Masalah Remote Autogate Tak Berfungsi? Kami Bantu Periksa & Baiki
Apabila customer hubungi kami dengan masalah autogate tak boleh buka guna remote control, kami akan buat pemeriksaan ini terlebih dahulu. Perkara pertama yang kami akan tanya ialah sama ada bateri remote autogate masih ada kuasa atau tidak. Selalunya masalah mudah seperti bateri lemah memang selalu berlaku, jadi kami akan minta customer cuba tukar bateri remote terlebih dahulu. Cara ini cepat dan boleh jimatkan kos jika masalah dapat diselesaikan terus.
Jika selepas tukar bateri masih tak boleh buka, kami akan tanya pula sama ada autogate boleh dibuka menggunakan switch di dalam rumah. Sekiranya autogate boleh buka melalui switch tetapi remote tetap tak berfungsi, kebiasaannya masalah berpunca daripada autogate remote receiver. Komponen ini memang penting kerana ia menerima signal daripada remote dan jika rosak atau lemah, autogate memang tak akan respon walaupun remote masih elok.
Walau apa pun punca masalah, kami tetap akan datang ke lokasi untuk buat pemeriksaan dengan lebih tepat. Team kami akan bawa sekali spare parts autogate supaya jika autogate remote set, autogate remote receiver, autogate remote control atau komponen lain rosak, boleh terus tukar pada hari yang sama. Kami faham betapa menyusahkan bila autogate tak boleh buka dari jauh, lebih-lebih lagi bila nak keluar masuk rumah. Sebab itu kami akan pastikan masalah autogate anda dapat diselesaikan dengan cepat, kemas dan tanpa buang masa.

Yang Rosak Adalah Autogate Remote Receiver
Servis autogate kami diperlukan di Sg Buloh dimana autogate tidak boleh dibuka menggunakan autogate remote control tetapi guna suis autogate rumah boleh. Ini adalah customer kami yang kami ada pasang DC sliding autogate 6 tahun lepas dan ini kali pertama customer hubungi kami untuk masalah autogate. Kami minta untuk customer gantikan bateri remote autogate terlebih dahulu sebab sudah lama dan kami ajar cara untuk gantikannya. Walaupun sudah tukar autogate remote battery, tetap sama, autogate tak boleh buka menggunakan remote. Jadi kami datang lakukan pemeriksaan.
Kami datang pada hari yang sama dan setelah diperiksa, kami sahkan yang autogate remote receiver telah rosak. Lagipun kami dapati customer menggunakan remote autogate campur, masuknya ada remote yang customer beli autogate remote duplicate dari luar, itu yang boleh menjadi penyebab receiver autogate cepat bermasalah.
Jadi sekarang Dengan autogate spare parts yang kami bawa, kami terus gantikan remote set bersama 1 receiver denan 3pcs remote autogate baru. Remote autogate berfungsi semula untuk buka tutup pagar autogate. Lagi satu, customer juga minta kami gantikan autogate backup battery, katanya sudah lama, alang-alang kami sudah datang, lebih baik gantikan terus.

Autogate Dipercayai – Spare Parts Autogate Tersedia
Setiap model autogate yang kami bekalkan seperti tronica, kron, fbm, mexigate, dnor, oae serta e8, kami akan menyimpan autogate spare parts arm autogate, autogate motor, auto gate gearbox, autogate pcb board, autogate control panel, autogate remote control set, autogate transformer dan autogate bateri dalam stok yang banyak. Sekiranya customer hubungi kami untuk baiki autogate mereka, kami akan datang membawa semua autogate spare parts bersama, jika ada bahagian autogate yang rosak, boleh terus gantikannya.
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan autogate autogate, termasuk penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard, tukar roda autogate dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. Sam telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Kajang, Shah Alam dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja.
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.







