Servis Autogate Dipercayai Di Puchong – Autogate Lama/ Baru Kami Boleh Baiki
Sudah lama kami berada dalam industri autogate. Walaupun masa berlalu dan macam-macam jenama baru muncul, ramai customer lama masih setia dengan kami. Ada yang dulu kami pasang autogate untuk rumah lama mereka, bila pindah rumah baru pun tetap cari kami semula. Kepercayaan macam ni memang sangat kami hargai. Dalam keadaan ekonomi yang naik turun sekarang, kami masih boleh bertahan sebab kami percaya satu benda bila kita buat kerja dengan jujur, ikhlas dan tak ambil kesempatan, customer akan datang sendiri tanpa perlu dipaksa.
Kami memang utamakan hubungan baik dengan setiap customer. Sebab tu dari dulu sampai sekarang, kami hanya guna produk autogate yang berkualiti dan tahan lama. Kami juga pastikan spare parts sentiasa ada supaya bila autogate rosak, kami boleh bantu dengan cepat tanpa customer perlu tunggu lama. Bila customer puas hati dengan servis kami, mereka akan cerita dekat keluarga, kawan-kawan dan jiran. Dari situlah ramai customer baru dapatkan nombor kami, hubungi kami sendiri dan terus percaya untuk guna servis kami.
Sama ada customer lama atau customer baru, kami layan semua dengan cara yang sama. Tak kisah autogate jenama apa, atau siapa yang pasang sebelum ni, bila ada masalah kami akan cuba selesaikan sebaik mungkin. Bagi kami, setiap kerja adalah satu amanah. Kami buat kerja dengan teliti, kemas dan cepat, seolah-olah autogate itu dipasang di rumah kami sendiri. Kepuasan customer adalah keutamaan kami, sebab bila customer senyum dan lega, itulah kepuasan sebenar untuk kami.

Baiki Autogate Lama Yang Kami Pasang Dari 2016
Kami dihubungi lama yang kami pasang autogate untuknya dulu dalam 2016, kami masih simpan record customer, sekarang ada masalah autogate tak boleh buka. Dari apa yang customer beritahu hujan lebat sehingga berlakunya trip satu rumah, pagi tadi customer ingin keluar, autogate tak boleh buka. Nasib baik, customer ingat cara kami ajar untuk cabut arm autogate guna allen key supaya boleh buka pagar manual terlebih dahulu untuk keluar selesaikan kerjanya. Apabila customer sudah balik rumah, barulah hubungi kami untuk dapatkan servis baiki autogate. Customer lega masih dapat contact kami walaupun sudah lama.
Hari sama kami datang untuk lakukan pemeriksaan, setelah diperiksa kami dapati autogate control panel telah terbakar, mungkin disebabkan kilat. Customer juga minta kami gantikan bateri autogate baru, sebelum ini beberapa kali tiada elektrik kerana kerja-kerja pembaikan tiang elektrik dilakukan. Jadi autogate berfungsi menggunakan autogate backup battery, mungkin sekarang sudah kong. Dengan autogate spare parts yang kami bawa, kami gantikan S3 swing autogate control board dan bateri autogate baru. Customer happy dengan servis autogate kami, autogate kami tahan lama dan nka baiki pun mudah, spare parts autogate ada serta cepat.

Autogate Dipercayai – Spare Parts Autogate Tersedia
Setiap model autogate yang kami bekalkan seperti tronica, kron, fbm, mexigate, dnor, oae serta e8, kami akan menyimpan autogate spare parts arm autogate, autogate motor, auto gate gearbox, autogate pcb board, autogate control panel, autogate remote control set, autogate transformer dan autogate bateri dalam stok yang banyak. Sekiranya customer hubungi kami untuk baiki autogate mereka, kami akan datang membawa semua autogate spare parts bersama, jika ada bahagian autogate yang rosak, boleh terus gantikannya.
Jika anda mencari syarikat autogate yang boleh dipercayai, anda telah datang ke tempat yang betul. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan autogate, termasuk tukar roda autogate, penggantian bateri autogate, repair autogate remote, baiki autogate motherboard dan pemasangan autogate dengan jenama autogate terbaik Tronica® Autogate System. Sam telah beroperasi dalam pasaran selama hampir 30 tahun dengan rekod prestasi yang terbukti. Dan kami beroperasi dari bangunan sendiri yang terletak di Puchong, Kajang, Shah Alam dan Ampang. Kami mempunyai bengkel fizikal dan pameran di mana anda boleh melawat kami, tetapi sila ambil perhatian bahawa ia hanya berdasarkan temujanji sahaja.
Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp. Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.







