Bearing Auto Gate Rosak? Jangan Tunggu Hingga Pagar Jatuh

Best Autogate Tronica Ampang
Nak Cari Autogate Baru Dipasang Kontraktor Yang Dipercayai?
December 18, 2025
Tronica Sliding Autogate Shah Alam
Tronica®-3000 Sliding Autogate Heavy Duty Untuk Kilang & Industri
December 23, 2025

Bearing Auto Gate Rosak? Jangan Tunggu Hingga Pagar Jatuh

December 19, 2025

Bearing Auto Gate Rosak? Jangan Tunggu Hingga Pagar Jatuh

Kami menyediakan servis pemasangan dan penggantian bearing untuk swing / folding auto gate. Kami mempunyai pelbagai jenis dan saiz bearing yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pintu pagar anda. Kerja tukar bearing auto gate bukan kerja mudah kerana ia perlukan kepakaran, pengalaman serta tenaga kerja yang mencukupi. Tidak semua installer atau repairer auto gate mampu membaiki masalah bearing kerana ada yang tiada manpower, kurang pengalaman, tiada kemahiran yang betul dan juga peralatan yang lengkap. Jadi, jika anda menghadapi masalah berkaitan gate atau auto gate, jangan risau, anda boleh hubungi kami dan kami sedia membantu.

Antara tanda-tanda biasa masalah bearing gate ialah pintu pagar tidak boleh tutup sepenuhnya, auto gate tak tutup rapat, bunyi kuat semasa buka atau tutup, pagar senget dan tidak sama level, atau paling teruk bearing gate sudah tercabut. Jika anda perasan tanda-tanda ini, sebaiknya cepatkan tindakan untuk membaiki sebelum keadaan menjadi lebih serius. Jika dibiarkan terlalu lama, pintu pagar boleh jatuh dan ini sangat berbahaya kepada keselamatan ahli keluarga serta harta benda anda.

Selain masalah bearing, kami juga boleh membaiki pelbagai masalah auto gate lain seperti auto gate motor rosak, masalah PCB board, tukar bateri, baiki remote control, roda auto gate, pintu pagar tercabut, bracket auto gate patah dan banyak lagi. Dengan hampir 30 tahun pengalaman dalam industri auto gate, kami mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas untuk menyelesaikan pelbagai masalah auto gate dengan cepat dan berkesan. Hubungi kami bila-bila masa, kami sedia membantu memastikan auto gate anda berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.

Swing Auto Gate Bearing Repair Damansara
Swing Auto Gate Bearing Repair Damansara

Kami Tukar 2 Unit Bearing Pagar & Servis Tambahan Tukar Backup Battery Autogate

Servis auto gate bearing kami diperlukan di Damansara. Swing auto gate ini merupakan original dari developer. Dari apa yang customer beritahu, swing auto gate tak boleh tutup rapat dan gate ball bearing nak kena replace rasanya. Itu yang customer mencari autogate contractor KL yang boleh fix gate bearing tersebut, dalam beberapa kontraktor autogate yang customer hubungi, hanya kami yang sediakan bearing autogate replaccement. Yang lain tak buat tukar auto gate bearing, mereka tiada pengalaman dan peralatan. Seperti biasa kami akan minta customer hantarkan gambar gate penuh untuk kami tengok keadaan dan berikan harga untuk supply and replace 2 units gate bearing.

Kami menggantikan auto gate bearing untuk pagar sebelah kanan atas dan bawah. Keluarkan kedua-dua bearing autogate lama bermasalah dan welding/ pasang bearing gate baru. Sepanjang proses pintu pagar perlu dipegang, terdapat 2 technician yang pegang pagar dan seorang technician keluarkan dan pasang bearing gate tersebut. Kemudian kena pastikan level kedua-dua belah pagar adalah sama. Servis tambahan, customer juga minta kami tolong gantikan battery autogate sebab baru-baru ini rumahnya kerap trip oleh kerana hujan lebat. Itu yang battery cepat kong.

Untuk masalah trip itu, kami minta customer panggil wireman yang berpengalaman untuk periksa wiring rumahnya, jika selalu trip, pasti akan ada tak kena.

Swing Autogate Services Damansara
Swing Autogate Services Damansara

Pakar Baiki Autogate – Autogate Motor, Roller And Bearing

Dengan kepakaran team kami, masalah autogate customer dapat diselesaikan dan autogate dapat berfungsi semula seperti biasa malah lebih lancar daripada sebelum ini. Kami nasihatkan, jika terdapat apa-apa masalah dengan autogate, perlu segera bertindak untuk mengelakan benda yang berlaku menjadi lebih teruk. Selepas ini, sekiranya ada apa-apa masalah atau nak pasang autogate baru, kami sedia pasang pelbagai jenis sistem autogate seperti Tronica® swing, folding, dan sliding autogate. customer akan segera hubungi kami.

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

November 26, 2025

Masalah CPT Underground Autogate Lama – Panel, Gearbox dan Lock Rosak

CPT Underground Autogate Lama Panel, Gearbox dan Lock Rosak 早上好!作为Tronica® 总代理,弘胜科技有限公司专业提供自动门安装与维修服务。如果您有任何电动门问题,或需要安装全新的Tronica自动门系统,欢迎随时联系我们。感谢客户的信任与支持,我们将继续为您提供最优质的服务! Kami dihubungi customer ini di Puchong Jaya minta untuk checking CPT underground swing autogate yang […]