Pemasang Autogate Asal Tidak Dapat Dihubungi
Autogate yang baru dipasang memang memberi kemudahan kepada banyak pemilik rumah, namun malangnya, terdapat banyak kes di mana pemasang autogate yang asal hilang atau tidak dapat dihubungi selepas pemasangan dilakukan. Hal ini menjadi isu besar, terutama sekali jika autogate yang dipasang itu mengalami kerosakan dalam tempoh yang sangat singkat. Sebagai contoh, ada kes di mana customer melaporkan autogate yang rosak kurang daripada sebulan selepas dipasang, namun apabila cuba untuk menghubungi pemasang yang asal, tiada sebarang respons diterima. Situasi ini sangat mengecewakan kerana customer berhak mendapat servis dan jaminan jika ada masalah dengan autogate mereka.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, apabila pemasang autogate yang asal tidak dapat dihubungi, customer yang masih berada dalam tempoh warranty autogate langsung tidak dapat menuntut hak mereka. Ini menambahkan lagi beban kepada customer yang terpaksa mencari solusi lain atau membayar kos pembaikan yang sepatutnya ditanggung oleh pemasang atau pihak pengeluar. Ramai customer yang menghubungi kami mengadu mengenai masalah ini, dan mereka merasa tertipu kerana telah membayar harga yang tinggi untuk pemasangan autogate, tetapi akhirnya terpaksa menanggung kos tambahan hanya kerana pemasang tersebut tidak bertanggungjawab.
Penting bagi pelanggan untuk memastikan pemasang autogate yang mereka pilih mempunyai reputasi yang baik, serta sokongan perkhidmatan selepas jualan yang boleh dipercayai. Pihak berkuasa atau badan pengawalseliaan juga harus mengambil langkah lebih tegas dalam memastikan pemasang autogate berdaftar dan bertanggungjawab supaya masalah seperti ini dapat dikurangkan atau diselesaikan.

Ramai Dapatkan Servis Autogate Dipercayai Dari Sam Autogate
Kami bercakap berdasarkan perkara yang kami lalui setiap hari dan salah satunya customer di Kajang. Anda boleh tengok memang baru lagi dnor 212 arm autogate system, baru beberapa bulan sahaja dan ada masalah tak boleh berfungsi dan customer terpaksa pakai gate manual dulu. Dari apa yang customer beritahu, sejak 5 hari lepas sudah ada masalah dan ada hubungi original auto gate installer, mula-mula mereka kata akan datang dan cuba untuk dapatkan temu janji, selepas itu sudah tak dapat hubungi mereka. Customer hanya ada satu nombor itu sahaja untuk dihubungi dan nama syarikat mereka pun customer tidak tahu.
Sekarang customer perlu cari penyelesaian sendiri dengan mencari reliable autogate services daripada syarikat autogate teratas. Customer dapat contact kami dari tempat dia bekerja, dimana kami yang kendalikan autogate di Kilangnya. Kami datang buat troubleshooting dnor autogate, apabila buka kotak autogate, kami dapati dnor autogate control panel dan dnor 212 auto gate transformer bukan baru, ianya secondhand. Yang rosak adalah auto gate control panel yang membuatkan autogate tidak berfungsi. Kami tunjuk semua proses pada customer, supaya selepas ini dia lebih berhati-hati dalam mencari kontraktor.

Hubungi Kami Untuk Sebarang Bantuan Berkenaan Autogate
Jika anda memerlukan pembaikan autogate kecemasan, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami komited untuk memberikan bantuan yang cepat dan cekap serta bersedia untuk membantu tidak kira model atau jenama autogate seperti tronica, kron, fbm, cougar, dnor 712, dnor 212 autogate, dnor turbo 880, e8 autogate, jackpro autogate, agt autogate ataupun oae autogate. Kami hanya menggunakan spare parts autogate baru dan original.
Kami menawarkan penyelesaian baiki autogate untuk kawasan perumahan di Kepong dan Lembah Klang. Servis autgate kami termasuk baiki autogate swing, baiki autogate control panel, tukar autogate bateri, arm autogate replacement, pasang KRON 929 Arm Autogate, tukar roda autogate, baiki trek gate, welding servis an banyak lagi.
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.