Standby Spare Parts Autogate Untuk Job Hari Ini

Tronica Autogate Ready Stock Cheras
Urgent Nak Pasang Autogate Baru?
April 13, 2026
Replace Arm Autogate Shah Alam
Nak Tukar Sebelah Arm Autogate Lama Yang Telah Jam?
April 17, 2026

Standby Spare Parts Autogate Untuk Job Hari Ini

April 16, 2026

Standby Spare Parts Autogate Untuk Job Hari Ini

Awal pagi lagi technician kami dah pickup spare parts autogate untuk job servis baiki autogate hari ini, banyak juga tempat yang nak kena pergi. Terima kasih pada customer yang percaya kami untuk betulkan autogate rosak mereka. Kalau anda boleh tengok, ada spare parts arm autogate untuk beberapa jenis arm autogate, terdapat stainless steel arm autogate model Tronica® 828 dan satu lagi arm model Tronica® 929, kemudian yang adalah kotak putih adalah autogate remote set, dalam kotak itu ada 1 receiver dan 3pcs remote control.

Customer pertama kami nak ke USJ Subang Jaya dulu untuk masalah remote autogate tak boleh digunakan, customer hanya guna kunci remote autogate sahaja untuk buka dan tutup pagar autogate, itu yang customer urgent perlukan service autogate dari kami memandangkan original auto gate installer tidak dapat dihubungi lagi. Kami datang periksa dan sahkan autogate remote receiver rosak, dengan persetujuan customer kami gantikan 433mhz aurogate remote control set. Dalam sejam macam itu selesai.

Kami terus servis autogate di area Shah Alam pula, ada 2 tempat, satu nak tukar satu unit oae arm autogate lama dengan Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate kami dan satu lagi nak tukar dnor 212 arm autogate rosak dengan Tronica® 929 Arm Autogate kami. Selepas settle masalah auto gate arm di Shah Alam, kami sambung servis autogate ke Klang pula, servis tukar autogate remote set.

Dalam sehari memang banyak tempat kami boleh pergi, kami sentiasa membawa spare parts autogate yang mencukupi. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk pastikan masalah autogate anda selesai pada waktu kami datang, pada hari yang sama.

Cara Servis Baiki Autogate Kami

Langkah 1: Kami akan lakukan pemeriksaan dan untuk pastikan autogate parts mana yang bermasalah.

Langkah 2: Kami akan inform dan tunjuk pada customer autogate parts mana yang perlu ditukar dan berikan harga autogate part tersebut.

Langkah 3: Ambil spare parrs autogate dan tukarkan autogate parts yang diperlukan.

Langkah 4: Lakukan testing untuk pastikan autogate berfungsi semula dengan lancar.

Jika masalah autogate tidak serious, kurang sejam dah boleh settle dan kami boleh pergi ke rumah customer terusnya.

Servis Baiki Untuk Pelbagai Jenis Dan Jenama Autogate

Sama ada model swing, folding atau sliding autogate seperti Tronica®, KRON, FBM, OAE 333A, Dnor 712 atau Dnor 212, E8 arm autogate, Valet, Beninca dan juga G-Force sliding autogate, kami mempunyai kepakaran dan spare parts, tidak kira untuk service repair autogate atau autogate installation service.

Untuk anda yang sedang mencari autogate baru, Tronica® Autogate adalah antara pilihan terbaik yang kami sangat syorkan. Model Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate System dan juga Tronica® 929 Arm Autogate System sesuai untuk swing gate, folding gate dan untuk sliding autogate, kami ada Tronica® 328 DC Sliding Autogate System, Tronica® 1500 AC Sliding Autogate System, Tronica® 2000 AC Sliding Autogate System, serta ada sliding autogate motor yang boleh support dari 3000kg-6000

dengan prestasi yang stabil dan tahan lasak. Buat masa sekarang, Tronica® juga sedang ada promosi istimewa, jadi customer boleh dapat sistem autogate berkualiti pada harga yang lebih berbaloi. Dengan harga lebih rendah dan kualiti yang boleh tahan lama, ia memang pilihan yang bijak untuk kegunaan jangka panjang di rumah atau premis anda.

Syarikat Autogate Terbaik Di Malaysia

Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. Sam telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Kepong, dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja.

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

June 12, 2026

蒲种自动门维修专家 – 摆臂式自动门无法开启

本周较早时候,我们接到一位来自蒲种(Puchong)屋主的来电求助。他家里的摆臂式自动门突然完全无法操作,给日常生活带来了许多不便。在联系 Sam Autogate 之前,客户其实已经找过另一家自动门维修承包商上门检查。