Autogate Selayang – Folding Arm Autogate Lama Perlukan Penggantian

Baiki Swing Autogate Bangi
Baiki Autogate Bangi – Servis Autogate Cepat & Senang
July 14, 2025
Pasang Autogate Tronica Seri Kembangan
Autogate Lama Rosak? Patut Baiki Atau Tukar Baru?
July 18, 2025

Autogate Selayang – Folding Arm Autogate Lama Perlukan Penggantian

July 17, 2025

Servis Menggantikan Arm Autogate Sahaja

Sekiranya salah satu arm autogate tak berfungsi contohnya bila tekan remote, satu pintu bergerak dan satu lagi tak jalan besar kemungkinan arm autogate tersebut rosak. Sebenarnya, tak semestinya anda perlu tukar satu set baru. Selalunya kita boleh gantikan satu unit sahaja, sama ada guna folding arm autogate yang sama jenama atau ganti dengan model lain yang sesuai. Tapi malangnya, ada juga installer atau kontraktor autogate yang akan terus suruh tukar set baru.

Sebab tu penting untuk anda tanya dulu, boleh tak tukar sebelah sahaja? Kalau installer autogate yang anda hubungi cakap “tak boleh ganti sebelah je, kena tukar semua”, anda patut mula cari kontraktor lain yang lebih jujur dan berpengalaman. Di Sam Autogate, kami memang biasa bantu tukar hanya satu arm sahaja, bergantung pada keadaan sistem autogate anda. Kami akan buat pemeriksaan dulu, kalau betul satu je yang rosak, kita ganti satu je. Tak perlu bazirkan duit tukar semua kalau tak perlu pun.

Kami memang sentiasa simpan stok spare parts autogate dari pelbagai jenama dan model, yang paling best arm autogate brand salah satunya adalah Tronica® Arm Autogate. Jadi bila kami datang, proses baiki pun lebih cepat dan mudah. Sama ada anda nak ganti satu arm atau dua-dua sekali, kami boleh buat ikut keperluan anda. Kami percaya, kalau boleh jimatkan kos customer tanpa abaikan kualiti, itu lebih baik. Yang penting, autogate anda boleh berfungsi semula dengan lancar. Jangan ragu untuk hubungi kami bila-bila masa jika arm autogate anda ada masalah.

Folding Arm Autogate Repair Selayang
Folding Arm Autogate Repair Selayang

Gantikan Dengan Tronica® Arm Untuk Kedua-dua Belah

Seperti customer dari Selayang yang ini yang menghubungi kami berkenaan masalah autogate arm sebelah kiri bermasalah, tak boleh berfungsi dengan baik, kena push sedikit arm barulah ia boleh bergerak dan ingin menyusahkan. Itu yang customer inginkan penyelesaian cepat untuk menggantikan arm autogate yang rosak. Apabila melihat gambar arm autogate yang customer bagi, , customer menggunakan Cougar arm autogate, terus terang kami beritahu kami tiada spare parts untuk arm autogate yang customer gunakan, tetapi boleh guna model autogate lain dan kawan kongsi gambar Tronica® arm autogate. Customer setuju untuk gunakan model Tronica® dan minta kami gantikan kedua-dua arm autogate lama walaupun hanya sebelah kiri yang rosak. Komponen motherboard autogate, transformer autogate, remote control autogate dan kotak autogate digunakan guna yang asal punya. Kata customer, sebelah kanan juga sudah lama dan risau jika tiba-tiba ianya rosak.

Jadi kami datang ke rumah customer hari ini untuk pasang Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate, gantikan arm autogate lama. Semasa pemasangan dilakukan, customer tanya jika kami boleh gantikan bateri autogate, mestilah boleh, kami bawa autogate spare parts yang lain juga, jadi boleh berikan semua permintaan customer. Sekarang folding auto gate customer bergerak dengan sangat lancar.

Tukar Arm Autogate Selayang
Tukar Arm Autogate Selayang

Servis Baiki Autogate Recommended Di Lembah Klang

Mencari auto gate repairer Klang? autogate arm repair service yang boleh baiki autogate anda on the spot? Sam Autogate anda penyelesaian terbaik untuk masalah autogate anda. Macam mana kami boleh selesaikan terus autogate problem anda? Sebabnya team kami berpengalaman mencari punca autogate tak berfungsi dengan baik dan auto gate spare parts semua kami dah sediakan untuk pelbagai model autogate dan jenama autogate. Anda nak pasang autogate baru pun boleh, Tronica® Autogate System kami ready stock.

Hubungi kami sekarang untuk baiki autogate anda autogate Selangor, autogate Kuala Lumpur, autogate Ampang, autogate Gombak, autogate Selayang, autogate Petaling Jaya, autogate Puchong, autogate Subang Jaya, autogate Shah Alam, auto gate kota kemuning, autogate Bangi, autogate Kajang dan seluruh Lembah Klang.

Baiki Dan Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama Autogate

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

October 6, 2025

Sliding Autogate Ampang – Apakah Tahap Kerosakan Gforce Sliding Autogate Motor Anda?

Apakah Tahap Kerosakan Gforce Sliding Autogate Motor Anda? 早上好!今天我们到Taman Melawati 安装全新的Tronica® 929自动门,同时还有三位客户需要我们的Gforce自动门维修服务。我们也提供自动门轮子修理、轨道维修、遥控器调试以及自动门主板维修等专业服务。随时欢迎联系我们,为您提供优质的服务! Anda ada masalah dengan sliding autogate yang tak nak bergerak atau tersekat? Jangan risau, […]