Damansara Autogate Repairer – Kami Datang Baiki Autogate Pada Hari Yang Sama
Ini job hari selasa hari lepas, kami ke Jalan Kenanga SD 9/5A, Bandar Sri Damansara. Kami datang pada hari yang sama dihubungi, pagi customer hubungi kami dan petang dalam pukul 2pm kami kerumah customer. Dari apa yang customer beritahu autogate tak boleh buka sama ada guna remote autogate dan atau guna switch dalam rumah. Customer menggunakan folding autogate system dengan stainless steel autogate arm.
Customer beritahu lagi, sebelum hubungi kami, dia ada hubungi autogate repairer Damansara yang lain tetapi mereka tak boleh datang baiki autogate segera dan tak ada spare parts autogate tersedia. Mereka kena datang dulu tengok apa rosak, kemudian baru pergi cari spare parts autogate. Autogate repair services ambil masa berhari-hari untuk diselesaikan. Itu yang customer taknak dan tanya pada kakaknya, syorkan Sam Autogate.

Spare Parts Autogate Tersedia – Motherboard Autogate Dan Battery
Apabila customer hubungi, ceritakan masalah autogate yang dihadapi serta hantarkan gambar autogate. Kami memang ada spare parts autogate untuk model autogate yang customer gunakan. Kami kenderaan technician memang ada spare parts autogate seperti autogate control panel / control board, autogate transformer/ power supply unit, autogate battery (backup battery replacement), autogate remote control system / receiver, autogate motor arm and gearbox dan beberapa autogate parts yang lain.
Sebelum datang, kami juga beritahu pada customer dimana biasanya jika autogate tak boleh berfungsi langsung, kemungkinan besar motherboard autogate telah rosak, jadi kami berikan harga jika tukar autogate control board itu berapa. Dan customer setuju, janji autogate dapat berfungsi semula dengan cepat.
Kami datang pada hari itu juga dan setelah lakukan pemeriksaan, kami sahkan yang autogate pcb board telah rosak. Kami juga syorkan customer untuk tukar backup battery autogate, sebab battery autogate not in good condition, bahagian connector itu dah patah dan memang bateri autogate lama tu memang tak boleh pakai lagi. Dengan persetujuan customer, kami gantikan autogate motherboard baru dan autogate battery yang baru. Lakukan testing dan folding autogate customer berfungsi semula seperti biasa.

Baiki Dan Pasang Autogate Dengan Sam Autogate
Penting untuk dapatkan servis pasang autogate yang boleh dipercayai kerana autogate adalah pelaburan agak besar yang inginkan ia dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa yang panjang. Ataupun kalau ada masalah autogate, mereka memberikan after sales support yang boleh segera membantu.
Kami faham apabila autogate rosak ia sangat menyusahkan dan diselesaikan dengan cepat. Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto 925w, DEA, OAE, Valet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Sekiranya anda inginkan pemasangan autogate segera pun boleh, Tronica® 929 Arm Autogate System dan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System ada stock tersedia.
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.









