Autogate Kajang – Autogate Susah Nak Buka Guna Remote Control

Best Swing Autogate TTDI KL
地下式自动门老是坏?升级到 Tronica® 重型摆臂自动门吧!
September 24, 2025
Dnor 212 Autogate Services Ampang
Autogate Motherboard Yang Baru Ditukar Rosak Lagi
September 26, 2025

Autogate Kajang – Autogate Susah Nak Buka Guna Remote Control

September 25, 2025

Kami Baiki Autogate Tak Boleh Buka Guna Remote

Masalah yang dialami oleh customer kami di Kajang ini memang agak menyusahkan. Remote autogate mereka dah lama tak berfungsi dengan baik. Kena berdiri dekat sangat dengan kotak autogate baru pintu pagar boleh buka. Walaupun dah tukar bateri remote, masalah masih sama. Sekarang ni remote langsung tak boleh guna, jadi satu-satunya cara nak buka pagar adalah dengan autogate switch yang ada dalam rumah. Kalau ada orang dalam rumah, bolehlah tolong buka, tapi kalau tak ada orang, terpaksalah turun dari kereta, buka pintu rumah dulu, baru boleh tekan switch untuk buka pagar. Memang sangat tak praktikal, terutama bila hujan atau waktu malam.

Customer ni sebenarnya dah banyak kali cuba hubungi installer asal yang pasang autogate ni dulu. Tapi sayangnya, installer tu asyik beri alasan dan tak datang-datang walaupun dah janji. Jadi, customer buat keputusan untuk cari servis autogate yang lebih boleh dipercayai di kawasan Kajang dan jumpa dengan kami, Sam Autogate. Bila kami datang dan buat troubleshooting pada sistem Dnor 712 autogate yang digunakan, kami dapati hanya bahagian autogate remote receiver yang rosak. Kami terus tukarkan dengan remote set baru yang lebih berkualiti.

Kami pasang satu set remote control autogate baru jenis 433mhz yang didatangkan bersama satu receiver dan 3 unit remote. Lepas siap pasang dan set semua, autogate kembali berfungsi seperti biasa. Customer pun sangat puas hati sebab servis kami cepat dan masalah dapat diselesaikan hari tu juga. Tak perlu tunggu berhari-hari atau bergantung pada installer lama yang suka mungkir janji. Remote pun dah boleh guna dari jauh macam biasa, tak payah lagi turun kereta semata-mata nak buka pagar.

Repair Remore Autogate Kajang
Repair Remore Autogate Kajang

Sekiranya Autogate Anda Sudah Lama, Boleh Tukar Dengan Tronica®

Autogate jenis Dnor 712 ni sebenarnya dah agak lama dan customer sendiri akui sistem tu pun dah beberapa kali buat hal. Tapi disebabkan bajet belum cukup, dia buat keputusan untuk repair dulu sistem yang sedia ada. Bila bonus atau gaji lebih nanti, customer dah plan nak tukar ke sistem baru. Kami cadangkan guna Tronica® Arm Autogate System sebab kualitinya tinggi, tahan lama, dan sesuai untuk rumah teres atau semi-D macam rumah customer tu. Ada juga kawan dia cadangkan Dnor Turbo 880, tapi customer tak berapa minat sebab tak suka jenis sistem yang ada mounting pada tiang pagar.

Kalau anda pun ada masalah yang sama atau rasa dah tiba masa nak tukar sistem autogate lama kepada yang lebih moden dan boleh dipercayai, boleh terus hubungi kami. Kami ada stok ready Tronica® autogate set, jadi tak perlu tunggu lama untuk pemasangan. Servis kami cepat, jujur dan harga pun berpatutan. Ramai customer dari kawasan Kajang, Bangi dan sekitarnya dah berpuas hati dengan servis kami. Jangan tunggu sampai sistem rosak teruk baru nak ambil tindakan elok repair atau tukar awal sebelum menyusahkan diri sendiri.

Baiki Dnor Autogate Kajang
Baiki Dnor Autogate Kajang

Servis Autogate Cepat – Technician Pengalaman & Spare Parts Tersedia

Ingin selesaikan masalah autogate dengan cepat? Jangan risau kami dapat membantu. Juruteknik kami cekap dalam dimana tidak mengambil masa yang agak lama untuk baiki autogate sebab spare parts autogate semuanya termasuk untuk replace new autogate system, on the spot boleh pasang. Sekiranya ada menggunakan swing arm autogate dan perlukan repair service for dnor autogate atau menggunakan auto gate famous brand yang lain, kami juga boleh memberikan auto gate services yang terbaik. Sekiranya anda masalah autogate lagi, perlukan pemasangan autogate baru customer akan hubungi kami untuk dapatkan Tronica® Autogate System yang merupakan heavy duty autogate system dan semua autogate components berkualiti tinggi.

Pelbagai servis baiki autogate yang kami tawarkan. Dapatkan servis autogate KL, autogate selangor, KL autogate dan selangor autogate. Hubungi Sam Autogate sekarang di 012 – 405 8791.

Penyelesaian Untuk Pelbagai Masalah Dan Jenama Autogate

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan baiki autogate, termasuk , repair autogate remote, baiki autogate motherboard, penggantian bateri autogate dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica Autogate System serta , tukar roda autogate, bearing dan trek. Sam Autogate telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti.

Di Sam Autogate, kami sentiasa berusaha memberikan penyelesaian menyeluruh untuk keperluan autogate pelbagai jenama. Kami komited untuk memastikan pengalaman autogate anda menjadi lebih baik dan boleh dipercayai. Tidak kira jenama sistem autogate swing anda, sama ada Tronica®, KRON Autogate, Dnor 712 & 212, OAE 333A Autogate, FBM 929Autogate, Jit-Arm, DCMoto Autogate, Jackpro Autogate, E8 Autogate, RDS Autogate, Celmar, FAAC Autogate, Bennica Bull Autogate, DEA Gulliver Sliding, Autogate, atau jenama lain, kepakaran kami merangkumi kedua-dua perkhidmatan pemasangan dan pembaikan autogate. Kami sedia membantu anda memastikan sistem autogate anda berfungsi dengan lancar dan tahan lama.

Related Post

October 2, 2025

Autogate Putra Height – Autogate Rosak Tetapi Installer Tak Boleh Tolong

Autogate Rosak Tetapi Installer Tak Boleh Tolong 早上好!专业自动门安装与维修,弘胜科技有限公司始终致力于为您提供高效、可靠的服务。如果您有Dnor电动门问题,或需要安装全新的Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务! Tidak semua installer autogate ada simpan spare parts untuk model autogate yang mereka pasang dulu. Bila autogate mula […]