Kenapa Autogate Remote Tak Jalan Tapi Suis Boleh?
Autogate remote control ni memang komponen yang sangat penting sebab dari situlah kita boleh buka dan tutup autogate tanpa perlu turun dari kereta. Bila remote rosak, memang menyusahkan lebih-lebih lagi kalau waktu hujan atau tangan penuh barang. Remote autogate pula ada pelbagai jenis, ada yang 2 button dan ada juga 4 button. Berdasarkan pengalaman kami, remote jenis 2 button selalunya lebih stabil, tahan lama dan jarang buat hal, sebab fungsi dia pun tak terlalu banyak sampai mudah rosak.
Memang betul kebanyakan rumah ada suis autogate dekat dalam rumah sebagai backup kalau remote tak jalan. Tapi masalahnya, kalau kita berada di luar rumah dan remote pula tak berfungsi, memang susah nak buka autogate. Lagi teruk kalau tengah hujan lebat, nak tak nak kena juga masuk rumah dulu untuk tekan suis. Sebab tu penting untuk pastikan remote autogate sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi, supaya tak menyusahkan bila perlu guna.
Hampir setiap hari kami jumpa customer yang mengadu autogate tak boleh buka guna remote. Bila jadi macam ni, puncanya boleh macam-macam remote receiver rosak, remote control sendiri dah problem, bateri remote dah habis, ataupun kadang-kadang PCB board autogate yang bermasalah. Apa pun, pemeriksaan perlu dibuat dulu supaya kita boleh tahu bahagian mana yang betul-betul rosak dan boleh terus buat pembaikan. Dengan diagnosis yang tepat, barulah autogate boleh berfungsi semula macam biasa.

Built In Board – Kami Tukar Autogate Standard Panel Dengan Remote Set
Customer ni hubungi kami dan ceritakan yang rumah beliau di Klang menggunakan sistem autogate dnor 212. Masalahnya, kesemua 6 unit remote yang dah guna lebih kurang 3 tahun tiba-tiba rosak sejak bulan Oktober. Katanya, technician dari dnor dah datang dua kali tapi masih tak dapat selesaikan masalah mereka hanya tukar backup battery dan tuning sistem, tapi remote tetap tak berfungsi. Customer boleh buka gate guna suis dalam rumah, tapi langsung tak boleh guna remote. Technician pula cadangkan tukar semua remote kepada jenis lain dengan harga yang agak tinggi. Itu yang buat customer cari kami untuk minta pendapat dan penyelesaian yang betul.
Bila kami datang buat pemeriksaan, kami nampak customer guna remote 4 channel dan masalah sebenar bukanlah pada remote, tetapi pada receiver autogate. Sistem yang mereka pakai ni jenis built-in control panel, jadi remote receiver memang dah siap terbina dalam panel tersebut. Bila receiver built-in rosak, memang kena tukar satu set control panel baru. Kalau jenis panel yang receiver dan control panel asing, cuma bahagian rosak saja yang perlu ditukar. Disebabkan panel built-in ni harga dia memang lebih tinggi, kami terangkan dulu semua pilihan dan kos untuk customer faham. Akhirnya customer setuju untuk tukar control panel baru sekali dengan set remote autogate akan dapat receiver 433mhz dan 3 unit remote baru, dan customer tambah lagi 3 remote. Kami bagi harga yang berpatutan termasuk upah pemasangan, dan customer pun puas hati sebab masalah selesai terus tanpa pening kepala lagi.

Servis Baiki Autogate Cepat Dan Berkesan
Untuk dapatkan servis autogate yang cepat dan berkesan, kena pastikan anda mendapatkan servis autogate daripada mereka yang pakar dan berpengalaman. Kami di Sam Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate.
Sistem autogate boleh dikatakan satu keperluan untuk memudahkan kita keluar dan masuk tanpa membuka sendiri pintu pagar. Lebih-lebih musim hujan sekarang, susah kalau autogate rosak, kita terpaksa keluar dari kereta untuk buka pintu pagar secara manual. Sebab itu ramai customer yang cepat-cepat ingin membetulkan, servis repair autogate mereka. Kami komited untuk menyampaikan perkhidmatan pembaikan pintu yang luar biasa. Pasukan kami dilengkapi dengan pengetahuan dan pengalaman untuk mengendalikan pelbagai sistem autogate, menjamin bahawa keperluan anda akan dipenuhi dengan kepakaran dan kecekapan.

Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama
Apa sahaja masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE 333a, Valet, Beninca, DnOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate atau pelbagai jenama underground autogate brand, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.






