Autogate Puchong – Baiki G-force SL1000 AC Sliding Autogate Motor

Baiki Remote Autogate Shah Alam
Tekan Remote Tetapi Autogate Tak Terbuka
May 30, 2026
Pasang Tronica Autogate Puchong
Tronica® Autogate Menjadi Pilihan, Terus Bayar Dan Set Appointment di Puchong
June 3, 2026

Autogate Puchong – Baiki G-force SL1000 AC Sliding Autogate Motor

June 2, 2026

Autogate Puchong – Baiki G-force SL1000 AC Sliding Autogate Motor

Ini kes beberapa hari lepas dimana Encik Khai dari Puchong yang ada masalah dengan sliding autogate tidak berfungsi. Masa itu pada waktu malam customer hubungi kami, walaupun sudah malam, kami tetap angkat call seperti biasa kami akan tanya apa masalah autogate sliding tersebut, dah try guna remote autogate dan push button autogate, ada apa-apa bunyi tak dari autogate motor sliding tersebut, jenama autogate apa yang digunakan dan ada cuba hubungi original autogate installer? Dari apa yang customer, sliding autogate motor tak boleh buka sama ada guna autogate remote control dan suis autogate dalam rumah, serta tiada apa bunyi dari motor autogate. Customer tidak pasti jenama autogate apa yang digunakan dan setelah melihat gambar autogate yang dihantar, customer menggunakan G-force SL1000 AC Sliding Autogate System. Customer sendiri tidak pasti siapa auto gate installer, dulu dia buat pagar sekali dengan autogate. Itu yang Encik Khai minta kami datang secepat mungkin untuk selesaikan masalah autogate tersebut dan kami set appointment pada keesokan harinya.

Seperti biasa sebelum melakukan auto gate repair services, sebelum ke rumah customer kami akan pastikan autogate spare parts seperti autogate control panel, autogate transformer, autogate battery, autogate remote control, autogate capacitor, sliding autogate limit switch, autogate arm dan auto gate roller, ada dan technician akan bawa bersama. Sebab itu kami boleh baiki autogate on the spot, dengan hanya sekali lawatan sahaja.

Setibanya dirumah Encik Khai, technician melakukan gforce sliding auto gate troubleshooting untuk kenalpasti masalah autogate tersebut. Kami dapati F5 ac sliding autogate board bermasalah, jadi kami gantikan autogate motherboard sliding F5 yang baru dan autogate boleh berfungsi, buka dan tutup. Satu lagi Encik Khai ada tanya, kenapa autogate susah nak buka bila guna remote control, kena tekan banyak kali baru boleh, semua remote autogate pun sama, walaupun dah cuba tukar bateri remote autogate. Tetapi bila guna switch autogate okay sahaja. Apabila kami periksa, masalah remote autogate in berpunca daripada autogate remote receiver. Jadi kami tawarkan pada customer untuk tukar autogate remote set 433mhz, ada 1 receiver dan 3pcs remote control. Encik Khai setuju dan perlukan extra lagi 3pcs remote control autogate, total 6 pcs remote kunci autogate yang diperlukan. Sekarang barulah lancar G-Force ac sliding autogate berfungsi dan kamilah yang jaga autogate Encik Khai dimasa akan datang.

Gforce Sliding Autogate Repair Puchong
Gforce Sliding Autogate Repair Puchong

Apa Servis Autogate Yang Kami Lakukan Setiap Hari

Encik Khai customer pertama yang kami pergi dan tak lama pun masa yang diambil untuk selesai masalah G-force sliding autogate tersebut. Kami teruskan service autogate di area Shah Alam iaitu tukar satu unit autogate arm dnor 712 lama dengan Tronica® 929 Arm Autogate, customer ini memang dah tahu arm autogate sebelah rosak dan sebelum kami datang memang dah confirm nak tukar sebelah arm yang rosak dengan Tronica® 929 Arm Autogate.

Kemudian kami ke Ampang pula, ada masalah dengan auto gate roller, ini adalah customer lama yang kami pernah pasang Tronica® arm autogate system beberapa tahun lepas, kali ini customer hubungi kami semula masalah folding auto gate roller tercabut dan kami gantikan dengan 304 stainless steel auto gate roller untuk kiri kanan. Satu hari banyak servis autogate yang kami boleh buat di Klang Valley.

Penyelesaian Untuk Sliding Autogate Dan Swing Arm Autogate

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Valet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate, Beninca, FAAC, Nice ataupun G-force kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post