Spare Parts Arm Autogate – Boleh Tukar Sebelah Arm Autogate Sahaja

Swing Autogate Repair Puchong
Servis Autogate Dipercayai Di Puchong – Autogate Lama/ Baru Kami Boleh Baiki
December 15, 2025
Sliding Autogate Motor Baru PJ
旧滑动自动门没有备件可修?安装 全新的Tronica®-1500 电动门系统
December 16, 2025

Spare Parts Arm Autogate – Boleh Tukar Sebelah Arm Autogate Sahaja

December 16, 2025

Spare Parts Arm Autogate – Boleh Tukar Sebelah Arm Autogate Sahaja

Apabila swing arm autogate sudah lama digunakana, pasti ada masalah dengan autogate arm tersebut. Bila satu batang arm autogate rosak, kontraktor asal biasanya akan cakap tak boleh tukar satu bahagian sahaja. Mereka akan cadangkan tukar satu set autogate yang baru, walaupun sebenarnya arm yang satu lagi dan sistem lain masih elok dan boleh digunakan. Situasi macam ni memang buat ramai customer rasa terbeban, sebab kos pasang autogate baru bukan murah. Sedangkan kerosakan cuma melibatkan satu bahagian sahaja, tapi terpaksa keluar belanja besar yang sebenarnya boleh dielakkan.

Di sinilah kelebihan servis kami. Kami memang biasa dan mahir dalam kerja tukar arm autogate sahaja, sama ada satu batang atau kedua-duanya sekali, ikut keperluan pelanggan. Kami juga simpan stok spare parts untuk pelbagai jenama autogate seperti OAE, FBM, Dnor, Tronica, Mexigate KRON, E8 dan banyak lagi. Jadi kalau arm autogate rosak sebelah saja, tak perlu risau atau terpaksa tukar sistem baru. Kami bantu jimatkan kos dan pastikan autogate anda boleh berfungsi semula dengan baik tanpa buang duit yang tak perlu.

Swing Arm Autogate Spare Parts OUG
Swing Arm Autogate Spare Parts OUG

Tukar OAE Arm Autogate Lama Dengan Tronica®-828 Arm – Jimat & Lebih Tahan Lasak

Contohnya baru-baru ini kami dapat panggilan daripada customer di Taman OUG. Beliau menggunakan sistem OAE 333A swing autogate, salah satu arm autogate sebelah kanan sudah rosak dan terpaksa cabut untuk buka pagar manual supaya kereta boleh keluar tapi bahagian lain masih elok. Installer asal beritahu mereka tidak ada spare parts dan hanya boleh buat pemasangan set baru. Customer rasa sayang nak tukar semua sebab autogate remote, autogate receiver, autogate transformer, autogate board masih berfungsi, serta tahun lepas customer baru sahaja gantikan autogate motherboard. Jadi dia terus hubungi kami. Kawan yang syorkan.

Bila kami check, memang ada spare parts untuk OAE 333A. Tapi customer pilih untuk terus tukar kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate sebab lebih tahan lasak dan sesuai untuk penggunaan harian serta Tronica® 828 lebih rendah. Pemasangan berjalan lancar dan kami pastikan sistem baru boleh digunakan bersama komponen lama tanpa masalah. Customer puas hati sebab tidak perlu keluar kos besar, tapi pada masa sama dapat sistem autogate yang lebih heavy duty.

Dengan pendekatan ini, anda boleh jimat kos dan dalam masa sama nikmati autogate yang lebih reliable. Jadi, kalau arm autogate rumah anda bermasalah tak kisah satu atau dua batang hubungi kami. Kami akan bantu ganti dengan cara yang paling praktikal, sama ada guna spare parts sedia ada atau naik taraf kepada Tronica® 828 Stainless Steel Arm Autogate yang memang terbukti kuat, tahan lama, dan mudah dijaga.

OAE Arm Autogate Repair OUG
OAE Arm Autogate Repair OUG

Servis Baiki Autogate Recommended Di Kuala Lumpur

Mencari auto gate repairer KL? autogate arm repair service yang boleh baiki autogate anda on the spot? Sam Autogate anda penyelesaian terbaik untuk masalah autogate anda. Macam mana kami boleh selesaikan terus autogate problem anda? Sebabnya team kami berpengalaman mencari punca autogate tak berfungsi dengan baik dan auto gate spare parts semua kami dah sediakan untuk pelbagai model autogate dan jenama autogate. Anda nak pasang autogate baru pun boleh, Tronica® Autogate System kami ready stock.

Hubungi kami sekarang untuk baiki autogate anda autogate Selangor, autogate Kuala Lumpur, autogate Ampang, autogate Gombak, autogate Petaling Jaya, autogate Puchong, autogate Subang Jaya, autogate Shah Alam, auto gate kota kemuning, autogate Bangi, autogate Kajang dan seluruh Lembah Klang.

Baiki Dan Pasang Autogate Untuk Pelbagai Jenama Autogate

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Vallet, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp juga.Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

March 17, 2026

雪隆区专业电动门服务 – 安装、维修与烧焊铁门

升级您的自动门系统,让生活更方便安心 大部分屋主都是在自动门开始出问题后,才发现它的重要性。一开始,自动门可能只是开关变慢。慢慢地,就会出现打不开或关不紧的问题。如果这种情况越来越频密,不但麻烦,还会影响您的日常生活。试想一下,每次出门或回家都要等很久,要下车手动开门,甚至有时候完全打不开电动门,被困在外面,真的很不方便。 其实,大多数问题都是因为自动门使用了很多年,内部零件开始老化或损坏。如果您的自动门已经用了很久,而且经常坏,是时候考虑升级到新的系统了。现在的新款自动门系统更加耐用、运行更顺畅,而且问题更少。 选择好的系统可以让您: 推荐您可以考虑 Tronica® 828 不锈钢摆臂自动门 和 Tronica® 929 自动门系统。全新升级版的Tronica® Autogate在自动门行业中以耐用和品质稳定著称,适合马来西亚炎热和多雨的天气。升级后,您可以每天放心使用,不用再担心频频故障的问题。 摆臂自动门关不上?直接更换新系统更省心 我们一位位于 Shah Alam 的客户,使用摆臂自动门已经很多年了,也不清楚原本的品牌。之前已经维修过多次,包括更换主板和其他零件。后来两个门臂开始变慢,不久后其中一边甚至完全无法关闭。 为了避免一直维修花钱,客户决定直接更换新的自动门系统。经过了解和比较后,客户选择了 Sam Autogate 安装 Tronica® 828 不锈钢摆臂自动门系统。我们的团队先拆除旧的自动门零件,再安装全新的 Tronica® […]