Autogate Pertama Jenis Underground Rosak – Tukar Jenis Swing Arm Autogate
Di kawasan Cheras, memang ramai pemilik rumah teres memilih untuk pasang sistem underground swing autogate, dan kami bangga kerana menjadi antara syarikat yang terlibat sejak awal. Perjalanan kami bermula seawal tahun 2005, apabila customer pertama kami membuat keputusan untuk menggunakan sistem underground autogate. Pada waktu itu, sistem ini dianggap agak rare dan premium, tetapi kami sudah nampak kelebihannya dari segi ketahanan dan kekemasan. Sejak itu, kami banyak terlibat dalam kerja pemasangan dan pembaikan pelbagai jenama autogate seperti Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, X Gate, Supermax dan banyak lagi.
Dalam tempoh 10 hingga 20 tahun yang lepas, kami telah berkhidmat di seluruh Lembah Klang dan berjumpa dengan pelbagai jenis sistem dan masalah autogate. Ada sistem yang kami pasang sendiri, dan ada juga yang kami baiki selepas bertahun-tahun digunakan. Underground autogate memang terkenal dengan ketahanan, sebab itu sehingga hari ini masih ada customer kami yang menggunakan sistem lama dan autogate mereka masih boleh berfungsi dengan baik. Walaupun jenama berbeza-beza seperti Letron, Good 1, Ranger, Radion, Am Gate, DKC, Doormax, Aprigate, Wheels, Baxter dan lain-lain, konsep asasnya tetap sama dan terbukti tahan lama.
Namun begitu, ada juga customer yang memilih untuk upgrade kepada sistem swing arm autogate yang lebih moden. Antara model yang popular sekarang ialah Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan Tronica® 929 Arm Autogate System. Biasanya keputusan ini dibuat atas faktor penyelenggaraan yang lebih mudah, alat ganti yang senang didapati dan kos jangka panjang yang lebih jimat. Walaupun begitu, underground autogate masih lagi relevan dan sesuai untuk rumah tertentu. Kami sentiasa sedia beri nasihat berdasarkan keadaan tapak dan keperluan sebenar customer, supaya mereka dapat sistem autogate yang paling sesuai dan tahan lama.

Pasang Dengan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System
Sudah hampir 15 tahun customer di Cheras ini menggunakan Victor underground swing autogate yang kami pasang. Apabila customer tukar pagar swing baru 3 tahun lepas dan masih menggunakan semula underground autogate tersebut. Cumanya sekarang sudah mula ada masalah underground autogate sebelah kiri tak boleh tutup dan apabila kami lakukan pemeriksaan, powergates underground autogate gearbox telah rosak. Customer beritahu kami, dia tidak sengaja terlanggar pintu pagar, mungkin itu yang punca ada components autogate gearbox telah pecah.
Kami berikan customer dua penyelesaian untuk customer buat perbandingan mana satu yang lebih berbaloi. Pertama ingin terus membaiki sistem underground autogate lama atau dapatkan penyelesaian berpanjangan dengan sistem autogate arm baru. Dua-dua ini kami berikan harga dan kami boleh terus lakukannya, memandangkan customer menggunakan pagar stainless steel jadi kami juga syorkan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System. Customer masuk rumah berbincang dengan isterinya dan keluar dengan keputusan untuk pemasangan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System. Kata customer dia tidak mahu terus membaiki sistem autogate lama, lagipun banyak rumah jiran-jiran tidak menggunakan underground autogate lagi, mereka telah pasang auutogate baru menggunakan swing autogate arm.

Ramai Yang Berhenti Menggunakan Underground Autogate Lama
Memang kami akan recommend pasang autogate baru kalau ada masalah dengan underground autogate yang dah belasan tahun mereka guna. Underground swing autogate system ni kan sistem lama, ramai yang tidak menggunakannya lagi dimana telah menggantikan kepada sistem autogate baru Tronica®Autogate, underground auto gate spare parts juga limited itu yang underground auto gate repair cost agak tinggi. Kami cakap berdasarkan pengalaman sebelum-sebelum ini. Kami telah banyak mengendalikan pelabagi jenama underground autogate seperti. Semua keputusan pada anda, jika ada rasa berbaloi untuk baiki boleh teruskan baiki atau tukar kepada sistem autogate baru Tronica® Arm Autogate System.

Autogate Spare Parts Untuk Jenama Autogate
Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.




