早上好!今天我们赶着去Shah Alam 修理 OAE 333A 自动门。无论是自动门电板、地下式电动门、铁门滚轮、轨道、遥控器,还是自动门系统维修,我们都能为您提供快速且专业的解决方案。选择弘胜科技有限公司,让您的自动门系统始终保持最佳状态!
Malam semalam kami dapat panggilan daripada seorang customer di Alam Impian. Dia beritahu autogate rumahnya tiba-tiba tak boleh buka masa hujan lebat dan masa tu juga berlaku blackout. Lepas hujan reda, dia keluar tengok autogate dan nampak gate tu cuba bergerak tapi berhenti separuh jalan saja. Dia cuba hubungi installer asal autogate tu tapi tak dapat, sebab tu dia terus call kami untuk minta bantuan. Masa tu kami faham dia memang tengah panik sebab esok pagi dia ada meeting penting.
Kami pun bagi tunjuk ajar dulu melalui telefon supaya dia boleh cuba selesaikan sendiri sementara tunggu kami datang. Mula-mula kami minta dia cuba guna semua remote autogate dan juga butang manual di rumah, takut masalahnya cuma dari remote. Lepas tu kami minta dia tutup elektrik rumah atau DB box selama lebih kurang 15 minit untuk reset sistem autogate. Tapi selepas dia cuba semua cara tu, gate masih tak bergerak juga. Jadi kami terus set temu janji untuk datang ke rumah dia awal pagi esok.

Punca Rosak – Autogate Motherboard Terbakar
Bila kami sampai ke rumah customer tu, kami terus buka box autogate untuk periksa satu per satu komponen di dalamnya. Lepas pemeriksaan, kami dapati masalah utama datang daripada PCB board autogate yang dah rosak, mungkin sebab terkena petir atau litar pintas masa hujan lebat dan blackout semalam. Nasib baik komponen lain seperti transformer, receiver dan bateri semua masih elok. Jadi kami terus tukar PCB board lama tu dengan control board model tronica yang kami bawa siap-siap sebagai spare.
Lepas pasang board baru, kami terus buat testing beberapa kali untuk pastikan gate boleh buka dan tutup dengan lancar, termasuk guna remote dan butang manual. Semuanya berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah. Customer nampak sangat lega sebab autogate dah kembali berfungsi dan dia sempat untuk meeting tanpa risau lagi pasal gate yang tersekat.
Kes ni kami dapat selesaikan dalam masa kurang dari satu jam saja. Dengan pengalaman dan kepakaran juruteknik kami, kami dapat kenal pasti punca masalah dengan cepat dan terus ganti bahagian yang rosak. Kami sentiasa cuba bagi servis yang pantas dan berkualiti supaya pelanggan tak perlu tunggu lama. Bagi kami, kepuasan pelanggan dan kelancaran penggunaan autogate mereka adalah keutamaan utama.

Servis Baiki Autogate Cepat Dan Berkesan
Kebanyakan customer yang hubungi kami, mereka semua urgent untuk service repair autogate, mereka ingin masalah autogate diselesaikan terus dalam satu masa yang mana mereka tak perlu tunggu berhari-hari untuk autogate problem tersebut diselesaikan. Kami menawarkan penyelesaian baiki autogate untuk kawasan perumahan di Klang Valley. Servis autgate kami termasuk baiki autogate swing, baiki autogate control panel, tukar autogate bateri, arm autogate replacement, pasang Tronica® Autogate, tukar roda autogate, baiki trek gate, welding servis an banyak lagi.
Kami ada autogate repair specialist dan mempunyai semua autogate spare parts untuk semua jenama autogate Malaysia atau jenama autogate antarabangsa. Kami memberi servis autogate yang cepat, mudah dan berkesan. Kami di Sam Autogate hanya menggunakan autogate spare parts yang baru dan tulen dan ianya pasti akan tahan lebih lama. Kami pakar dalam membaiki autogate arm termasuk pelbagai jenis seperti swing arm autogate dan folding arm autogate.

Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Valet, Beninca, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate atau pelbagai jenama underground autogate brand, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.