Nak Pasang Autogate Dan Betulkan Bearing Pagar Juga?

Install New Autogate Bandar Utama
Tronica® Autogate – Famous Autogate Brand Malaysia
December 5, 2025
Autogate Cannot Open Kajang
Autogate Stuck Di Tengah Malam? Inilah Cara Kami Bantu Customer di Kajang
December 8, 2025

Nak Pasang Autogate Dan Betulkan Bearing Pagar Juga?

December 6, 2025

Nak Pasang Autogate Dan Betulkan Bearing Pagar Juga?

Berurusan dengan masalah autogate memang memenatkan, lagi-lagi kalau kena panggil banyak orang untuk selesaikan masalah yang berbeza. Sebab itu penting cari mereka yang boleh buat semua sekali gus pasang autogate system, baiki motor, betulkan pagar yang berat atau tersekat, dan selesaikan isu bearing, roller atau hinges. Dengan hampir 30 tahun pengalaman dalam industri, kami dah jumpa macam-macam jenis masalah autogate, dari yang simple sampai yang rumit. Jadi bila anda hubungi kami, anda boleh harapkan kerja yang kemas, cepat dan betul-betul siap.

Kami memang pakar dalam pemasangan sistem autogate Tronica® dan juga mahir membaiki apa sahaja masalah berkaitan pintu automatik. Nak baiki motor autogate? Boleh. PCB board rosak? Tiada masalah. Remote tak berfungsi? Pun kami boleh handle. Kalau pintu pagar anda tercabut, roda haus, bearing pecah atau bracket patah, semua itu memang dalam bidang kepakaran kami. Pendek kata, apa jua masalah autogate, kami boleh uruskan cuma hubungi 012-405 8791 untuk tanya atau tempah servis.

Ramai kontraktor autogate baru hanya tahu pasang autogate motor saja, tapi bila kena buat kerja berat macam tukar bearing, roda atau trek pagar, mereka tak biasa dan tak cukup pengalaman. Kerja-kerja macam ini bukan sekadar buka dan pasang semula ia perlukan kepakaran, ketelitian dan tenaga kerja yang betul. Sebab itu ramai pelanggan akhirnya cari kami untuk selesaikan masalah yang tak siap atau tak menjadi. Dengan pengalaman bertahun-tahun, kami pastikan setiap pembaikan dibuat dengan cara yang betul supaya pagar anda bergerak lancar dan tahan lama.

Swing Autogate Services Kepong
Swing Autogate Services Kepong

Kami Gantikan Pagar Bearing Dan Pemasangan Tronica®-828 Autogate System

Kami dihubungi customer daripada Kepong Kuala Lumpur yang menggunakan Doormex underground swing autogate system dan ada masalah. Daripada apa yang customer beritahu kami, beberapa lepas dia tidak sengaja langgar pintu pagar autogate swing tersebut dan menyebabkan pintu pagar sebelah kiri jatuh sedikit, pada mulanya underground autogate motor masih lagi berfungsi dan sekarang side kiri underground autogate motor tak boleh dibuka. Pertama customer ingin betulkan pintu pagarnya yang jatuh iaitu ada masalah dengan gate bearing. Keduanya minta kami periksa underground autogate motor tersebut.

Kami datang dengan tenaga kerja yang cukup, membawa auto gate spare parts dan peralatan yang diperlukan termasuklah set autogate baru. Setelah lakukan pemeriksaan, underground auto gate gearbox pecah akibat mungkin pelanggaran tersebut. Kami berikan dua penyelesaian sama ada ingin terus baiki underground autogate gearbox beserta harganya dan satu lagi pasang autogate baru Tronica® Arm Autogate dengan harganya. Setelah berbincang dengan isterinya, customer memilih untuk pasang Tronica®-828 Stainless Steel Arm Autogate System baru kerana katanya tidak berbaloi pakai autogate lama.

Jadi sekarang kami mulakan dengan menggantikan gate bearing dan ikuti dengan pemasangan Tronica®-828 Arm Autogate. Semuanya dilakukan pada hari yang sama. Akhir sekali testing dilakukan untuk memastikan semuanya bergerak dengan lancar. Setelah customer berpuas hati, barulah kami pulang untuk ke tempat seterusnya.

Pasang Autogate Baru Kepong
Pasang Autogate Baru Kepong

Penyelesaian Untuk Semua Masalah Autogate Anda

Tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh pintu automatik anda, kami akan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cepat. Kami menawarkan perkhidmatan pembaikan autogate di Kuala Lumpur dan Selangor . Anda boleh mencari “baiki autogate berdekatan saya” untuk menemukan Sam Autogate. Sama ada anda menghadapi masalah dengan jenama Tronica®, KRON, FBM, DC Moto, DEA, OAE, Valet, Beninca, DNOR, Mag, E8, Jackpro, AGT, Cougar, Millie’s, atau Dreamgate, kami mempunyai spare part autogate untuk jenama berkenaan!

Anda boleh menghubungi kami terus melalui 012 – 405 8791, atau melalui WhatsApp di: https://wa.me/60124058791 .Kami akan memastikan pintu automatik anda kembali berfungsi dengan cepat.

Related Post

January 28, 2026

加影、安邦、蕉赖 与 吉隆坡自动门专家

处理自动门问题可能会让人感到压力,因为既浪费时间又花费金钱。这就是为什么从一开始就应联系 经验丰富的自动门专家 的原因。有经验的技师可以快速找出问题根源,无需反复尝试或猜测。