Autogate Buka Tutup Sendiri – Apa Puncanya?

Pasang Swing Autogate Klang
安装全新自动门系统 – Tronica® 摆臂系统
February 25, 2026
Pasang Autogate Baru Bangi
Apa Masalah Dengan Underground Autogate Lama Anda Sekarang?
February 27, 2026

Autogate Buka Tutup Sendiri – Apa Puncanya?

February 26, 2026

Autogate Buka Tutup Sendiri – Apa Puncanya?

Pernah tak tiba-tiba autogate rumah anda buka dan tutup sendiri tanpa tekan remote atau push button? Memang terkejut dibuatnya, lagi-lagi kalau jadi waktu malam. Tapi jangan risau, itu bukan sebab “ada benda pelik”. Masalah autogate buka tutup sendiri agak susah nak detect boleh jadi disebabkan oleh beberapa faktor masalah autogate buka tutup sendiri berlaku disebabkan gangguan pada sistem seperti autogate control panel bermasalah, autogate remote receiver rosak, autogate remote control rosak, push button short atau wiring yang dah lama dan terdedah. Kadang-kadang masalah kecil je, tapi kalau tak dibaiki awal boleh jadi lebih serius.

Ada kes autogate asyik buka tutup tanpa henti, ada pula yang kerap sangat bergerak sendiri dan ada juga yang berlaku sekali sekala. Walaupun nampak macam masalah kecil, sebenarnya ia boleh mengundang risiko keselamatan. Bayangkan gate terbuka sendiri masa anda tak ada di rumah. Selain itu, motor autogate pun boleh cepat rosak sebab bekerja tanpa henti. Jadi jangan ambil ringan kalau dah mula nampak tanda-tanda pelik macam ni.

Kalau anda sedang hadapi masalah autogate open close sendiri, sebaiknya buat pemeriksaan segera. Kami akan datang check satu per satu punca sebenar sama ada dari control board, receiver, remote, push button atau wiring. Lepas kenalpasti masalah, kami cadangkan penyelesaian paling sesuai supaya autogate kembali normal dan anda pun rasa lebih tenang. Jangan tunggu sampai motor terbakar atau sistem terus rosak baru nak baiki. Lebih cepat bertindak, lebih jimat kos dan lebih selamat untuk rumah anda.

Dnor Autogate Services Klang Lama
Dnor Autogate Services Klang Lama

Autogate Remote Receiver Punca Masalah Autogate Berlaku

Seperti customer daripada Jalan PJS 5/6 Taman Desaria, Jalan Klang Lama ini ada masalah autogate buka sendiri dan tutup sendiri. Dalam masa beberapa minit, hampir 3-4 kali buka tutup sendiri, jadi minta kami datang dengan segera sebab tak boleh keluar untuk tinggalkan rumah dengan keadaan autogate sebegitu. Dari apa yang customer beritahu, kontraktor autogate yang pasang autogate untuknya sebelum ini sudah tak buat autogate lagi, mereka tukar perniagaan buat aircond pula sebab kata mereka autogate kurang. Sebab itu kena cari autogate specialist yang betul-betul buat autogate dan sudah lama dalam industri autogate. Itu yang customer hubungi kami untuk membantunya.

Setelah lakukan pemeriksaan punca autogate buka dan tutup sendiri adalah disebabkan oleh masalah dengan autogate remote receiver dan juga wiring untuk push button. Jadi kami gantikan 433mhz autogate remote set yang didatangi dengan autogate remote receiver dan 3 unit remote control. Untuk wiring autogate push button, kami terpaksa cabutkannya. Sekarang autogate kembali berfungsi seperti biasa dan tidak lagi open close but itself.

Autogate Remote Receiver Repair Klang Lama
Autogate Remote Receiver Repair Klang Lama

Autogate Tak Berfungsi Dengan Baik? Servis Cepat & Selesai On The Spot!

Bila autogate tiba-tiba tak boleh berfungsi dan pagar langsung tak boleh buka, memang boleh ganggu rutin harian. Nak keluar pergi kerja, hantar anak sekolah atau balik rumah pun jadi susah. Lagi-lagi kalau waktu hujan, memang tak selesa kena turun kereta semata-mata nak buka pagar secara manual. Jangan biarkan masalah autogate berlarutan sampai jadi lebih teruk. Lagi cepat baiki, lagi mudah urusan harian anda. Kami sedia datang buat pemeriksaan dan cari punca sebenar supaya masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan tepat.

Setiap kali pergi servis, kami memang dah siap bawa pelbagai spare parts seperti arm autogate, DC motor, gearbox, PCB board, control panel, remote control set dan bateri. Jadi kalau ada komponen yang rosak, kami boleh terus tukar di tempat tanpa perlu tunggu lama. Ini memudahkan kerja dan jimat masa anda. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada, kami biasa uruskan pelbagai jenis sistem autogate. Matlamat kami mudah pastikan autogate anda kembali berfungsi dengan lancar, cepat dan berkesan supaya anda boleh guna seperti biasa tanpa risau lagi.

Pasang Dan Baiki Autogate Untuk Pelbagai Jenama

Apa sahaja masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE 333a, Valet, Beninca, Dnor, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate atau pelbagai jenama underground autogate brand, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post