Arm Autogate Spare Parts Available Here – Call Sam Autogate

Baiki Arm Autogate USJ
Autogate USJ – Gantikan Dengan Autogate Arm Yang Lebih Bagus
July 28, 2025
Replace Autogate Battery Ampang
Tiada Bekalan Elektrik Dan Autogate Jalan Guna Bateri
August 2, 2025

Arm Autogate Spare Parts Available Here – Call Sam Autogate

July 30, 2025

Autogate Spare Parts For Many Autogate Brands

Selain daripada buat servis pemasangan dan pembaikan autogate, kami di Sam Autogate juga ada menjual pelbagai jenis spare parts autogate yang lengkap. Antara spare parts autogate yang kami ada termasuklah auto gate DC motor, arm autogate, control board, transformer, gear, autogate coupling dan juga bateri autogate untuk pelbagai jenis model. Jenama-jenama yang kami sediakan pun memang popular dan banyak digunakan di pasaran seperti Tronica, KRON, FBM, Dnor 212, Dnor 712, OAE, E8 dan banyak lagi. Yang penting, semua spare part yang kami jual adalah barang baru dan original, jadi anda tak perlu risau tentang kualiti.

Kami juga tahu ramai customer kami terdiri daripada jurutera atau ada kenalan yang pandai dalam bidang elektrik, jadi mereka sebenarnya mampu baiki autogate sendiri. Mereka cuma perlukan spare part autogate yang betul dan sedikit panduan untuk pastikan pemasangan dilakukan dengan betul. Ramai juga yang datang ke kami untuk beli dc motor autogate, autogate control board atau arm baru, sebab mereka tahu model dan jenis yang sesuai untuk autogate di rumah atau kilang mereka. Bila dah dapat barang yang betul, mereka akan buat sendiri pemasangan atau minta tolong technician yang mereka kenal.

Kami di Sam Autogate tak kedekut ilmu. Kalau anda beli barang dari kami, kami akan bantu tunjuk ajar cara nak pasang atau troubleshoot autogate tu. Kadang-kadang cuma perlu sikit panduan je, dah boleh pasang sendiri dan autogate pun berfungsi macam biasa. Bukan semua masalah autogate perlu panggil orang datang, ada juga yang boleh buat sendiri kalau tahu asasnya. Jadi kalau anda perlukan autogate spare parts original, dan nak jimat sikit kos upah, boleh datang ke Sam Autogate kami sedia bantu dari segi barang dan tunjuk ajar pemasangan.

OAE 333A Arm Autogate Kinrara
OAE 333A Arm Autogate Kinrara

We Sell Original OAE 333A Arm Autogate

Baru-baru ni kami dapat panggilan daripada seorang customer dari Kinrara Puchong yang tengah cari OAE 333A arm autogate. Dia sendiri dah buka dan periksa autogate arm tu dan dapati bahagian dalam dah rosak teruk. Disebabkan dia dah biasa buat kerja wiring dan mechanical ringan, dia nak cari satu unit arm autogate yang sama supaya boleh terus pasang sendiri, jenis plug and play tanpa perlu ubah apa-apa, modified atau kena welding. Customer ni memang jenis yang suka DIY, jadi dia perlukan arm autogate yang sama model dan boleh terus guna.

Dia ada cuba cari OAE 333A autogate arm di sekitar Kuala Lumpur tapi tak jumpa. Ada juga beberapa kontraktor autogate di kawasan tu yang kata model ni dah tak ada dekat pasaran dan ada yang cuba cadangkan untuk tukar satu set autogate baru terus. Tapi customer ni masih nak kekalkan sistem lama sebab masih elok, cuma arm je yang rosak. Nasib baik dia jumpa kami, kami memang ada stok OAE 333A arm autogate, termasuk yang baru dan juga secondhand. Akhirnya, customer pilih untuk beli unit baru dan berjaya pasang sendiri tanpa sebarang masalah. Paling best, arm OAE yang dia beli dari kami berfungsi dengan sangat baik dan lancar. Memang puas hati!

OAE Arm Autogate Spare Parts Kinrara
OAE Arm Autogate Spare Parts Kinrara

Auto Gate Supplier, Installer And Repairer In Klang Valley

Kami adalah auto gate supplier, auto gate installer klang valley dan buat auto gate repair services sama ada untuk auto gate arm, auto gate sliding motor dan underground swing gate system. Mana nak cari autogate sparepart? Boleh ke Autogate Shop In Klang Valley kami sekarang.

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. Sam Autogate telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti.

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

March 17, 2026

雪隆区专业电动门服务 – 安装、维修与烧焊铁门

升级您的自动门系统,让生活更方便安心 大部分屋主都是在自动门开始出问题后,才发现它的重要性。一开始,自动门可能只是开关变慢。慢慢地,就会出现打不开或关不紧的问题。如果这种情况越来越频密,不但麻烦,还会影响您的日常生活。试想一下,每次出门或回家都要等很久,要下车手动开门,甚至有时候完全打不开电动门,被困在外面,真的很不方便。 其实,大多数问题都是因为自动门使用了很多年,内部零件开始老化或损坏。如果您的自动门已经用了很久,而且经常坏,是时候考虑升级到新的系统了。现在的新款自动门系统更加耐用、运行更顺畅,而且问题更少。 选择好的系统可以让您: 推荐您可以考虑 Tronica® 828 不锈钢摆臂自动门 和 Tronica® 929 自动门系统。全新升级版的Tronica® Autogate在自动门行业中以耐用和品质稳定著称,适合马来西亚炎热和多雨的天气。升级后,您可以每天放心使用,不用再担心频频故障的问题。 摆臂自动门关不上?直接更换新系统更省心 我们一位位于 Shah Alam 的客户,使用摆臂自动门已经很多年了,也不清楚原本的品牌。之前已经维修过多次,包括更换主板和其他零件。后来两个门臂开始变慢,不久后其中一边甚至完全无法关闭。 为了避免一直维修花钱,客户决定直接更换新的自动门系统。经过了解和比较后,客户选择了 Sam Autogate 安装 Tronica® 828 不锈钢摆臂自动门系统。我们的团队先拆除旧的自动门零件,再安装全新的 Tronica® […]