Tukar Underground Autogate Lama – Jenama Tronica® Autogate Sesuai

圣诞节快乐!Merry Christmas and a prosperous New Year ahead!
December 24, 2025
Autogate Arm Spare Parts Kajang
Arm Autogate Lama Anda Perlu Ditukar – Boleh Guna Tronica® Arm Autogate
December 27, 2025

Tukar Underground Autogate Lama – Jenama Tronica® Autogate Sesuai

December 26, 2025

Tukar Underground Autogate Lama – Jenama Tronica® Autogate Sesuai

Kami telah banyak terlibat dalam pemasangan dan tukar sistem autogate, terutamanya daripada underground swing autogate system kepada Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System dan juga Tronica® 929 Arm Autogate System. Melalui pengalaman kami di lapangan, kami dapat lihat sendiri perubahan cara pemikiran customer. Semakin ramai yang sedar bahawa membaiki sistem autogate lama sebenarnya bukan pilihan terbaik untuk jangka panjang. Walaupun nampak seperti lebih jimat pada awalnya, kos membaiki yang berulang-ulang akhirnya boleh jadi lebih mahal berbanding terus tukar kepada sistem baru yang lebih moden dan boleh dipercayai.

Masalah utama sistem autogate lama, terutamanya jenis underground, adalah dari segi ketahanan. Walaupun sudah dibaiki, komponen dalaman biasanya sudah haus, berkarat, atau tidak lagi berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan masalah yang sama sering berulang, seperti gate tersekat, motor lemah, atau air masuk ke dalam sistem. Keadaan ini bukan sahaja menyusahkan, malah boleh menjejaskan keselamatan dan keselesaan harian pengguna. Ramai customer akhirnya rasa kecewa kerana perlu kerap panggil technician dan keluarkan kos tambahan.

Sebaliknya, sistem seperti Tronica® Arm Autogate System menawarkan solusi yang lebih praktikal dan tahan lama. Reka bentuk yang lebih moden, komponen yang kukuh, serta prestasi yang stabil menjadikan sistem ini lebih sesuai untuk penggunaan jangka panjang. Selain itu, keperluan penyelenggaraan juga jauh lebih rendah berbanding sistem lama. Dengan menaik taraf kepada sistem autogate yang baru, customer boleh menikmati kemudahan buka tutup gate dengan lebih lancar, tahap keselamatan yang lebih baik, dan yang paling penting, kurang masalah berulang yang boleh menjejaskan rutin harian.

Swing Autogate Installation Damansara
Swing Autogate Installation Damansara

Tronica®-828 Autogate Tahan Lama Dan Tahan Lasak

Seperti customer di Kota Damansara yang sebelum ini menggunakan CEI underground swing autogate system sudah lama juga jadi sekarang untuk pemasangan autogate baru customer mencari swing arm autogate system yang tahan lasak dan tahan lama sama seperti underground autogate yang digunakan sebelum ini. Yang diyakini customer adalah Tronica® Arm Autogate System kami sebabnya beberapa kenalan dan jiran juga menggunakan autogate heavy duty series iaitu Tronica®.

Tronica® 828 Arm Autogate Package

  • Tronica® Heavy Duty Swing Arm x 2
  • Autogate Control Board
  • Transformer
  • Backup Battery
  • PVC Box
  • Remote Control x 3

Kami mulakan pemasangan Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System. Untuk underground autogate motor lama kami hanya biarkan sahaja, hanya tebuk satu lubang untuk keluarkan cable autogate untuk disambungkan pada autogate arm yang baru. Kotak baru autogate underground lama kami tanggalkan dan pasangkan kotak pvc autogate yang baru. Dalam kurang 2jam, pemasangan Tronica® 828 arm autogate system pun selesai dipasang dan bergerak lancar.

Tronica Arm Autogate Damansara
Tronica Arm Autogate Damansara

Tip Top Autogate Dari Sam Autogate

Kepada anda yang perlukan pemasangan autogate, Sam Autogate adalah satu satu top autogate company Malaysia yang sudah lama bertapak dalam industri autogate, memang boleh dipercayai. Kami cover pemasangan dan baiki autogate di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Yang ada masalah autogate dan original autogate installer tidak dapat dihubungi, kami juga boleh bantu selesaikan masalah autogate dengan mudah, cepat dan berkesan.

Kebanyakkan underground autogate lama dengan jenama seperti Comex SE1, CEI, Victor, Mag, Powergates, Door Mex, Comex, X gate. Supermax, Mag, Letron, Good 1, Ranger, Radion, Radeon, DKC, Snontec, Li Gates, DKC, Doormax, DC Max, Home Access, Easy Gate, Aprigate, Wheels, Baxter, Chubb, Door Guard, 100 Super A, Techno, EPL, CPT, BCM, Gatium, Elock, Am Gate serta Xgate sudah ramai yang tidak menggunakannya lagi, mereka telah gantikan dengan modern autogate Tronica®swing arm autogate baru.

Baiki Pintu Pagar Automatik Untuk Jenama Autogate Terkenal

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, Dreamgate atau pelbagai jenama underground autogate brand, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

November 26, 2025

Masalah CPT Underground Autogate Lama – Panel, Gearbox dan Lock Rosak

CPT Underground Autogate Lama Panel, Gearbox dan Lock Rosak 早上好!作为Tronica® 总代理,弘胜科技有限公司专业提供自动门安装与维修服务。如果您有任何电动门问题,或需要安装全新的Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务! Kami dihubungi customer ini di Puchong Jaya minta untuk checking CPT underground swing autogate yang […]