Autogate Cheras – Sebelah Folding Arm Autogate Tak Jalan?

Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-69!
August 26, 2026
Sliding Autogate Installation Kelana Jaya
Autogate Kelana Jaya – Sliding Autogate Lama Tak Ada Spare Parts
August 28, 2026

Autogate Cheras – Sebelah Folding Arm Autogate Tak Jalan?

August 27, 2026

Autogate Cheras – Sebelah Folding Arm Autogate Tak Jalan?

Nak tukar arm autogate sahaja boleh ke? Itu yang ditanya customer dari Cheras ini. Kami pun minta hantar gambar autogate arm untuk tahu jenis dan jenama arm autogate apa yang customer gunakan. Setelah melihat gambar yang dihantar, customer menggunakan Millie’s arm autogate. Dari apa yang customer beritahu, apabila buka autogate, hanya sebelah sahaja yang terbuka, masa itu ada orang service aircond customer, pastu customer minta tengokkan autogate folding nya bermasalah. Orang aircond cakap arm autogate lama tu rosak tapi mereka tak tahu buat tukar arm autogate dan tak ada spare parts autogate, dia hanya boleh tolong cabut autogate arm supaya customer boleh pagar manual dan minta customer untuk cari autogate repair specialist.

Customer telah menghubungi Sam Autogate, terima kasih kerana mempercayai kami. Untuk tukar satu unit arm autogate lama, kami jujur pada customer yang kami memang tak ada Millie’s arm autogate, tapi boleh tukar guna autogate arm yang lain, yang lebih bagus dan tahan lama.

Folding Arm Autogate Repair Cheras
Folding Arm Autogate Repair Cheras

Tukar 1 Unit Dengan Tronica®-929 Arm Autogate

Kami pun terangkan mengenai Tronica®-929 Arm Autogate, yang merupakan heavy duty autogate arm, tahan lasak dan autogate arm tahan lama serta berikan terus harga tukar arm autogate. Kami juga beritahu yang arm autogate different model, after tukar mungkin nanti speed tak sama, tak synchronize. Customer pun setuju, katanya arm autogate itu bagus, tahan lama dan autogate nya boleh digunakan semula.

Kami set appointment untuk datang pada hari yang sama. Sampai saja rumah customer, kami terus lakukan pemeriksaan terhadap arm autogate dan autogate parts yang lain. Kami sahkan yang Millie’s arm autogate lama sebelah tu kiri rosak, dengan persetujuan customer seperti yang dibincangkan sebelum ini, kami terus gantikan Tronica® 929 Arm Autogate.

Autogate Arm Replacement Cheras
Autogate Arm Replacement Cheras

Tak Dapat Cari Arm Autogate Spare Parts

Sekiranya model autogate anda jenis lama dan spare parts dah tak keluar di pasaran, jangan bimbang. Masih ada cara lain untuk teruskan guna sistem sedia ada tanpa perlu tukar semua sekali. Contohnya, kalau arm kanan dah rosak, boleh ganti dengan Tronica® arm autogate dan biarkan sebelah kiri guna balik arm lama yang masih berfungsi. Tapi kalau anda rasa tak selesa guna dua jenama berbeza, kami juga boleh cadangkan untuk tukar kedua-dua arm sekaligus supaya nampak lebih sekata, seragam dan tahan lebih lama. Semua ikut keselesaan dan bajet anda.

Hampir setiap hari team kami turun padang membantu customeryang hadapi masalah arm autogate tak berfungsi di sekitar Klang Valley. Ramai lega bila tahu tak semestinya kena keluarkan kos besar untuk tukar keseluruhan sistem autogate, sebab kadang-kadang cukup dengan servis tukar satu atau dua arm sahaja. Jadi kalau anda tengah pening cari penyelesaian untuk masalah autogate arm autogate rosak, anda memang dah jumpa tempat yang betul. Kami sedia bantu dari supply spare parts sampai lah ke servis pemasangan dan baiki autogate.

Tronica 929

Kenapa Memilih Tronica® Arm Autogate

Ramai customer kini memilih Tronica® 929 Arm Autogate sebagai pengganti kepada arm autogate lama mereka, walaupun sebelum ini mereka menggunakan pelbagai jenama seperti Dnor 212, Dnor 712 arm autogate, OAE333a, E8, Cougar, Millie’s, Pinesonic, Italiano, AGT, RDS, Wing, Mag, DCMoto 925 dan lain-lain. Salah satu faktor utama mengapa Tronica® 929 menjadi pilihan utama adalah kualiti dan ketahanannya. Walaupun banyak jenama autogate yang ada di pasaran, customer lebih cenderung untuk memilih Tronica® kerana komponen-komponen yang digunakan dalam arm autogate ini dibuat dengan bahan berkualiti tinggi dan telah terbukti tahan lama.

Kenapa perlu menggunakan Tronica® Autogate System dan kenapa banyak pemilik rumah mereka memilih Tronica® Autogate System sama ada Tronica® 929 Arm Autogate System, Tronica® 727 Arm Autogate System ataupun Tronica® Sliding Autogate System dengan pekbagai model dari 1500kg sehinggalah yang untuk 5000kg. Ini kerana Tronica® autogate is reliable autogate system, hampir tidak mempunyai masalah autogate dan ianya buatan Malaysia, jadi Tronica® auto gate spare parts memang mudah untuk didapati dan harganya juga murah. Setiap hari kami akan melakukan pemasangan Tronica® Autogate diseluruh Lembah Klang.

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu autogate anda kembali berfungsi dengan cepat.

Tronica 727

Related Post