Servis Baiki Remote Autogate Untuk Customer Lama Kami Di Puchong
Salah satu servis autogate kami semalam adalah customer kami yang kami pasang autogate fbm untuknya dulu dalam 2018 di Puchong dan ada masalah autogate tak boleh buka menggunakan remote control autogate. Dari apa yang customer beritahu, original remote autogate yang kami berikan dulu memang sudah ada yang rosak, banyak kali jatuh serta masuk dan ada juga remote autogate yang hilang, jadi customer telah menggunakan kunci remote autogate yang dia dapat diluar, maksudnya customer duplicate remote autogate diluar, bukan dapatkan daripada kami.
Sekarang remote autogate semua langsung tak boleh digunakan, nasib baik, customer ingat cara kami ajar untuk cabut arm autogate guna allen key supaya boleh buka pagar manual terlebih dahulu untuk keluar selesaikan kerjanya. Apabila customer sudah balik rumah, barulah hubungi kami untuk dapatkan servis baiki autogate. Customer lega masih dapat contact kami walaupun sudah lama.
Hari sama kami datang untuk lakukan pemeriksaan, setelah diperiksa kami dapati autogate remote receiver telah rosak. Ini kali pertama customer hubungi kami semenjak pemasangan autogate dulu. Customer juga minta kami gantikan bateri autogate baru, sebelum ini beberapa kali tiada elektrik kerana kerja-kerja pembaikan tiang elektrik dilakukan. Jadi autogate berfungsi menggunakan autogate backup battery, mungkin sekarang sudah kong. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, kami gantikan autogate 433Mhz remote set dan bateri autogate baru.

Dulu Pasang Autogate, Sekarang Baiki – Customer Lama Tetap Cari Kami
Kami memang sangat jaga hubungan baik dengan setiap customer. Dari awal sampai sekarang, prinsip kami senang sahaja guna produk autogate yang berkualiti, tahan lama dan boleh pakai bertahun-tahun. Sebab itu kami pastikan spare parts autogate sentiasa tersedia, supaya bila ada masalah, kami boleh terus bantu tanpa perlu tunggu lama. Bila customer rasa puas hati dengan servis kami, selalunya mereka akan recommend kami kepada keluarga, kawan atau jiran-jiran.
Ramai juga customer lama yang pernah pasang autogate dengan kami bertahun-tahun, ada yang lebih 10 tahun lepas masih hubungi kami bila ada masalah. Ada yang arm autogate sebelah tak berfungsi, ada yang remote autogate rosak dan ada juga autogate tak boleh buka langsung. Walaupun autogate tu dah lama dipasang, kami tetap sedia bantu untuk buat servis, baiki dan adjustment supaya autogate boleh berfungsi semula dengan baik.
Untuk kami, tak kisah sama ada anda customer lama atau baru, dan tak kira jenama autogate apa yang digunakan seperti Tronica®, KRON, FBM, OAE 333A, Dnor 712, Dnor 212, E8 arm autogate, dcmoto dc925, dcmoto dc975, Valet, Beninca dan juga G-Force sliding autogate atau siapa installer sebelum ni. Yang penting, kami akan buat kerja dengan teliti, cepat dan kemas. Setiap kerja kami anggap satu amanah dan kami buat seolah-olah autogate itu dipasang di rumah kami sendiri. Kepuasan customer adalah keutamaan kami, sebab itulah servis kami sentiasa konsisten dan boleh dipercayai.

Syarikat Autogate Terbaik Di Malaysia – Pasang Dan Baiki Autogate
Untuk anda yang sedang mencari autogate baru 2026, Tronica® Autogate adalah antara pilihan terbaik yang kami sangat syorkan. Jenama ini sesuai untuk swing gate, folding gate dan juga sliding autogate, dengan prestasi yang stabil dan tahan lasak. Buat masa sekarang, Tronica® juga sedang ada promosi istimewa, jadi customer boleh dapat sistem autogate berkualiti pada harga yang lebih berbaloi. Dengan harga lebih rendah dan kualiti yang boleh tahan lama, ia memang pilihan yang bijak untuk kegunaan jangka panjang di rumah atau premis anda.
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. Sam telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Shah Alam, Bangi, Kajang, Semenyih, Kepong, dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja.
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.








