Autogate Rosak Akibat Power Surge
Ramai orang tak sedar yang power surge atau lonjakan kuasa elektrik ini boleh jadi punca utama kenapa autogate cepat rosak. Power surge ni berlaku bila ada aliran elektrik masuk dengan tiba-tiba dalam kuantiti lebih tinggi daripada biasa. Bukan setakat autogate je yang terjejas, malah barang elektrik lain kat rumah macam TV, peti ais, lampu, komputer pun boleh terbakar bila kena serangan power surge ni. Kalau berlaku sekali mungkin kita masih tak perasan, tapi kalau kena kerap, memang boleh buat banyak kerosakan besar.
Biasanya bila autogate terkena power surge, bahagian yang paling senang rosak ialah autogate control panel dan autogate transformer. Ada kes yang kedua-dua parts ni terus terbakar. Kalau kita buka panel dan nampak ada kesan hangus atau bau terbakar, itu memang tanda jelas punca kerosakan datang daripada power surge. Nak tukar parts ini biasanya agak mahal sebab ia komponen utama yang buat autogate bergerak. Ramai orang fikir motor rosak, padahal punca sebenar datang daripada power surge ni.
Jadi macam mana nak elak benda ni daripada berlaku? Cara paling berkesan adalah dengan pasang Home Surge Protection Device (SPD). Alat ni bertindak sebagai perisai untuk rumah anda bila ada lonjakan elektrik daripada kilat atau selepas kerja penyelenggaraan TNB, SPD akan lindungi sistem elektrik rumah termasuk autogate. Kos pemasangan SPD ni jauh lebih murah berbanding kos tukar control panel atau motor autogate baru. Kalau rumah anda ada banyak barang elektrik penting, memang sangat disarankan untuk pasang SPD ni supaya lebih tenang, tak risau barang elektrik rosak tiba-tiba.

Autogate Transformer Dan Motherboard Terbakar
Seperti customer dari Shah Alam yang menghubungi kami dimana autogate rosak selepas kena power surge. Dari apa yang customer beritahu, dalam malam tadi satu rumah blackout, bukan autogate sahaja yang rosak, peralatan elektrik lain juga ada yang rosak. Bukan rumah customer sahaja yang kena, beberapa rumah dikawasannya juga kena power surge ini. Disebabkan tidak dapat mencari original autogate installer, customer menghubungi kami untuk bantuan dan set appointment untuk kami datang esok paginya. Apabila sampai dirumah customer, kami buka sahaja box autogate, memang sudah nampak kesan terbakar pada transformer autogate serta autogate control panel dan kami lakukan pemeriksaan, memang autogate control board dan transformer telah rosak terbakar, itu sebab autogate tidak berfungsi. Setelah lami gantikan autogate control panel dan transformer, autogate berfungsi semula seperti biasa.
Customer tanya cara untuk elak berlakunya power surge ini, risau autogate dan peralatan elektrik rumah merosak lagi. Kami cadangkan untuk pemasangan home surge protection device iaitu peranti perlindungan bagi power surge rumah. Kami syorkan untuk hubungi Mr Electrician, yang pakar elektrik rumah termasuk pemasangan Home Surge Protection Device (SPD).

Hubungi Sam Autogate Untuk Baiki Autogate Cepat
Ingin selesaikan masalah autogate dengan cepat? Jangan risau kami dapat membantu. Juruteknik kami cekap dalam dimana tidak mengambil masa yang agak lama untuk baiki autogate sebab spare parts autogate semuanya termasuk boleh menggantikan sistem autogate, on the spot boleh buat. Yang penting kami adalah reputable autogate company, yang boleh dipercayai.
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk repair autogate remote, baiki autogate motherboard, penggantian bateri autogate, roda autogate, dan pemasangan autogate dengan jenama autogate. Kami telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Hubungi hari ini di 012 – 405 8791 whatsapp kepada https://wa.me/60124058791 untuk dapatkan temu janji.

Baiki Pintu Pagar Automatik Untuk Jenama Autogate Terkenal
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate atau pelbagai jenama underground autogate brand, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.