Baiki Autogate Trip Di Bukit Jelutong
Dalam minggu lepas memang banyak kali baiki autogate tak boleh buka selepas hujan dan ada berlaku autogate trip. Salah satunya customer di Bukit Jelutong Shah Alam, ini job minggu lepas, sorrylah baru dapat update. Ceritanya customer mengadu yang hujan lebat dan ada satu tu kilat sangat kuat kemudian satu rumah jadi trip, satu rumah blackout. Kemudian customer naikkan semula, pada mulanya customer ingat tiada apa masalah. Bila pagi nak keluar, autogate tak boleh buka dan customer stuck dalam rumah tak boleh keluar. Customer guna agt arm autogate iaitu release arm autogate, guna kunci untuk unlock autogate motor. Nasib baik customer cari jumpa kunci untuk unlock arm autogate tersebut jadi boleh buka pagar manual untuk keluar.
Untuk servis baiki autogate tersebut, pada mulanya customer ccuba hubungi original autogate installer tapi dah tak dapat, itu yang customer cari “auto gate repair near me” dan jumpa kami. Pagi itu customer hubungi kami minta datang secepat mungkin. Seperti biasa kami minta customer untuk reset autogate itu dulu dengan tutup rumah elektrik dalam 15 minit dan on balik try autogate. Tetapi autogate masih gagal berfungsi. Oleh kerana ada slot kosong di sebelah petang, kami datang ke rumah customer petang.
Setibanya rumah customer kami terus lakukan pemeriksaan dan dapati swing auto gate board rosak, ada kesan terbakar, disebabkan kilat. Customer tanya boleh buat on the spot ke? Mestilah boleh, kami bawa semua auto gate spare parts. Untuk customer ini kami gantikan normal autogate control panel dan customer nak tukar bateri autogate juga. Kurang 1 jam kami dapatkan selesaikan.

Autogate Trip – Apa Yang Anda Perlu Buat?
Autogate tiba-tiba trip memang selalu jadi dan ada beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ni berlaku. Antaranya board autogate dimasuki semut, cicak atau serangga kecil sampai menyebabkan short circuit. Selain tu, petir atau kilat kuat juga boleh ganggu sistem elektrik rumah dan beri kesan pada autogate. Kadang-kadang wiring autogate pun boleh jadi longgar atau rosak tanpa kita sedar.
Kalau autogate anda trip, jangan panik dulu. Cuba tutup suis utama elektrik selama lebih kurang 15 minit, kemudian on semula dan test autogate. Ada masa sistem cuma hang atau power tak masuk dengan betul, bukan rosak sepenuhnya. Cara ni boleh bantu check sama ada masalah kecil saja atau memang perlukan pemeriksaan technician.
Untuk memudahkan proses repair, anda cuma perlu beritahu masalah yang berlaku dan hantar gambar autogate anda. Dengan gambar tu kami boleh kenalpasti model dan siap sediakan spare parts yang sesuai sebelum datang. Technician kami akan buat pemeriksaan, terangkan punca masalah dan kos repair terlebih dahulu sebelum tukar parts yang rosak. Lepas siap, kami akan buat testing bagi pastikan autogate kembali berfungsi dengan baik.

Kami Tawarkan Penyelesaian Terbaik – Pasang dan Baiki Autogate
Proses pemeriksaan autogate yang kami lakukan sangat profesional. Dimana mula-mula mencari punca autogate rosak dan bahagian autogate mana yang bermasalah, kami akan tunjuk pada customer, beritahu masalah, apa yang perlu dibuat, autogate parts mana yang perlu digantikan dan beritahu kos baiki autogate. Apabila customer setuju dari segi parts dan harga kos baiki autogate, kami boleh ambil auto gate spare parts dan boleh terus gantikan autogate parts yang bermasalah. Akhirnya sekali, lakukan testing, pastikan semuanya berfungsi dengan baik. Sekiranya ada perlukan pemasangan autogate baru, Tronica®Arm Autogate System dan Tronica® Sliding Autogate kami tersedia.
Hubungi kami untuk menyelesaian masalah autogate yang cepat dan berkesan. Sam Autogate bersama team autogate expert, autogate spare parts seperti autogate control panel, autogate transformer, autogate remote control set, autogate remote receiver, autogate backup battery, arm auto gate motor, welding autogate, repair auto gate roller, replace bearing gate dan banyak juga lagi autogate components yang lain dan autogate repair cost yang berpatutan.


Cari Kami di Autogate Repair Near Me
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Valet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.







