Autogate Rosak Selepas Hujan & Kilat? Ini Punca Yang Selalu Berlaku
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, ramai orang perasan setiap kali waktu petang akan turun hujan lebat berserta kilat. Kilat sebenarnya boleh memberi kesan kepada peralatan elektrik di rumah, termasuk sistem autogate. Di kawasan Lembah Klang, kami menerima lebih banyak panggilan servis kerana autogate rosak tiba-tiba tidak berfungsi selepas hujan lebat atau kilat. Biasanya apabila autogate terkena kesan kilat, komponen seperti autogate control panel, transformer atau remote receiver boleh rosak. Dalam sesetengah kes yang lebih teruk, beberapa komponen ini boleh rosak serentak dan menyebabkan autogate terus tidak boleh buka atau tutup.
Apabila customer hubungi kami dan beritahu autogate rosak selepas hujan atau kilat, perkara pertama yang kami akan tanya ialah sama ada berlaku trip elektrik atau blackout di rumah. Kami juga akan minta customer periksa kotak elektrik seperti MCB atau DB box untuk pastikan semua switch berada dalam keadaan naik “ON”. Selepas itu, kami akan cadangkan untuk buat reset autogate dahulu dengan menutup bekalan elektrik rumah selama kira-kira 15 minit, kemudian hidupkan semula dan cuba buka autogate seperti biasa.
Ada kes sebenarnya autogate akan kembali berfungsi selepas reset sahaja dan tidak perlu baiki apa-apa komponen. Sebab itu kami sentiasa jujur dengan customer dan cadangkan langkah mudah ini dahulu sebelum hantar technician. Tetapi jika selepas reset autogate masih tidak boleh buka atau langsung tidak respon, barulah kami akan aturkan team technician kami datang buat pemeriksaan. Dari situ kami akan check satu per satu komponen seperti autogate control board, transformer autogate, autogate wiring dan lain-lain untuk kenal pasti punca sebenar dan selesaikan masalah autogate dengan cepat.

Kilat Telah Merosakan Autogate Control Panel And Kotak Autogate Dimasuki Air
Kami dihubungi oleh customer dari Klang yang menghadapi masalah swing auto gate system tidak berfungsi selepas hujan lebat pada petang sebelumnya. Apabila customer hubungi kami, seperti biasa kami cadangkan untuk cuba reset autogate terlebih dahulu dengan menutup bekalan elektrik rumah selama beberapa minit. Namun selepas reset dibuat, autogate masih tidak boleh buka. Customer juga beritahu sebelum ini mereka sudah panggil wireman untuk periksa kerana ada masalah wiring di dalam rumah. Selepas diperiksa, wireman sahkan wiring autogate sebenarnya tiada masalah, tetapi mereka dapati kotak autogate sudah dimasuki air. Pada masa yang sama, barulah customer sedar bahawa di dalam kotak autogate tersebut tiada bateri autogate langsung kerana sebelum ini mereka tidak pernah buka atau periksa bahagian itu.
Apabila team technician kami datang buat pemeriksaan di lokasi, kami dapati punca sebenar masalah adalah autogate control panel sudah terbakar, kemungkinan besar akibat air masuk ke dalam kotak autogate semasa hujan lebat. Untuk selesaikan masalah ini, kami terus gantikan control panel yang rosak supaya sistem autogate boleh berfungsi semula seperti biasa. Selain itu, kami juga membantu menukar kotak autogate kepada pvc box yang baru yang lebih tahan cuaca dan berkualiti tinggi, serta menambah bateri autogate sebagai backup sekiranya berlaku gangguan elektrik. Dengan penukaran komponen ini, autogate customer kembali berfungsi dengan baik dan lebih selamat digunakan untuk jangka masa panjang.

Servis Baiki Autogate Berdekatan Anda
Kata customer, dia akan syorkan servis autogate kami kepada kenalan sebab cepat response, on time datang untuk servis autogate, mudah kenalpasti punca autogate rosak, ada autogate spare parts untuk menggantikannya dan harga autogate motherboard termasuk upah juga berpatutan.
Kami pakar dalam apa jua masalah autogate dan berikan penyelesai terbaik. Hanya cari autogate repair near me, kami berada di Jalan Seri Petaling, petaling Jaya, TTDI KL, Kelana Jaya, Jalan Kebun, Shah Alam, Setia Alam, Glenmarie, Bukit Jelutong, Kota Kemuning, Cheras, Batu 9, Taman Tun Hussein Onn, Kepong, Ampang, Ukay Perdana, Taman Melawati, Setiawangsa, Segambut, Gombak, Batu Caves, Selayang, Bangi, Kajang, Puchong, Klang, Rawang serta Sg Buloh.

Baiki Dan Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama Autogate
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.






