Panjat Pagar Sebab Autogate Tak Boleh Buka
早上好!专业自动门安装与维修,弘胜科技有限公司始终致力于为您提供高效、可靠的服务。如果您有Millie’s电动门问题,或需要安装全新的Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务!
Pada lewat malam, kami menerima panggilan kecemasan daripada seorang customer di Bangi yang mengalami masalah autogate langsung tak boleh dibuka. Sama ada guna remote control atau switch manual dalam rumah, semuanya tak beri respon. Disebabkan keadaan ini, customer terpaksa parkir kereta di luar rumah dan panjat pagar untuk masuk kerana pagar tersebut oleh kerana pintu kecil berkunci mangga dari dalam. Selepas gagal hubungi pemasang autogate asal, customer mencari servis auto gate repair near me dan akhirnya jumpa Sam Autogate.
Seperti biasa, walaupun sudah malam, kami tetap cuba bantu dari jauh dahulu. Langkah pertama, kami minta customer buat reset autogate dengan tutup bekalan elektrik rumah atau DB selama lebih kurang 15 minit, kemudian cuba hidupkan semula. Malangnya, selepas dicuba, autogate masih tak berfungsi. Customer kemudian buka kotak PVC autogate dan mendapati autogate control board, transformer autogate dan autogate remote receiver semuanya model lama. Customer juga cuba buka pagar secara manual dengan release unlock arm, tetapi tiada peralatan yang sesuai. Disebabkan keadaan sudah lewat malam, kami tetapkan temujanji untuk datang awal pagi keesokan harinya.

Pemeriksaan Dilakukan – Autogate Motherboard Dan Transformer Bermasalah
Pagi tu, team kami terus ke rumah customer untuk membaiki folding Millie’s autogate tersebut. Selepas pemeriksaan menyeluruh, kami dapati auto gate control panel memang rosak dan ia adalah model lama yang sudah tiada spare part di pasaran. Selain itu, transformer autogate jenis lama dua wayar juga tidak sesuai digunakan dengan board baharu. Jadi kami cadangkan untuk tukar kepada S3 autogate control board bersama transformer baharu 12V–0V–9V–0V–9V–12V yang lebih stabil dan sesuai.
Semasa pemeriksaan lanjut, kami juga dapati tiada bateri backup autogate di dalam kotak. Customer terkejut kerana semasa pemasangan dulu, dimaklumkan bateri termasuk dalam pakej, namun kotak autogate tidak pernah dibuka sejak hari pertama pemasangan. Atas nasihat kami, customer bersetuju untuk menambah bateri backup autogate, satu langkah yang sangat penting supaya autogate masih boleh berfungsi semasa bekalan elektrik terputus.
Selepas semua kerja siap, folding autogate kembali berfungsi dengan lancar seperti biasa. Keseluruhan proses pembaikan mengambil masa kurang daripada 1 jam sahaja. Customer sangat lega kerana dapat keluar rumah tepat pada masanya untuk menghadiri mesyuarat penting. Dengan juruteknik berpengalaman dan spare parts autogate yang memang sedia ada, kami sentiasa berusaha menyelesaikan masalah autogate dengan cepat, kemas dan tanpa menyusahkan customer. Jika autogate anda bermasalah, jangan panik kami sedia membantu bila-bila diperlukan.

Servis Baiki Autogate Cepat Dan Berkesan Diberi Sam Autogate
Kebanyakan customer yang hubungi kami memang dalam keadaan urgent, sebab bila autogate rosak, memang susah nak keluar masuk rumah. Faham keadaan itu, kami di Sam Autogate fokus untuk selesaikan masalah dalam satu lawatan, tanpa perlu tunggu berhari-hari. Kami menyediakan servis baiki autogate untuk kawasan perumahan sekitar Klang Valley, termasuk baiki autogate swing, folding autogate, control panel rosak, tukar bateri autogate, gantian arm autogate, pasang Tronica® Autogate, tukar roda, baiki trek gate, welding servis dan banyak lagi.
Kami mempunyai autogate repair specialist yang berpengalaman serta sentiasa membawa stok lengkap autogate spare parts untuk pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa. Semua spare part yang kami guna adalah baru dan tulen, supaya autogate lebih tahan dan berfungsi dengan baik dalam jangka panjang. Sama ada masalah swing arm atau folding arm autogate, kami tahu puncanya dan cara baikinya dengan cepat dan kemas. Matlamat kami mudah autogate anda siap dibaiki, boleh terus guna, tanpa pening kepala.

Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Valet, Beninca, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate atau pelbagai jenama underground autogate brand, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.






