
Baiki Autogate On The Spot Kajang

Pasang Autogate dan Baiki Untuk Pelbagai Jenama

Apa sahaja masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE 333a, Valet, Beninca, DnOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate atau pelbagai jenama underground autogate brand, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post