Punca Autogate Remote Tak Boleh Digunakan
Masalah autogate remote memang antara masalah yang paling kerap berlaku. Puncanya boleh jadi macam-macam, sama ada remote autogate itu sendiri sudah rosak, bateri remote sudah habis atau masalah datang daripada autogate remote receiver. Selalunya, bila sudah tukar bateri tapi remote masih tak berfungsi atau semua remote tak boleh digunakan serentak, besar kemungkinan remote receiver yang rosak. Remote receiver ini biasanya berada di dalam kotak autogate dan berfungsi untuk menerima signal daripada remote, jadi bila ia rosak, autogate memang tak akan buka atau tutup seperti biasa.
Masalah autogate remote control atau remote receiver ini sebenarnya adalah masalah biasa yang kami baiki hampir setiap hari. Kami faham betapa menyusahkan bila autogate tak boleh dibuka menggunakan remote, terutamanya bila nak keluar kerja atau balik rumah dalam keadaan hujan atau lewat malam. Ada juga kes di mana pengguna terpaksa buka pagar secara manual, yang bukan saja leceh, malah boleh membahayakan jika pagar berat. Sebab itu, masalah sebegini tak boleh dibiarkan terlalu lama.
Untuk masalah remote receiver autogate, kami ada spare parts yang sesuai untuk tujuan pembaikan. Tak semestinya perlu tukar satu set autogate baru, masalah remote autogate adalah masalah kecil sahaja, kos baiki remote autogate pun tak tinggi. Pasukan kami akan periksa punca sebenar masalah dan buat pembaikan yang diperlukan supaya autogate anda boleh berfungsi semula dengan baik. Selepas dibaiki, autogate boleh dibuka dan ditutup menggunakan remote seperti biasa, lebih lancar dan tanpa masalah yang berulang.

330Mhz Autogate Receiver Lama Telah Rosak
Servis baiki autogate remote diperlukan di Seksyen 32, Shah Alam apabila customer mengalami masalah autogate tak boleh dibuka menggunakan remote, tetapi masih boleh berfungsi menggunakan suis autogate di dalam rumah. Customer sudah cuba tukar bateri remote, lampu pada remote pun menyala seperti biasa, namun autogate tetap tak buka. Lebih mengelirukan, semua remote autogate yang ada pun mengalami masalah yang sama. Dari situ, memang jelas kemungkinan besar masalah bukan datang dari autogate remote control, tetapi daripada komponen lain seperti autogate remote receiver atau motherboard autogate itu sendiri.
Kami kemudian menghantar team teknikal untuk buat pemeriksaan dan diagnosis di lokasi. Selepas diuji satu per satu, kami dapati autogate remote receiver jenis lama 330MHz telah rosak. Untuk selesaikan masalah ini, kami cadangkan tukar kepada set remote 433MHz yang lebih baru dan stabil. Set ini datang lengkap dengan 1 unit remote receiver dan remote control baru yang boleh digunakan dari jarak lebih jauh. Selepas penggantian dibuat, autogate dapat dibuka dan ditutup seperti biasa menggunakan remote. Perlu maklum, remote lama memang tak boleh digunakan lagi kerana perbezaan jenis dan frequency, tetapi sistem baru ini jauh lebih lancar, tahan lama dan lebih senang digunakan untuk jangka panjang.

Masalah Autogate Akan Menyusahkan – Baikinya Segera
Apabila autogate tidak akan boleh berfungsi dan pintu pagar tidak boleh dibuka. Ini akan menjejaskan aktiviti harian, jadi cepatkan dapatkan penyelesaian, jangan biarkan masalah autogate berpanjangan. Hubungi kami untuk lakukan pemeriksaan dan penyelesaian untuk autogate anda. Kami sentiasa membawa auto gate spare parts seperti autogate arm, autogate dc motor, auto gate gearbox, autogate pcb board, autogate control panel, autogate remote control set dan autogate bateri bersama, jadi apa sahaja autogate parts/ autogate components yang rosak, kami boleh terus menggantikannya. Kami akan pastikan masalah autogate anda akan selesai pada waktu kami datang. Cepat, mudah dan berkesan.

Baiki Dan Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Valet, Dnor, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.





